Thursday, October 29, 2015

Nazneen - 7 bulan

Assalamualaikum...

Masa entry ni ditulis, lagi 5 hari Nazneen dah nak masuk 8 bulan. Nasiblah. Hehe.. Anak second ni memang kurang sikit kot ceritanya dari yang sulung. Dah nama sulung kan. Haruslah semua ada.



By the way, 25/10 hari tu pergi timbang. Aku dengan yakinnya check up adalah pada tarikh tersebut, so masa hari kejadian aku cek buku dan rupanya check up adalah 20/10. Mak ai, minggu lepas rupanya. Apalah nasib aku ni. Serba serbi pelupa.

Berat Nazneen adalah 9.6kg dan panjang adalah 68.5cm. Lagi 400g nak sama berat dengan guni beras. Kahkah. Ok, sila diam.

Budak manja

So far at her age now, dia masih lagi menyusur ke depan ke belakang. Belum pandai merangkak. Usaha ke arah itu memang ada cuma dia tak pandai nak gerakkan kaki dan tangan macam mana. Kalau angkat punggung tu boleh lah. Tergoyang2 macam main kuda, makin lama makin laju pastu jatuh semula. Pernah sekali je dia merangkak dua tiga tapak lepas tu jatuh. Abang Danish masa 8 bulan dah diri lepas tangan dah. Ni pun berdiri dengan bantuan. Hihi..



Then, Nazneen sangatlah kuat menangis. Everytime, nangis nangis nangis. Dia diam bila cukup tidur. Masalahnya, aku tak tahu bila masanya dia cukup tidur sebab dia pun kuat tidur. Adei, pening kepala. Jiran depan rumah pun pernah dengar dia menangis. Bukan calang2 nangis Nazneen ni. Nangis macam kena dera. Sepenuh hati jiwa raga. Fuh! Pernah jugak jiran pengasuh sampai datang rumah tanya kenapa si Nazneen ni menangis sebegitu rupa dahsyat.



Nampak tak kedahsyatan menangis dia tu macam mana? Aku pun tak tahu nak handle camne. Kadang2 kena 'pok' jugak kat punggung tu. Makan, minum, salin pampers, buka baju, nak buang air semua menangislah. Saboooo je lah.

Sayalah juara kuat menangis

Tapi bila cukup tidur, letak buai pun tak menangis. Bukan sahaja tak menangis, berkutik pun tak dalam buai tu. Aku ngintai2 gak dia kat buai buat apa. Yang bergerak cuma jari-jari dia dengan mata terkebil2. Haha. Kadang2 boleh lah sampai 30 minit dia macam tu. Bila mood dia macam tu, aku kena jadi lipas kudung lah pergi mandi buat kerja bagai. Walaubagaimanapun, she is unpredictable. Sukati je nak melalak bila.

One more thing perangai unpredictable dia ialah part minum susu. Kalau minum susu kat rumah BS, bila nak minum banyak dia minum la banyak2 sampai cairkan susu yang beku tu. Tapi bila penyakit taknak minum susu dia datang, masa ambil dia petang tu masih ada lagi 3-5oz. Lepastu berak keras. Bila nak berak tak boleh, menangis. Aduhai, menangis lagi.

Bagi aku, Nazneen ni manja lebih sikit. Yelah perempuan. Nak perhatian lebih sikit. Kesian abang Danish. Dah nama perempuan, so sifat suka menjerit haruslah ada. Dalam buai pun menjerit2. Kalau keadaan keliling bising, lagi hebatlah dia menjerit.

Nazneen ni jauh sangat perangai dia dengan Danish. Takpelah. Lain anak lain ragam.

Masa awal2 kelahiran kena bedung sentiasa

Sikap dia yang paling aku puji, dia tak meragam langsung duduk kat stroller. Seriuosly aku laki bini memang surrender bab dukung dia kalau pergi keluar beli barang. So, memang letak kat situ. Dengan syarat dalam kereta dah susukan dia kenyang2. Aku start letak dia dalam stroller masa umur dia 2 bulan. Setakat ni (5 bulan) baru sekali je dia mengaruk nak tidur sebab mengantuk. Yang lain, dia relax je. Siap boleh tidur sendiri sebab stroller bergerak. Cuma kalau stroller berhenti dia menangis. Satu hal pula kan nak kena tolak manjang. Takpe. Janji tak kena dukung. Hihi. Masa awal2 dulu siap berbedung dalam stroller nak kasi tidur nyenyak. Memang tidur nyenyak pun.

Bahagia di sini

Pernah sekali tu pergi dua tempat berbeza. Tempat pertama dia tidur dah. Masuk kereta pergi tempat kedua. Tempat kedua pun tak bangun2 lagi. Masih tidur. Senangnya la hai kalau asik tidur kan. Taklah susah mama kau nak.

Sekian sahaja cerjang (certita panjang) saya untuk Nazneen 7 bulan.

Till then, tata...

No comments: