Monday, September 14, 2015

Kerenah anak sulung, sama tak pengalaman dengan aku?

Assalamualaikum..

Nak cerita sikit kerenah anak sulung aku ni. Sejak dah ada adik, masa awal2 dia moody sikit. Lama2 ok. Tapi sekarang ni Danish macam lain sikit.

Sebelum ni dia boleh share everything dengan Nazneen. Semua boleh, semua jawapannya Ya. Sekarang ni, apa Nazneen main, dia ambil. Apa Nazneen pegang, dia rampas. Kadang-kadang aku ngintai, tengok dia tolak kepala Nazneen. Huhu.

Bila dia susun barang, tetiba Nazneen datang ambil dia jerit "Adikkk!! Janganla kacau Danish". Terpinga-pinga Nazneen tengok abang dia jerit-jerit. Kesian gak dengan Nazneen sebab dia kecik lagi tak tau apa-apa.

Kalau terlebih main pula, tiba-tiba kaki dia dah kat muka Nazneen. Nazneen suka je ketawa-ketawa sebab ingatkan abangnya main-main dengan dia. Camne ek? As a mother of course la aku tegur. Kalau dia tak dengar even dah tegur banyak kali, aku marah. Aku ni cepat sikit nak marah. Ikut perangai siapalah agaknya kan. Haha.


Tengok dia layan adik dia. See, Danish knows nothing

Lama-lama aku jadi hilang sabar juga. Pernah juga kena cubit, kena pukul kat punggung. Adui.. Danish pun baru umur 3 tahun. Tak patut aku layan dia macam tu. Aku rasa Danish dah besar sebab dia cakap petah sangat. Macam umur 4-5 tahun. That's why i assume he knows everything.

As a mother totally memang 100% back pada salah aku. Maybe aku selalu sangat marah sampai dia dah lali T__T. Ya, memang aku salah. Aku pernah cuba nak kawal marah aku, tapi kadang-kadang syaitan tu kuangjo kan. Ada je nak cucuk-cucuk aku. Fuh!

Kalau aku rasa serba salah dekat Danish, aku akan bawa dia pergi beli mainan. Tu je lah cara nak tebus kesalahan aku.

Kalau dia tidur tu, aku selalu usap rambut dia. Aku cakap "Mama minta maaf, mama tak patut buat macam tu. Mama cuba taknak ulang balik apa mama dah buat. Tapi Danish pun kena faham juga. Benda salah tak boleh buat". Kadang-kadang berair gak mata.

Banyak kali juga aku buatkan air dengan bacakan doa-doa. Banyak aku buat. Bagi dia minum. Lepastu aku zikir Ya Laitf kat Danish sampai Danish tahu zikir ya Latif tu untuk dia. Pernah juga aku belikan ubat homeopathy untuk kawal emosi dia. Berkesan, tapi sebab aku tak mampu nak beli, aku stop. Habis sebotol je. Bukan aku tak pernah usaha, aku usaha ok. Cuma aku ni buat diam-diam. Bukan depan orang.

Semalam pulak, boleh pula masa aku siap2 nak mandikan Nazneen, Danish dengan cepat buka baju, pastu masuk dalam besen tempat mandi Nazneen. Pastu Danish tolak Nazneen, himpit-himpit Nazneen suruh keluar. End up, Nazneen mandi luar besen guna air sejuk. Sebelum tu Nazneen main itik yang ada bunyi tu dia rampas. Terlopong Nazneen tengok apa yang dia pegang kena ambil.

Suami aku cakap salah aku. The way aku treat anak sebabkan Danish macam tu. Aku terlebih fokus pada Nazneen. Hm, camne ye? Anak dah dua. Nak cuba balance kan tapi susah. So far, everything back to me. It's all my mistake.

So, rasanya sama tak dengan anak-anak orang lain di luar sana. My friend cakap, at his age, 3yo memang tahap nak buat sesuatu. Nak memberontak dan dia tak tahu pun itu salah. Buktinya dia tak tahu benda tu salah bila kita cubit dia, pukul dia?? Ada dia melawan? Takde kan?

So, Danish. Mama betul2 minta maaf. Be a good boy and Mama please be a best mother.

Till then, tata...

No comments: