Saturday, November 9, 2013

My Happy Go Lucky Boy



Kadang-kadang, kerenahnya memenatkan aku
Kadang-kadang2, sikapnya mencabar kesabaran aku


Tapi dialah penawar hati aku
Walaupun penat melayan sikapnya
Dialah yang terbaik untuk aku
Sentiasa senyum, ketawa dan ceria


Di rumah pengasuh tidur sampai 4 jam
Makan punyalah senang
Bila ambil dari balik kerja
Makanan dah licin, susu pun habis semua


Tapi di rumah sendiri, nak tidur pun susah
Apatah lagi nak makan
Kena berdrama, berkejar-kejaran, pujuk-memujuk
Itupun masih susah nak makan
Tidur nak kena sama-sama kalau tak,
Tak sampai sejam dah bangun
 

Walaubagaimanapun, dialah permata hati aku
Tiada galang ganti
Sesungguhnya aku amat menyayanginya
Aku mahu melihat dia membesar dengan sempurna
Dengan penuh kasih sayang
Dan juga seorang yang berani dan boleh berdikari


Menjadi kesayangan Nenek, Pak Long, Pak Uda, Mak Usu
Sebab dialah cucu pertama
Yang lahir 2 minggu selepas Arwah Ayah aku meninggal dunia,
 

Seorang yang mudah mesra dan sentiasa mahu berkawan
Nampak abang, kakak, baby
Semua dia tegur
Tapi semua tak layan.. Kesian beliau. Hihi
Tapi dia tidak kisah semua tu
Yang penting baginya adalah Kegembiraan


Seorang yang cepat risau
Sebiji perangai Papanya 
Di mana ia amat merimaskan aku
Bila jalan-jalan dan salah sorang 'hilang' depan matanya
Mulutnya memanggil orang itu 
Sampai orang itu muncul depan matanya baru diam
Oh anak...


Tinggal lagi 5 bulan untuk Danish minum susu Mama
Lepas tu Danish kena belajar minum susu selain susu Mama ok?
Semestinya saat menyusukan Danish adalah saat yang paling berharga
Dapat rasa keakraban seorang anak dengan Mamanya
Mama berdoa supaya susu Mama sentiasa cukup untuk Danish
Walaupun sekarang stok 'tinggal nyawa-nyawa ikan'
Mama berharap dapat menyusukan Danish sampai umur 2 tahun


Danish pun kena belajar makan tau..
Belajar makan makanan ketul-ketul dan kasar
Belajar telan makanan yang besar
Selalu kalau tak boleh telan makan
Danish kemam dalam mulut sampai pekat air liurnya
Di kala umur 1 tahun 7 bulan
Gigi geraham baru nak tumbuh
Tapi makanan halus dan lembut yang lebih menjadi pilihan


Mama doakan Danish sentiasa sihat
Menjadi anak yang baik
Anak yang Soleh
Anak yang menyenangkan ibubapanya
Yang boleh jaga Mama dan Papa bila dah besar kelak
Anak yang bijak
Anak yang baik budi pekertinya


By,
Mama

5 comments:

Anonymous said...

my dear..ank kte perangai n sikap dorg saling xtmpah..sejibik btul.. smga dorg mmbesar jdi ank yg soleh..
-zaihan-

Lia3003 said...

zaihan.. amin..

june mohd said...

comelnya danish...semoga Danish jadi anak yang soleh bila dah besar nanti :-)

~AmyLiana86~ said...

alahai tomeinya.. =)

Lia3003 said...

June mohd : amin

Amyliana : tq