Thursday, September 10, 2015

Anugerah Of The Year

Assalamualaikum...

Tahun ni (setakat ni) aku dapat dua anugerah. Tahun2 sebelum ni pun ada juga cuma tak terfikir nak tulis. Mungkin rezeki anak, aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Memang tahun 2014, tapi dapatnya masa 2015.

Ni gambar baru lepas bersalin

Gambar ni ada pun kebetulan orang PPD kenal aku, so dia amik gambar and letak dalam FB. Terima kasih En Asri. Sesungguhnya, aku ni malu sikit nak bergambar2.

By the way, aku dapat tau dapat APC masa lagi 1 hari sebelum aku bercuti awal untuk bersalin. Bukan main bos aku panggil aku, pastu intro panjang2. Lepas tu aku blur bos aku nak apa sebenarnya. Otak pusing2 tapi langsung tak dapat catch up apa yang dia cakap. Sampai blur aku dah tahap max, baru dia hulur surat. Bila buka surat baru aku paham maksud dia. Haha. Pusingnya jauh betul baru sampai pada point yang sebenarnya. Lepas tu bos aku siap suruh rahsiakan dari semua guru. Sampai bulan 5 aku naik kerja, ada yang tak tau aku dapat APC sampai (maybe) ada orang beritahu baru aku dapat ucapan Tahniah.

Jujurnya, aku memang menanti APC. Aku nak tengok aku layak ke dapat APC. Dan anugerah ni dah membuktikannya. Terima kasih.

Kawan-kawan yang sama sekolah
Kawan masa zaman sekolah, lepastu sama-sama jadi cikgu, sama-sama dapat APC. Ada lagi sorang tapi tak sempat nak cari dia sebab ramai sangat

Housemate masa kat UPSI dulu, Kak Liza. Habis U memang tak jumpa langsung. Dia pun dapat APC.
Lagi satu anugerah adalah Anugerah Bintang Kokurikulum. Aku bukanlah bintangnya. Cuma aku dan kawan-kawan dapat sebagai Kelab Unit Beruniform terbaik.

Guru berdedikasi kononnya. Hehe

So, sebarang anugerah di masa akan datang harapnya diberikan kepada akulah ye. Haha. Tak malu sungguh.

Till then, tata...

No comments: