Monday, September 8, 2014

Looong time

Assalamualaikum..

Its been a long time i'm not posting anything since my long posting on March. Honestly, i miss to write anything and bubbling also merepeks here. Huhu. Anyway, cuma penyakit malas sentiasa ada.

Hows my life now?

OooK. Nothing change except me. Me? Why? Wait...

1- Alhamdulillah, selamat berpindah ke rumah ku syurgaku... 2 tahun lebih tunggu, lepas raya hari tu baru masuk. Sesiapa nak datang, silakan. Cuma, rumah masih kosong. Duit habis buat renovation. Korek sana, korek sini. Siap my mom dermakan katil lagi untuk letak di dalam bilik.

2- Danish dah nak dapat adik. Yeay!! Actually aku dah almost/maybe 15weeks pregnant. Untuk yang kali ini, aku selalu lupa berapa weeks mengandung. Adakah penyakit lupa sedang melanda? By the way, takde bezanya pregnant pertama dengan kedua.

Yang kedua cerewet sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Aku benci semua benda. Benci2, tapi kena buat juga even nak buat sesuatu tu ambil masa.

Antara perkara yang aku benci :

1- Musuh paling ketat buat masa ni ialah BERUS GIGI+UBAT GIGI. Nampak berus gigi dah muntah, belum gosok gigi. Nampak tak? Tapi nak tak nak, aku kena gosok gigi juga sebab kau gila sepanjang mabuk tak gosok gigi? Aku menyampah dengan dua benda ni. Siyes menyampah. Gosokkan gigi anak pun aku yang nak muntah. Sometimes aku gosokkan gigi anak dengan muka ngadap lain. Sian anak aku!

2- Aku tak suka wangi-wangian yang serba wangi. Bau sabun basuh pinggan, sabun mandi, shampoo, softener, sabun basuh kain. Kalau basuh kain tu, letak softener salah, tak letak softener pun salah sebab dedua bau x sedap. That's whay it takes almost two days aku nak jemur baju selepas basuh. Menyampah sangat bau2an. Selamat aku jumpa satu sabun yang memang takde bau langsung. Sabun produk Elhajj. Taaaapi nak dapatkan sabun tu, mashaallah. Susahnya. Sekarang ni dah habis, aku tak tau nak cari kat mana. Nak beli online, syarikat tu pulak yang masalah bila aku nak transfer duit. Nak cerita panjang. Hm. Kemudian pakai pulak deoderant Dr Mist. Memang takde bau langsung.. Shampoo plak terpkasa la pakai yang berbau wangi sebab xde yang x berbau. T__T

3- Dulu, kalau naik kereta, air-cond tu mesti kena kat muka aku. Takde istilah aircond namanya kalau tak kena muka. Sekarang ni nak bau aircond pun xleh. Sampai cair2 air liur kalau loya sebab bau aircond. Selalunya pepagi buta kalau sampai sekolah, memang aku meludah memanjang sebab loya. Kipas pula, kalau pasang kuat, aku rasa macam tak bernafas. Sakit sangat dada kalau kipas kuat. Kalau perlahan panas pulak kan. Mengada2 betul.

4- Aku tak boleh bau masakan. Jiran ibu aku yang masak, aku yang muntah bagai nak rak. Huhu. Bau nasi yang berasap2 pun x boleh. Bau air mendidih pun x boleh. Entah!

Yang nombor 3 ni berlaku untuk pregnany kali ni lah. Yang lepas xde rasanya.

Kemudian, sepanjang mengandung ni, aku x suka makan daging lembu. Bagi aku benda tu berbau sangat dan kalau beli kat kedai or kenduri kawin, dagingnya sebesar penumbuk. Dah dua kali aku makan nasi beriyani dengan daging kemudian keluar balik. So, cukuplah. Taknak makan lagi dah.

Aku pula suka makan ikan sekarang ni. Paling suka ikan keli. Hari2 ikan keli. Ikan keli hari2. Kemudian sayur2 pun jadi favourite. Masak sendiri taklah. Makan kat kantin sekolah. Hihu

Even though aku ni masih mabuk lagi...aku masih suka

1- makan
2- makan  berulang kali
3- makan kemudian makan..
4- makan, makan, makan...

Dulu masa Danish, 5 bulan baru aku ada selera makan. Yang ni even aku selera makan, nasib baik berat belum cecah 50kg lagi. Dan masih terselemat dari minum air gula. Hope tak minum sampai bersalin.

Sekian, till then... tata...

No comments: