Sunday, December 1, 2013

Holiday Kuching, Sarawak #Part2

Assalamualaikum...

Hari ini sambung lagi mengenai Holiday di Sarawak. 

Hari ke-2 Pasar Serikin

Perjalanan dari Kuching dalam 1 jam atau lebih. Diingatkan, kalau nak pergi pasar ni kena pergi awal lagi sebab bila dah pukul 9 or 10 cuaca sangat sangat panas. Tak tahu nak describe macam mana. Kat sini masa sampai dah lewat, so jalan x habis. Dengan Danish yang macam cacing kepanasan so beli ala kadar and then balik.

Nak jalan sampai hujung memang tak lah sebab rasa macam dah jauh sangat and then benda yang sama sahaja dijual. Kalau nak beli baju bolehlah beli kat sini. Kalau diberi peluang datang sini lagi, aku nak datang awal2 pagi. Tapi entah bilalah kan. Bukannya sekangkang kera Sarawak tu.

Sumber gambar dari sini

Dekat pasar ni, my photographer x ambil gambar langsung even one! Punyalah dahsyat bahang kepanasan kat sana sampai nak keluarkan camera pun x berahi. Huhu.. Kitorang keluar dari pasar ni dalam pukul 10.45 am and then dalam kereta aku tertidur. Badan dehydrate sungguh sebab panas. Haha, berapa kali lah nak mention word panas sebab seriously ia memang panas!!

Sepatutnya dalam pukul12 kitorang kena gerak ke rumah kawan suami. Tapi, bila sampai rumah semua 'pengsan' x sedar2 sebab terlalu penat. Memang hebat penangan Pasar Serikin ni.

Lepas sembahyang Zuhur baru gerak pergi rumah Cikgu Azhari. Actually, ni kawan suami aku masa dia belajar kat UMS dulu. Bertahun2 tak jumpa akhirnya berjejak kasih di sini. Malam sebelum tu dah jumpa dah, dia ajak makan malam.

So yang ini jemputan makan tengahari. Best sangat2 sebab dia hidangkan makanan yang sedap. Contohnya makan Buah Dabai. Buah dabai ni satu-satunya buah yang banyak kolestrol. Rasanya lemak-lemak dan boleh cicah dengan kicap atau garam. Cuma, makan buah ni kena ingat dunia sikit. Kalau lupa dunia maknanya tidur di hospital la sebab kolestrol tinggi.

Cikgu Azhari ni cakap, kalau pergi hospital and pening (kalau x silap) doktor akan tanya "ada makan buah dabai tak". Haha, selalunya buah la yang banyak kebaikannya dari yang lain kan. Selain tu makan ikan terubuk bakar. Yummy!! Tak lupa Kek Lapis Sarawak (dah selalu sangat makan) cuma yang ini namanya Kek 'Pandelela Renom'.


Selesai makan, suami dan lain-lain borak-borak cuma aku sahaja diam melayan anak. Macam biasalah, mesti ada sesi bergambar. =)


Kuching Waterfront, Sungai Sarawak, Shopping

Selesai makan perut kenyang dan hati pun suka. Kitorang pun pergi membeli lepas tu belah lepas beli souvenir. Tempat2 nak beli barang2 cenderahati ni betul2 depan Kuching Waterfront. Kalau pandai cari kedai yang murah dan harga berpatutan memang untung. Cuma kita ni sebagai orang luar manalah nak cari kedai-kedai terbaik kan. Nak kejar masa jugak.

So, nampak satu kedai yang penuh dengan cendemata terus masuk. Lama juga habiskan masa kat sini. Bagi aku, harga berbaloi-baloi. Belikan souvenir untuk orang-orang semenanjung.


Budak yang sentiasa aktif

Aku beli berpasang-pasang Baju Batik Sarawak

Orang kedai tu tengah mengayat aku la untuk beli itu ini

Papanya sentiasa setia melayani Danish


Dalam kedai ni habis beratus juga lah. Tapi kata jalan dan shopping. Gunakanlah sepenuhnya kan. Sekali setahun je pun. Hehehe...


Lepastu jalan-jalan lagi kat Kuching Waterfront. Actually pergi sini lagi sebab nak pergi beli Kek Lapis Sarawak. Nak beli kena naik sampan atau bot pergi seberang Sungai Sarawak.


Kesian laki aku kepenatan. Dukung Danish lagi, layan dia lagi


Aku naik sampan kecik pergi seberang sungai. Macam nostalgik pun ada. Cuak juga. Laki aku asik tanya 'Naik ni ke? Naik ni ke?'. Aku tau dia takut. Tau sangat. (-,-)


Danish pulak, masa masuk dalam tu dia dah ketakutan. Ajak keluar. Once enjin dah start terus dia peluk aku. Kebetulan duduk dekat dengan enjin. Masa enjin tu start melompat kaw!

Tambang naik sampan ni RM2/person. Oklah kan...

Danish mengucapkan selamat jalan kepada bot



Tadaaa!! Inilah kedai Kek Lapis Sarawak. For your information, Kek Lapis Sarawak yang sedap adalah yang jenis basah. Kalau kering bagi aku biasa-biasa sahaja tapi bagi aku lain lidah lain citarasanya. Masuk kat sini macam blur je sebab banyak sangat. Tak tahu nak pilih mana. Boleh rasa semua. Tapi dah banyak sangat rasa lupa pula mana yang sedap.

Tanpa banyak pikir, aku ambil je yang nampak sedap.

Sebelah kedai kek jual ikan kering yang dikipaskan supaya lalat tidak menghampiri


See.. bertingkek-tingkek

Hasil tangkapan Kek Lapis Sarawak

Berlatarbelakangkan tempat YB-YB buat conference

Alhamdulillah, selesai berjalan di hari kedua. Memang penat, penat dan penat. Aku berazam, anak kedua nanti nak ajar dia duduk di stroller dari kecik biar senang di masa akan datang.

Mesti dapat tangkapkan penat sebab apa? Sekian.

Till then, tata...

No comments: