Friday, January 20, 2017

Rindu Dunia Blogging

Assalamualaikum..

Lama sangat tak bersiaran. Adakah ada sesiapa yang sudi baca blog saya lagi? Lebih setahun saya tak update apa-apa di sini. Tahun 2016 saya langsung tak pos apa2.

Siapa kata tak rindu nak menulis? Ye, sangat rindu. Tapi kekangan masa. Salah satunya saya sekarang menggunakan laptop kerja di mana tak kan saya nak berblog menggunakan harta benda sekolah? Laptop sendiri ada, suami guna cuma bila dah buka laptop kerja, nak buka dua-dua dalam satu masa yang sama adalah mustahil.

Seriously, saya nak sangat menulis, menge'share' (jahanam bahasa aku) dan juga merepek2 kat sini. Untuk pengetahuan, saya telah pun masuk ke fasa umur 30-an. Maka, tiadalah entry seperti keanak-anakan atau remaja yang baru nak up.

By the way, sepanjang saya tak berblog ni, saya masih lagi menerima komen2 dan juga emel yang mostly bertanyakan mengenai susu ibu. Walaupun entry tu dah bertahun tapi sampai sekarang ada yang membaca.

Terima kasih yang memberi komen, bertanya dan juga menghantar emel. Saya akan balas sebaik2nya dan share segala pengalaman saya. Moga bermanfaat kepada you all even hanya di dunia maya.

Akhir sekali, doa2kanlah saya dapat update blog saya. Saya tak nak blog saya ni sendu. Giteww.. Haha.

Till then, tata...

No comments: