Saturday, March 29, 2014

Happy Birthday Muhammad Danish Aathif yang ke-2

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan izin Allah, hari ini genap dua tahun anak Mama lahir ke dunia. Alhamdulillah. Moga Allah berikan Danish kesihatan yang baik dan juga bahagia di dunia dan di akhirat.


Mama sayang sangat dekat Danish apatah lagi Papa. We love you so much dan Allah kurniakan Danish untuk Mama dan Papa untuk lengkapkan hidup kami.

So, dengan umur dua tahun Danish ni benda paling Mama sedih and tak tahu nak hadapi macam mana ialah Danish dah kena start wean off bf. Alhamdulillah, sepanjang 1 tahun 10 bulan Danish hanya minum yang terbaik. Kalau tak disebabkan Mama demam teruk masa bulan Januari maybe target Mama untuk Danish akan tercapai. Tapi Allah tahu yang terbaik untuk Danish.


And now, start lagi dua hari (naik kerja), Mama tak perlu lagi bawa pam ke tempat kerja. Harap lepas ni Danish boleh berdikari. Belajar minum susu lain. T_T. Emosi pula Mama tulis kat sini. Danish kena belajar semua tu. Belajar tanpa bergantung pada Mama.

But I'm not going to wean you off terus. Depends. Cuma Mama tak akan mengepam lagi. Hibanya. Hampir dua tahun Mama bawa benda tu ke hulu ke hilir. Selepas ni Mama kena ucapkan Selamat Tinggal.

Mesti janggal Mama pergi kerja dengan barang yang sedikit tak seperti sebelum ni. Penuh dua-dua bahu dengan barang2.

Even pada umur ni Danish tak faham apa yang Mama tulis, hope akan datang Danish hargai apa yang Mama dah buat untuk Danish. Mama halalkan apa yang Mama dah bagi pada Danish.

Happy Birthday Sayang!

Jadi anak yang Solleh

Anak yang menyenangkan Ibubapanya


Anak yang taat pada perintah Allah


Anak yang cergas dan cerdas mindanya
Ya Allah, hiasilah peribadinya dengan sifat2 yang mulia
Jauhkanlah dia dari sifat yang keji
Amin..

Lots of love,
Mama

No comments: