Tuesday, March 31, 2015

Pengalaman bersalin ke-2

Assalamualaikum wbt.

Kejap muncul kejap ghaib aku ni. Actually hari ini merupakan hari ke-29 aku berpantang. Dan diawal berpantang aku boleh tahan tengok makanan sedap2. Tapi sekarang ni buka FB gambar makanan, kat rumah makanan sedap2, buka TV pasal makanan. Mana tahan oii. Tapi aku gigih menahan diri dari buat perkara buruk Tsssk tsssk...

Staight to the point.

Aku dijangka bersalin pada 1 Mac 2015 dan aku telah mengambil cuti awal seminggu dari due date sebab dah tak tahan nak kena panjat2 tangga setinggi 4 tingkat plus dengan kaki aku yang kerap kebas dan kadang2 jadi simpul biawak. Fuh!

Start dari awal bulan 2 aku dah prepare diri untuk bersalin disebabkan kelahiran yang pertama dulu sangat awal iaitu 36w6d. So, dari bulan Febuari aku menunggu hari2 untuk bersalin tapi masih tak bersalin. Badan jangan cakap, macam nak patah riuk dengan Danish yang kalau mood dia x elok, dia suruh aku dukung dia naik tingkat atas. Fuh lagi sekali. Mengandung anak ke-2 ni banyak sangat cabarannya dengan kerenah anak pertama. Memang menguji kesabaran dan kelakuan aku.

Sampai la kandungan genap 10 bulan, aku masih tak bersalin and pada hari due date aku masih ke hulu ke hilir bawa kereta. Hihi.. Bila dah sampai due date jadi nervous pula sebab macam2 yang aku fikirkan. Kena induce? Kalau tak lahir gak kena operate? Isk2. Tak sanggup aku.

2 Mac aku masih sihat walafiat lagi. Siap order pizza nak makan. Konon2 nak makan sikit je pizza tu, lastly banyak gak aku makan. Masa ni aku macam dah pasrah dah sebab tak bersalin2 lagi.

3 Mac, jam 6.10 am aku bangun dari tidur and terasa semacam. Keluar darah tapi tak rasa sakit. Beritahu husband macam dah keluar tanda. Dia tengah siap2 nak pergi kerja terus tak jadi. 6.20 am aku sembahyang Subuh and masa tengah zikir, terasa contraction yang pertama.

Dulu masa pengalaman pertama, doktor pernah suruh aku kira berapa kali contraction dalam masa 5 minit, tapi sebab sakit sangat aku tak kira pun. Kali ini berdasarkan pengalaman, aku start mengira. Dari jam 6.20am sampai 7.30am, aku kira contraction dah lebih 10x.

Danish aku hantar rumah pengasuh. Punyalah sakit sangat contraction tu sampai aku bagi isyarat je dekat pengasuh angguk2, geleng2 bila dia tanya aku.Hehe

Then, dari 7.45am dalam masa 5 minit dah 2x contraction. Aku berdoa biar sampai hospital nanti dah buka dalam 5cm sebab boleh cepat bersalin.

Sampai hospital dalam kol8.30 if tak salah, aku dah tak boleh nak keluarkan kaki dari kereta sebab sakit sangat. Nasib baik staff kat situ bawa wheelchair. So, oklah. Masa nak daftar bersalin tu aku dah tak boleh tahan sakit. cuba buat relax, tapi yelah relax camne pun sakit tetap ada.

Sampai wad bersalin, nurse suruh aku buang air kecil dulu. Aku setakat boleh berdiri kat pintu je tapi tak boleh jalan. Lastly, nurse cakap, xpelah. Nanti if rasa nak buang kena beritahu dia. Maka aku pun baring atas katil dalam bilik tu. Pasang alat itu ini untuk kawal denyutan jantung baby and tahap contraction aku. Siap nurse tu puji, graf turun naik aku cantik je. Haha.

So, bila dah baring kat situ nurse cek bukaan. Nurse pertama cakap baru 3cm. Aku dah start kecewa sebab mesti lama lagi nak bersalin. Tapi dia macam blur2 and tak yakin je. Jadi nurse kedua pula cek. Dia cakap dah 4-5cm. Aku lega.. means tak lama la sakit aku. Suami aku asik dok ulang2 cakap dalam kol 10 bersalin la aku ni. Aku iyakan je sebab lagi cepat lagi bagus.

Dok dalam labour room tu, aku dah tak kira dah contraction berapa kali dalam 5minit. Yang aku sibuk, tengok jam tengok jam. Tengok dah 9.10.. tengok lagi 9.20.. Aduhai. Bila rasa sakit yang amat, aku sedut gas. Gas tu once dah sedut seperti kita berada di awang2an. Sampai aku cakap dengan nurse, aku macam nak pengsan sebab ngantuk sangat. Rupanya gas tu yang buat aku jadi macam tu. Leganya bila dapat sedut gas tu, Allah je yang tahu. Agaknya macam tu lah agaknya penagih dadah rasa, Hihi. Heaven sangat2. Dalam masa tu doktor datang cek bukaan lagi and if x silap dah 8cm. Dia cakap, dah boleh start meneran sikit2. If sakit sangat, mengiring ke kiri. Tapi aku degil. Tak mau ngiring ke kiri sebab aku takut makin lambat bersalin.

Sampailah dalam kol9.40 or 9.45 aku dah tahan contraction, aku suruh laki aku panggil doktor. Dalam keadaan kalut doktor datang and dia cek dah boleh push. Untuk kali ni arahan dari doktor and nurse aku faham sangat2 and aku boleh ikut. Yang dulu satu hape pun aku tak boleh ikut sebab tak faham.

Maka, segala bagai benda disediakan. Kaki aku dinaikkan atas besi, and tangan aku pegang besi untuk aku push nanti. Dan yang paling bagus, katil tempat aku baring tu dinaikkan supaya badan aku dalam keadaan separuh baring and aku sangat selesa macam tu.

So, 3x push maka selamat la keluar kepala baby. Masa nak push kali ke-3 tu, aku dah nak cakap aku give up sebab sakit sangat. Tapi sebab doktor cakap dah nampak dahi, so aku teruskan juga. Alhamdulillah.. Syukur sangat2 baby lahir dengan selamat pada jam 9.54 pagi. Hampir pukul 10.. Once baby dah keluar keseluruhannya, terus doktor letak atas dada aku. So, dekat atas dada akulah nurse bersihkan hidung and mulut baby, potong tali pusat dan sebagainya.

Kali ini, aku betul2 rasa camne sakitnya masa kepala baby nak keluar. Dulu masa ambil epidural, aku macam rasa2 tidak kesannya.

Lepas proses bersalin doktor buatlah apa2 yang perlu. Jahitan luka aku sangat banyak. Bila aku tanya doktor berapa jahitan, dia cakap banyak sangat x terkira. Huhu..

So, dalam masa kurang sejam semua selesai. Pukul 11 aku dah dhantar ke wad untuk berehat.

Maka, lengkapla sepasang anak aku. Dengan berat 3.7kg, aku boleh lahirkan secara normal. Panjang 49cm. Nurse beritahu aku, pada hari aku bersalin 11 orang baby lahir dan semua perempuan dengan berat semua atas 3kg dan anak aku PALING BESAR 3.7kg!!! Siyesly shock hokey!

By the way, aku betul2 syukur sangat2 sebab sakit kali ni cuma dalam 3jam setengah je. Masa rehat2 di wad, aku masih tak percaya aku baru lepas bersalin dan sekejap sangat proses bersalin. Alhamdulillah dipermudahkan. Syukur2. Kalau aku kuat masa tu, memang aku nak sujud syukur. Tapi aku hanya mampu berdoa dalam hati.

Walaupun sekejap proses nak melahirkan tetapi sakit nak bersalin sama sahaja dengan orang lain. Mana ada orang nak bersalin tak sakit. Cuma lambat atau cepat semua urusan Allah. Aku amalkan doa untuk mudah bersalin. Ada dua.

1) Surah al-Insyiqaq 1-4 (mula2 baca asik nak tengok je. Lama2 hafal sendiri)
2) Doa Maryam melahirkan Nabi Isa.

Baca sebelum tidur sampai tertidur. Ulang banyak kali.

Sebelum lupa, my second baby ni nama dia Nurqaisara Nazneen bin Mohammad Zamri. Maksudnya, Cahaya Permaisuri Yang Cantik. Harapanku, jadi anak yang cantik segala2nya.


Till then, tata...

Entry berkaitan : Pengalaman bersalin pertama

5 comments:

SYANI said...

Tahniah & selamat berpantang

Lia3003 said...

Tq Syani

Lady in Mocha Scarf said...

Congratulations on yr princess!

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

Lia3003 said...

Lady in Mocha Scarf : terima kasih

Ummi Jual Vitamin : moga selamat semuanya