Tuesday, May 5, 2015

Nazneen - 2 bulan



Assalamualaikum.

Apa khabar readers. Haha. Selalu berangan blog ni kengkonon ramai readers. Baru2 ni jumpa kawan lama time sekolah dulu2. Dia cakap selalu baca blog aku. Hikhik. Aku termalu sebab ada gak kawan terdekat baca blog nih.

Hello uolss
So, hari ni aku cerita pula Nazneen 2 bulan. Ye, dah dua bulan tapi aku rasa macam dah 4 bulan sebab fizikal dia besaww. Untuk 2 bulan ni, berat Nazneen dah 6kg! OMG. Gwe tak tahu penimbang tu betul ke tak sebab guna timbang analog untuk orang dewasa which is aku kena naik atas timbang tu, ambil bacaan awal kemudian ambil Nazneen kemudian ambil bacaan akhir. Kemudian tolakkan. Maka dapat lah jawapan 6. Maksudnya 6kg. Aku pula naik 2kg kerana telah habis pantang dan makan dengan pelahapnya. Oh!! Walhal kengkonon aku dah control makan (memang control makan, tapi makan dengan kerap). Salah siapakah? Sila salahkan penimbang.

So far, untuk umur dua bulan ni Nazneen dah pandai main mata. Amboi ko anak, pandai main mata ye. Dah start nampak. Bila takde orang dekat dengan dia, maka akan dengar jeritan beliau yang nyaring. Bila ada dekat dengan dia boleh senyum2. Suka wei tengok baby seyum2 pastu main mata. Macam nak gigit je sampai lebam.

And at her age now, Nazneen masih lagi berbedung. Sebabnya sifat menggeliat beliau tu masih belum kurang. Malah makin meningkat adalah. =(. Nak tidur memang kena berbedung sama ada siang atau pun malam.

Sekarang kuat menangis. Aku sampai sakit belakang sebab kena selalu susukan dia. Bila masuk buai, kena sentiasa bergoyang buainya. Kalau setakat baru tidur 5 minit, jangan mimpilah nak stop buai sebab dia akan sedar punya. So, kenalah buai sampai 15 minit ke 30 minit untuk pastikan dia tidur dengan nyenyaknya. Nak buai dia, aku kena duduk. Kalau baring kompom aku tidur. Berangan juga nak belikan yang elektrik punya. Tapi MAHAL oiiii plus sekarang dah ada GST. Sangat teraniaya dengan harga tersebut.

Bahagia di buaian

Rambut Nazneen pun dah panjang sikit. Tapi kat tengah je lah sebab tepi dengan belakang kena 'cukur bantal'. Masih botak licin lagi. So, tak jadi nak botakkan balik kepala dia. Macam kesian pula bila nak botakkan balik.Takpelah, nanti dah panjang Mama mekap kan hokey!

Training pakai carseat. Tapi mesti kena bedung supaya tidur nyenyak

Tak lama lagi, aku dah nak kerja semula. Hai, kalaulah Mama tak kerja kan senang. Tapi kena kerja jugekk. Mana nak cari duit bayar itu ini. Huhu. Moga Nazneen jadi anak yang menyenangkan macam Abang Danish. Amin.

Till then, tata...

No comments: