Friday, October 24, 2014

20 weeks pregnancy

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.

This week actually 21w5d pregnancy. Ini cerita last week.

Orang cakap, 5 bulan dah boleh tau jantina. Bila pergi scan, nasib baik baby tak tunjuk. Suka, suka. Sebab kalau boleh aku tak nak tahu jantina. Sebabnya adalah aku nak anak perempuan tapi naluri hati cakap aku ngandung anak lelaki.

Aku tak kisah pun sebenarnya lelaki or perempuan, cuma aku nak benda ni surprise!!


Ni gambar scan baby masa 20weeks hari tu. Pergi klinik sebab aku batuk teruk dah berhari2 dan dah alang2 nak ambil ubat tu, baik scan sekali. Masa scan memang doktor x dapat tau laki ke perempuan sebab doktor tak nampak. Cuma yang buat aku impress sangat bila tetiba mulut baby tu buka, tutup, buka, tutup like sedang makan. Very excited sebab dapat tengok live even hitam putih macam gambar kat atas. Dan baby sangatlah tak duduk diam.

Masa scan ni, estimate baby's mass is 300g and the length was about 15cm. Kecil but dah cukup sihat. Moga sihat dan sempurna sehingga lahir.

Oh ye, 20w pregnancy ni, aku baru stop morning sickness. Lamakan? That's why naluri cakap ini lelaki sebab sama dengan Danish tempoh morning sickness tu.

And baru boleh masak sikit2. Bau sabun yang aku tak suka memang aku rasa sampai bebila kot aku tak suka. Bila gosok gigi even tak muntah, perasaan loya masih ada sampai sekarang.

For this pregnancy, aku cepat penat dan lelah. Tapi, siapalah nak faham penat dan lelah aku macam mana. Pernah sekali straight 2 hari aku buat kerja berat. Kemas rumah yang sejak pindah tak bergerak barangnya dan esoknya kena pergi sekolah sebab gotong-royong. Aku mengecat bagai, naik turun tangga, dahlah tinggi. Semput sangat. Lastly, esoknya.... satu badan saaaaaakit yang amat. Dahla pinggul aku ni memang dah sedia sakit. Bertambah sakit. But nak buat macam mana. Sakit macam mana pun, aku diam je. Malas nak cakap.

Sekarang, makan lebih sikit dah 'full'. Kadang-kadang boleh kembung perut. Hm... Harap aku boleh banyak sabar untuk second pregnancy kali ni.

Till then, tata...

No comments: