Tuesday, September 29, 2015

Nazneen - 6 bulan

Assalamualaikum..

Nazneen dah masuk 6 bulan. Yay or nay!! Hehehe. Of course la yay kan. So, apa progress dia sekarang?


Berat adalah 8.80kg dan makin membesar. Dia dah mula maju ke depan. Maju dengan suara sekali. Scary dengar suara dia kalau maju ke depan. Semangat giler.

Dia juga dah pandai merengek if nak something. Kalau barang yang dia pegang tetiba kena ambil, dia nangis. Kelam-kabut la pulang balik barang dekat dia.

Lepas tu manja tak bertempat. Kena tinggal nangis. Tak nampak aku nangis. Aku nak mandi and sembahyang pun susah. Asik2 nangis. Kadang2 marah jugak aku kat si Nazneen ni. Malam2 asal menggeliat je nangis sambil mulut cari susu. Kadang2 gerak sikit je pun dah nangis and cari susu. Makin kuruih la mak ko ni Nazneen. Bapak ko kata mama ni tulang je. Huhu...

By the way, Nazneen pun dah start makan. Aku start bagi makan masa dah lebih 2 minggu masuk 6 bulan sebab dia tak sihat. Batuk selsema dan untuk pertama kalinya dia demam. Pertama kali demam tu la aku nampak macam mana keadaan dia. Means macam Danish tak yang demam tapi serupa macam tak demam. Yang aku nampak Nazneen ni dia kurang kuat sikit dari abang dia tapi kuat merengek.

1st day makan, haruslah ambil gambar kenang2an, Tak gitu?
Pernah sekali tu sampai dia tak boleh nafas. pergi klinik terus kena sedut gas. Memula meronta gak masa letak kat hidung. Lama-lama senyum2 suka. Selesa lah tu. Lepas tu doktor bagi ubat athma. Dia suruh habiskan? Aku pun what?? Habiskan?

Hasilnya, aku derhaka arahan doktor. Hue hue hue... Tengok Nazneen dah ok sikit aku stop. Ko giler nak habiskan sebotol tu? Mau seminggu belum tentu habis walaupun minum ikut arahan. Pahit pula tu. Also, doktor cakap Nazneen eczema sebab ruam2 pada pipi dia. Pakai ubat klinik biasa memang tak jalan. Tapi bila pakai ubat doktor pakar esoknya terus surut. Siap bagi pelembap lagi biar kulit lembap bagai.. Untung ko nak.

Sebab tu lah aku hold dulu dia makan sebab aku x mo la dia muntah balik makanan aku buat tu kan. Aku malas nak sental2 baju kain yang kena muntah. Letih iols kalau macam tu.

So, untuk makanan pertama, aku bagi labu. 1st time masuk mulut, dia kurang terima. Maybe sebab pekat kot. 2nd day dah ok and aku buat cair sikit. Aku ikut 4 days rule.

Kemudian bagi pisang. Aku suruh BS bagi makan pisang tu. Hasilnya, Nazneen muntah2 sebanyak pisang yang dia makan. Teruih stop makan pisang.

Then, aku buatkan pula puri lobak. Dia makan. Follow lagi 4 days rule. Lepas tu potato. Nampak Nazneen memang tak suka potato sebab aku bagi makan 4 hari, 4 hari tu lah dia macam reject. Masuk mulut tu masuk juga tapi dia buat muka loya. Bertuah punya anak. And yang latest aku bagi puri apple. Baru 2 hari bagi makan and she looks like love it. Macam je lah. She is actually unpredictable.. Entah esok lusa nayy.

Paling utama, masih fully bf and unfortunately susu2 dia dah start menghampiri expired. Nazneen lahir bulan 3, susu bulan 4 pun belum habis lagi. Camnelah nak habis kalau sekali minum 1oz je. Huhu... Nak cari anak susuan kena minta izin suami. Ada idea tak nak buat macam mana susu2 yang dah nak expired tu. No idea lah...

Sekian, cerpen Nazneen 6 bulan. Till then, tata...

No comments: