Thursday, July 30, 2015

Our Hari Raya Picture 2015

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya. Untuk kali ini, aku beraya di Kluang. Suppose tahun ni aku beraya di Kelantan. Malangnya, kitorang ada masalah peribadi dan tak boleh nak elak. So, terpaksa raya di Kluang. Maka, tahun depan adalah double raya di Kelantan. Tsssk. Takpelah. Adil dan saksama.

Tema raya tahun ini adalah hijau. Baju raya untuk Nazneen tiada, so pakai je baju biasa yang ada warna hijau. Janji hijau kan dik. Bukan mak kau hijau. Haha.

Susah sangat nak bergambar berempat. Sorang tidur sorang tak nak ambil gambar. Stress tengok Danish yang x nak bergambar dan main2. Dahlah susah nak pakai baju melayu dengan songkok. Alasannya sebab baju melayu ada butang! Apa entah masalah dia sampai baju melayu ada butang pun jadi masalah dunia. Fuh!


Ni gambar di awal pagi. Nazneen menangis sebab mengantuk... Zzzzz, amik gambar cepat2 lepas tu letak dalam buai terus tidur ternganga.

 

Bukan main nyenyak tidur dalam buai tu. Riuh rendah dah tak heran. Tetap teruskan tidur. 


Budak tak reti diam bila nak ambil gambar. Serius boleh jadi pergaduhan besar kalau aku masuk campur. Biar papanya yang uruskan budak ni.


Yang ni Nazneen dah bangun. Tengok lah gambar kitorang. Mana ada yang betulnya. Semua bermasalah. Haha. Dengan Danish tak reti diam. Dengan Nazneen yang memang mood tak berapa ok. Penat le mak pak korang sebab korang.


Ni gambar family Arwah Kamarudin. Sorang takde. Nazneen la takde. Sedang dibuai mimpi. Ibu aku and adik beradik aku semua warna kelabu. So, i choose tak sama kaler tahun ni. Baju kelabu tu aku pakai masa raya ke-2.



Memandangkan Nazneen tidur, maka kami bertiga mengambil gambar secara syok sendiri laki bini. Danish kurang memberikan kerjasama masa ni. Bukan masa ni je. All the time!


And then, gambar kenang-kenangan dengan nenek. Juga moyang kepada Nazneen and Danish. Danish cicit lelaki pertama nenek dan Nazneen cicit perempuan pertama nenek. Nenek dah tak berapa sihat. Malam raya tu dia bangun tidur dan kemudian jatuh sebab tersadung kerusi roda. Benjol besar di dahi. Kesian nenek.


And then, gambar kenang-kenangan dengan family sepupu sepapat kaum kerabat. Panas terik. Nak set up tempat pun take time. Inilah hasilnya...


Ni hari raya ke-3. Baju aku pakai tu adalah baju Hari Guru 2014. Ni kali ke-2 aku pakai. Punyalah lama simpan. Ada guna jugak simpan baju baru kan. Nasib baik tak mereput.


Melawat kawan yang dah 12 tahun tak jumpa. Jumpa bila anak dah masuk dua. Dia pula tengah tunggu hari je nak berjuang. Hehe.

Kemudian melawat pula kawan yang sedang dalam pantang. Kesian, raya-raya kena pantang. Hihi. Ina ni banyak tolong aku dalam breastfeed baby dan pengurusan EBM aku. Yelah, dia lagi banyak pengalaman berbanding aku.


Kemudian raya seterusnya pergi berjalan-jalan ke rumah sedara mara. Kat Johor ni raya sebulan. So, jalanlah sepuas hati. Penat tak penat je lah kan.




SELAMAT  HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
2015

Till then, tata...

No comments: