Thursday, October 1, 2015

My science's teaching method

Assalamualaikum...

Kerja aku mengajar Sains. Dah nak masuk tahun ke-6 ajar subjek ni. Subjek Fizik telah lama ditinggalkan. Andai aku diberi peluang untuk ajar Fizik, aku tak fikir aku boleh sebab kena ulangkaji semula tajuk-tajuk di dalamnya. Benda yang berkarat kenalah dicuci balik. Ambil masa untuk tajamkan semula. Entah2 tak tajam terus.

By the way, tahun ini tahun pertama aku ajar Sains Tingkatan 4. Tiada pengalaman langsung dan aku faham apa aku baca cuma aku susah untuk menyampaikan apa yang aku faham. Plus aku cuti 90 hari hari tu. Lagilah kan.

Aku dapat kelas yang special. Special means pelajar take time untuk faham. Sometimes tak faham-faham dan aku cuba untuk fahamkan. Can u see my effort? Hehehe..

So, gambar kat bawah ni nak menunjukkan bagaimana aku ajar mereka. Untuk suruh mereka baca text memang tak bacalah even aku baca one by one.

Rasa2nya mereka faham tak apa yang aku lukis dengan penerangan tu? Bila aku tanya semua angguk2 (walaupun ada anggukan mereka tu sebenarnya tersengguk2 menahan ngantuk T__T)..


Normally, aku hanya buat ringkasa sahaja di whiteboard.


Masa memula aku lukis gambar kereta tu, budak dan senyum2 simpul. I know i'm not the real artist. Aku saja nak tarik perhatian mereka dengan lukis gambar macam tu dan selalunya menjadi sebab dorang akan gelak2 tengok kereta aku. Sebelum aku letak ekzos dan stereng, aku tanya ni apa? Ada yang jawab UFO.This car my mom yang ajar lukis. Tapi dia lukis lagi comel. Hihi



Ini bukan cara pengajaran abad ke21. Untuk perlukan pengajaran abad 21, perlulah ada segala yang guru perlukan semasa PdP.

Sekian untuk gambar Sains Tingkatan 4 Bab 5.7. I love Science ! Muah chiked!

Till then, tata...

1 comment:

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)