Wednesday, September 30, 2015

Cara menyimpan stok makanan bayi

Assalamualaikum.


Hari ni nak share secara ringkas macam mana aku simpan makanan Nazneen. Dulu masa zaman Danish aku kurang rajin sebab bila buat 'eh, kenapa x sedap, eh kenapa x jadi, eh, kenapa? kenapa? kenapa?' Banyak sangat lah eh dia.

Tapi kali ni semangat nak buat sebab aura duduk rumah sendiri ni lain sikit. Kahkah!

Untuk buat puri, macam biasalah. Ambil buah / makanan mana yang kita nak buat. Nak buat banyak boleh je. Tapi bergantung pada diri sendiri. Untuk kali ni aku buat sikit2 je dulu sebab baru nak kenalkan kat Nazneen.

Pertama
Rebus buah sampai lembut kemudian tos. Lepas tos, blend. Tambah air sedikit demi sedikit sampai makanan hancur. Kemudian, tuang ke dalam bekas ais seperti dalam gambar di bawah. Satu petak tu kalau tak silap 1oz

Puri Apple

Kedua
Lepas masukkan ke dalam bekas ais, biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam chiller.

Ketiga
Selepas sejuk, masukkan pula ke dalam freezer dan bekukan. Bekukan untuk tahan lama. Ikut cara simpanan EBM. Maksimum 6 bulan.

Keempat
Selepas beku, keluarkan makanan tersebut dan masukkan ke dalam bekas plastik. Semasa nak keluarkan makanan dari petak2 ais tersebut, lalukan air paip di bawah bekas ais tu, kemudian cungkil pakai sudu (ketuk2 pun boleh). Bergantung kepada kekereatifan uols. Jangan lupa tulis nama makanan dan tarikh kemudian simpan semula di tempat beku. Bekas ais tu boleh buat untuk puri yang lain pula.

Contoh simpan puri yang telah disimpan dalam freezer untuk disimpan


Kelima
Untuk bekalkan ke rumah BS, make sure malam sebelum tu keluarkan kiub makanan tersebut dan masukkan dalam bekas lain, letak di chiller. Esok pagi komfom dah cair. Sampai di rumah BS, suruh dia rendam dalam air panas dan siap! Senangkan?

Puri lobak
Nampak tak bekas kecik kat hujung tu? Bekas ni guna masa rendam dengan air panas. Ngam2 boleh masuk ikut bekas gelas/cawan.

Keenam
Boleh campurkan dengan susu ibu jika mahu. Aku akan tambah susu ibu dalam makanan Nazneen kalau ada baki susu dari rumah BS.


Untuk ibu yang bekerjaya, benda ni memang simple senang mudah. Stok dah ada, tinggal heat and serve sahaja. Nak mudahkan kerja, sebelum pergi kerja letak di chiller. Balik tinggal panaskan dan bagi makan. Baru aku sedar mudahnya kerja kalau ada stok.

Untuk Nazneen makan di rumah BS, aku bagi 2 petak. Takut tak cukup. But kalau kat rumah aku bagi 1 petak je sebab dah maknya kat rumah, anaknya asik nak ngempeng je. Kenyangnya dekat susu bukannya dekat makanan.

p/s: lepas ni nak try buat stok ayam. Tapi bergantung kepada kegigihan aku. Berangan itu penting.

Till then, tata...

No comments: