Thursday, August 27, 2015

Nazneen - 5 bulan

Assalamualaikum..

Diam tak diam dah 5 bulan Nazneen. Di kala aku menaip entry ni, umur Nazneen adalah 5m24d. So, what's her progrees now?

  • Berat naik 400g je kepada 8.4kg. Alhamdulillah. Cuma, pampers beliau telah bertukar kepada saiz L. MashaAllah. Pakai Huggies Dry Pants saiz M, boleh pulak tersangkut kat peha. So, aku koyakkan supaya boleh masuk sampai atas. Sekarang tengah gigih nak habiskan pampers tu sebab dia pakai malam je. Kesian... Pampers siang pun dah tak boleh pakai sebab nampak alur punggung di mana kalau dia poo poo memang kompom tembus. T__T. Pun stoknya banyak lagi. Tak baik membazir tau. Kat rumah BS je dah tukar saiz L. Itupun 4 hari lepas bagi sebab stok dia kat sana dah habis.
  • Kemudian dah pandai meniarap. Cuma pandai niarap ikut kanan je. Ke kiri tak pandai lagi. Once dah pandai meniarap, dalam masa seminggu dah pusing 360 darjah. Dan sekarang dah boleh angkat dada, punggung. Pastu maju ke depan. Laju wei maju ke depan dia. Selalu hunting alas plastik untuk salin pampers dia tu. Pastu hisap. Then kalau baringkan atas lantai, dia pergi hisap lantai. Adeii. Tengok kawan2 aku, gigih hari-hari dia mop lantai sebab anak dia dah pandai 'menyapu lantai'. Aku ni kekuatan xde. Boleh sapu je.
  • Ok, ini sadis.. Orang luar susah nak pegang dia sebab dia dah kenal orang. Kalau ko nak pegang dia, ko kena act sebagai seorang yang bersopan santun dan berbudi pekerti. Kalau main terjah je, memang putih mata la nak pegang anak aku. Aku syak dia suka orang muda dukung dia sebab bila yang veteran dukung, terus tercebik2 pastu menangis. Kalau yang muda dukung, amboi2.. Bukan main dia.
Muka kerek Nazneen di dukung makcik muda
  • Selain daripada itu (macam karangan BM pulak siap ada kata hubung), Nazneen kalau dipangku suka melompat2. Nak test kaki tu. Hope dah besar jadi macam Watson Nyambek hokey. Kalau over excited, makin kuatla dia nak melompat. Lagi satu kuat perasan. Tengok cermin je terus senyum. Tak pernah tak senyum. Jangan dah besar suka berangan depan cermin dah la...
  • Pandai dah capai2 barang, pastu kuat gigit even belum tumbuh gigi.
  • Masih setia dengan carseat & stroller
Boleh tidur dengan nyenyak di sini


Dan juga di sini

  • And paling best masih berbedung walaupun perangai suka menggeliat beliau sudah berkurangan. Bukan apa, aku yang suka bedungkan sebab dia akan tidur lama. Kalau permulaan nak tidur tu, dia marah betul aku bedungkan. Tapi dah siap bedung, mata je gerak2 dengan mulut bebel entah pape.
  • Lepas tu, masih kurang menyusu tapi kuat tidur. Baby kan kena banyak tidur supaya boleh membesar dengan sihat. Orang dewasa nak 'membesar dengan sihat' pun kena la tidur banyak jugak. Hikhik.
  • Last but not least, sejak lahir sampai sekarang Nazneen tak pernah demam lagi... Cuma hari tu dia batuk and selsema kuat sangat sebab jangkit dari Danish. Jadi, aku dengan pasrahnya terpaksa bagi dia minum madu campur lemon. Sejak lahir tak minum benda lain selain susu, so dia tak boleh nak telan. Bila tengok batuk selsema makin teruk, baru aku bawa ke klinik pakar. Dapatlah ubat. Berbelah bahagi aku nak bagi dia makan ubat. Tapi terpaksa juga bagi. Niat nak dia 'suci' dari sebarang benda2 ni sebelum 6 bulan. So, makan ubat aku bagi sekali, then kat umah BS sekali. Terus tak bagi dah sebab dah ok sikit even masih ada sisa batuk. Lagipun doktor pun cakap kalau teruk je bagi makan ubat sebab dia baby lagi. Tak bagus asik nak suap ubat je kan.
  • Maka, berakhirlah story Nazneen untuk umur 5 bulan.

Till then, tata....

No comments: