Thursday, April 30, 2015

Nazneen - 1 bulan

Assalamualaikum...

Memandangkan Danish dulu setiap bulan aku update perkembangan dia, rasa macam tak adil pula aku x update pasal Nazneen.

Nazneen bersama nenek, buyut dan sepupu Alfateh

Actually Nazneen ni lain sikit dari Danish. Pertama, Nazneen lahir dengan rambut yang lebat dan penuh. Danish dulu banyak rambut kat belakang je tapi halus2. Lepas cukur rambut Nazneen, berat dalam 2g. Kalau ikut harga emas dalam rm300>.

Okeylah. Untuk umur sebulan ni, berat Nazneen dah 4.6kg. Means naik 900g. Aku pun x percaya bila tengok timbang tu. Actually, untuk kali ni aku tak berapa excited nak tahu berat Nazneen sebab dia lahir pun dah besar. So, memang sepanjang masa aku mengangkat baby yang 'semangat' dengan kepala yang belum keras lagi. Penat weiii. Lagi masa mandikan dia. Huhu... Baju rompers dia aku belikan 6-9 bulan dah hampir tak muat. Masa dalam hari lagi macam dah nampak sendat. Pernah satu hari aku x boleh buka rompers dia sebab tangan dia tersangkut. Sampai minta tolong ibu aku bukakan. Haha.
 
Berat aku pulak 51kg. Turun 10kg. Yeah. Tapi jangan suka sangat sebab dalam pantang mana selera makan benda yang sama je kan. Hihi.

At her age, aku dah start train Nazneen pakai botol. Aku takut, nanti dah start kerja baru nak ajar, masalah lain pula timbul. Aku ajar minum EBM beku dan juga EBM fresh. So far, dedua dia minum dengan jayanya. Sehari sekali je aku ajar minum. Dalam 2oz sekali minum and terus tidur.

Juga, beliau masih berbedung. Kalau tak berbedung, dia akan menggeliat dengan suara yang kuat yang selalu mengganggu tidur malamku T__T. Dia menggeliat dahsyat ok. Sampai masuk dalam mimpi aku like aku berada di tempat yang bising dan riuh. Once aku bedung dia, terus senyap sunyi sebab dah tidur nyenyak. Masalahnya, bila dah tengah malam sikit, selalu tangan dia terlepas dari bedung.

Dulu, ,masa awal2 lahir, once aku salin diaper dia tengah malam, terus dia tak tidur sampai pagi. I is penat and stress sangat. Satu hari, ibu aku cadangkan pakaikan dia diaper overnight. Aku pun setuju. Dan hasilnya sampai sekarang, malam dia tak bangun mengacau tidur aku kecuali minta susu. Dan paling bahagia aku boleh tidur sampai pagi. Baru aku tahu kenapa diaper overnight dicipta. Lambatnya otak aku nak berfikir.

Pada 25/4, kami sekeluarga selamat membuat majlis aqiqah untuk Nazneen. Cuma yang sedihnya, takde satu gambar kami sekeluarga pun masa majlis tu berlangsung. Soooo pathetic. Bila majlis dah habis dan semua muka serabai baru teringat nak bergambar. Haha. Sabar jelah. Actually, sejak Nazneen lahir, gambar beliau sangat kurang. Dulu zaman Danish, bapak kau siap guna DSLR tau. Yang ni langsung takde. Bila nak guna, charger bateri kamera plak rosak. Maka, kesianlah Nazneen kerana gambar hanya guna kamera handphone yang tak berapa nak canggih ni Y__Y.

By the way, thanks to all yang datang/terlibat dengan majlis Nazneen. Sangat dihargai.

Sekian untuk berita Nazneen berumur sebulan.

Till then, tata...

No comments: