Wednesday, June 24, 2015

Nazneen - 3 bulan

Assalamualaikum..

Hari ini nak cerita baby Nazneen yang dah masuk 3 bulan.

Macam biasa, bulan ke-3 mesti ada check up and injection. So, masa check-up hari tu berat dia dah 7.2 kg di mana lagi sikit je nak jejak garisan obesiti. Tapi aku tak kisah dia obes sebab lahir memang dah besar. Lagipun dia tak campur susu lagi. Masih minum susu natural. Tapi beratnya MasyaAllah. Tak larat mama ko nak mandikan sebelah tangan.

Apa progress Nazneen sekarang?


  1. Tidur masih berbedung. Bedung itu wajib ketika tidur. Kalau tak macam2 sound effect keluar. Dengan suara menggeliatnya lain. Maka mamanya pun tak boleh tidur. Once siap dibedung, terus sunyi sepi macam takde orang. Macam aneh tapi benar.
  2. Dah pandai ajak orang berbual dengan mata bersinar2. Nak minta dukung la tu. Suka senyum tapi susah nak dengar suara. Maklumlah girl. Kenalah sopan santun berbudi pekerti.
  3. Suka menjerit2 dengan muka takde perasaan. Aku perhati gak muka dia, tapi selamba je jerit2. Lagi sekali, nak dukung lah tu. Haha.
  4. Masih tidur dalam buai tapi jarang. Ikut mood. Kalau susu lepas susu lepas, memang buai lah jalan terakhir. Lepastu suka berangan pulak dalam buai. 1/2 jam buai pun belum kompom dia tidur. Macam anak patung sebab tak gerak tapi mata celik.
  5. Paling best, tidur malam sampai pagi. Paling lewat pukul10 dia tidur. Oh I loikeee sebab aku boleh tidur dengan khusyuk. Like abang. Tidur awal, maka bangun awal juga. Lumrah alam...
  6. Pandai hisap jari tangan (please jangan pandai hisap jari kaki, mama tak mau orang keliling buat statement tak masuk akal. Heee).
Alhamdulillah. Sejak lahir sampai sekarang Nazneen tak pernah demam lagi dan juga tidak pernah diberi minum air lain kecuali susu ibu. Memang aku nekad and jaga.. No air masak bagai. Moga rezeki Nazneen murah sehingga 2 tahun. Abang Danish sampai setahun 10 bulan je.

Moga diberi kesihatan berterusan Cahaya Permaisuri Yang Cantik.

Till then, tata...

[Entry Danish 3 bulan]

No comments: