Sunday, September 13, 2015

Tips anak tidur awal

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi tips bagaimana nak anak kita tidur awal. Anak saya yang sulung umur 3 tahun. Yang kedua 6 bulan. Harap post ni dapat membantu ibu2 yang mempunyai masalah anak susah nak tidur awal di waktu malam

1. Makan di waktu petang
Biasanya saya akan pastikan anak saya siap makan pada waktu petang dan mandi awal. So bila dah siap makan and mandi, mudah untuk tidurkan mereka sebab semua benda utama dah selesai. Jangan lupa bawa botol air ke bilik supaya senang anak nak minum kalau dia beri alasan nak minum sebab sebenarnya dia nak main kat luar. Hehe.

2. Lampin pakai buang drynight
Bagi baby yang baru lahir, pakaikan pampers yang tahan sampai pagi. So takdelah uols bangun malam untuk salin lampin baby. Baby ni kan sensitif. Kang rasa sejuk2 terus segar bugar mata. So, siapa yang susah? Kita jugak kan sebab tak cukup tidur. My baby pun macam tu. Saya selalu tukar pampers malam. Pastu terus tak tidur sampai pagi. Meroyan mak! So, dapat idea guna drynight pun dari my mom. Dan start hari pertama cuba sampai sekarang anak saya tidur sampaiii pagi. Sekali dua je dia poo poo. Tapi jaaaarang sangat dia poo poo malam

3. Matikan lampu utama & tutup pintu rapat-rapat
Benda ni aku buat dari anak pertama. Lepas selesai sembahyang maghrib dan lain-lain aktiviti, aku akan suruh dia baring amik tempat tidur and terus matikan lampu. Buka lampu tidur yang samar-samar. Bacakan doa lepas tu suruh dia pejam mata. Masa dalam proses nak tidur tu pastikan takde gangguan. Jangan pula ko main enpon kan. Aku ni kadang2 main henpon. Anak aku tegur. Dia cakap "mama, stop main henpon, jom tidur". Malu mak jemah kena tegur.

4. Zikir / kita buat-buat tidur
Selalunya dengan zikir anak akan diam dan lama-lama tidur. Paling best dengan maknya sekali tidur. Hehe. Buat-buat tidur tu memang selalu aku amalkan. Dengan aku sekali hanyut.

Sepanjang 3 tahun lebih aku buat memang menjadi. Malam aku memang tiada gangguan. So boleh lah buat kerja macam-macam tanpa gangguan. Paling lewat anak aku tidur pukul9. Tapi jarang sangat. Melainkan berubah tempat... it takes time to adapt.

Kalau  waktu cuti dua budak ni tidur berjemaah dengan aku sekali

Tapi jangan marah pulak kalau esok pagi anak bangun awal. Anak2 aku bangun awal. Pukul6 dah bangun. One more thing, anak aku ni kalau siang dia tidur sampai 5.30 petang or pukul6, lepas magrib memang dia surrender nak tidur sendiri tanpa disuruh atau paksa. Dua-dua macam tu. Tidur diorang mesti serentak kalau malam. Tulah, dalam Islam kan dah cakap tidur petang tak bagus. =)

Sekian untuk tips anak senang tidur

Till then, tata...

No comments: