Friday, December 6, 2013

Holiday Kuching, Sarawak #Last Part

Assalamualaikum..

Baiklah.. ini entry terakhir untuk sesi lawatan di Kuching, Sarawak. Seriously, I gonna miss Sarawak. Entah bila dapat minum air wheat grass and white lady. Hehe.

Ok.. Hari terakhir sebelum berangkat balik kami pergi ke beberapa lagi tempat menarik.

Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village, SCV)

It takes about one hour to reach there. Ini kali kedua datang sebab yang hari tu kitorang tak masuk. Untuk masuk kena bayar RM80/person. Bagi aku sangat mahal sebab kalau nak tarik pelancong Malaysia mesti berkira-kira nak masuk. Kalau foreigner mesti x kisah je nak bayar masuk.

Tapi kitorang 'special' sikit. Masuk siap ada orang guide lagi. Kira macam ada tourist guide la kan. Tu yang aku kata special. =)

Dalam SCV ni ada bermacam-macam jenis rumah mengikut kaum di Sarawak. Terus terang, kitorang tak sempat nak panjat semua rumah sebab kawasan yang sangat besar dan 'tinggi'. Rumahnya tinggi-tinggi.. 

Rumah pertama adalah Rumah Cina. Yang kitorang pegang tu adalah tempat untuk memproses soya (kalau tak silap). Danish pun nak tolong jugaaakk


Masa sampai ni dalam pukul 10, so agak panas sedikit.

Rumah Melayu

Feeling feeling duduk kampung
Dia pun nak jugaaak

Dalam setiap rumah yang kita pergi, di dalamnya dah ada pekerja yang bertugas. Kalau rumah melayu ni, pekerja dia main alat tradisional melayu

Kemudian, kitorang pergi ke dapur and ada sorang kakak ni tengah masak. Makanan kat situ kena beli kalau nak rasa. Harga pun standard ..


Masa ni makanan yang dia buat x siap lagi sebab baru buka. So, teruskan perjalanan.


Maka, terjumpalah tempat main gasing. Suami aku try main and kali ke 3 baru jadi. Nak main bayar RM1 untuk 3 kali perjumpaan. Ok, perhatikan yang pakai baju biru tu...


Khusyuk nak main gasing

Aku and Danish duduk je memerhati

Konon bergayalah laki aku tu main. Haha

Danish datang untuk menyibuk

Lepastu pergi pula ke Rumah Melanau. Nak naik memang tinggi. Kalau kata pekerja, yang original lagi tinggi dan lagi besar dari ini dan setiap bilik ada bilik lagi. Satu bilik satu keluarga dan dalam bilik ada bilik lagi adalah untuk ahli keluarga. Dalam setiap bilik tu siap ada ruang tamu lagi macam rumah-rumah biasa.. Tapi ni combine combine dengan ahli keluarga lain maka jadilah rumah yang amat besar.

Ada paham apa aku tulis ni? Sila buat-buat paham


Makin atas makin tinggi pangkatnya. Maksudnya orang atasanlah (ketua, kaum kerabat dll)



Tempat kitorang bergambar ni adalah kawasan tempat pemujaan mereka.

Bergambar dengan kakak manis dan abang macho

Yang kanan tu our 'tourist guide'

Actually he is a supervisor. Gambar ni kakak manis tu nak ajar tarian guna buluh. Nampak senang but memang senang. Senang yang basic je lah.



Mencuba-cuba.. makin lama makin laju kayu tu so pergerakan kena lagi cepat

Laki aku pun try gak
Tapi kejap je dah fail..

Lepas joget-joget kitorang teruskan perjalan
Weii, ni baru dua rumah!
Pandangan depan rumah Melanau

Bukti ini adalah Rumah Melanau.

Rumah Orang Ulu
Tak naik pun sebab kena daki lagi.


Penerangan tentang cara buat parang dan perbezaan antara parang dulu dengan parang sekarang

Tak masuk tapi ambil gambar pun jadilah

Rumah Penan

Pastu terserempak dengan Bintang Kecil RTM 2013 (Kebangsaan)
Berkampung kat sini..Sedang makan.

Galeri Seni

Tengok orang bergambar kat sini, aku pun nak jugak
Persembahan Kebudayaan

Rugi kalau masuk tapi tak tengok. Persembahan selama sejam. Danish yang memang tak reti duduk diam, dia boleh duduk diam concentrate dekat persembahan tu. Memang interesting sangat.




Kiri sekali adalah orang yang ajar laki aku main gasing







Ini yang ajar aku tarian guna kaki tu. Siap menyanyi lagi dia di akhir persembahan
Habis tengok persembahan, kitorang teruskan perjalanan. Tapi memang dah penat sangat waktu ni. Lalu lalu je and ambil gambar.
Rumah Bidayuh

Thanks pada pemandu pelancong kitorang dalam tu. Sabar melayan kerenah kitorang.

Muzium Kucing

Location : Lobby Floor of Kuching North City Hall Headquarters on the top of Bukit Siol (Siol Hill)

Masuk free cuma kalau nak ambil gambar kena bayar untuk kamera sahaja.

Di pintu masuk

Danish ketakutan dalam ni. Tak nak betul letak muka kat situ


Sebab Danish suka kucing, dia begitu teruja dengan banyak kucing di sini. Ke sana ke sini. Tak mau orang pegang, orang bujanglah katakan..




Doraemon pun ada



Oo mak ko !! Kata beliau


Di pintu masuk Muzium



Maka, tamatlah percutian kami di Sarawak. Kitorang kat sana selama 4 malam 3 hari dengan penginapan percuma. Hehehe.

Bertolak balik waktu malam. Thanks pada abangku yang bawa jenjalan dan bawa makan macam-macam juga kawan suami aku Cikgu Azhari sekeluarha kerana bersusah-payah datang ke airport semata-mata untuk jumpa dengan kitorang. Until we meet again. Lets time determine






 Till then, tata......

No comments: