Tuesday, November 26, 2013

Misi Menyelamatkan EBM

Assalamualaikum...

Hari ni nak share sedikit mengenai cara aku membawa balik EBM dari tempat yang jauh. Diingatkan bahawa ini bukan entry menunjuk. Just untuk share dan juga panduan untuk ibu-ibu di luar sana. 

Kalau dulu aku selalu baca mengenai masalah ibu2 yang kursus di luar or outstation dan bagaimana diorang leh bawa EBM balik dengan selamat. Sekarang aku diberi peluang untuk merasa pengalaman membawanya sendiri.

Dulu pernah fikir yang aku tak kan keluar pergi kursus lama2 atau kursus yang memerlukan aku bermalam. Lastly, kena dekat aku. Nasib baik sebelum ni banyak baca macam-macam cara nak bawa EBM.

PERTAMA


The first thing yang aku buat ialah beli kotak gabus yang orang selalu guna untuk simpan ais. Benda tu murah je. Nak beli yang mahal2 pun x sempat sebab tau kena kursus last minit. Even murah tak sampai RM10 but seriously it helps a lot.

KEDUA


Masa sampai hotel terus aku sportcheck samada ada peti ais ke tak. Aku bernasib baik sebab bilik aku ada peti ais. Ada certain room takde peti ais.Alhamdulillah.

Memandangkan aku berkursus selama 5 hari, so 3 hari terawal aku tumpang freezer cafe hotel. Luckily mereka sangat memahami dan sangat menghormati kehendak kitorang. Kitorang kat sini refer pada kawan2 yang sama2 simpan EBM di cafe hotel. Kata staff hotel memang banyak dah dorang simpankan dan aku salah sorang daripadanya.

2 hari terakhir aku biarkan di peti ais biasa sebab tempoh simpanan susu segar adalah 5-7 hari. By the way, urusan aku di sini sangat smooth tanpa apa2 masalah dan sebagainya. Simpan susu di cafe hotel pun staff sana dah pro dari segi cara dia uruskan my EBM.

Kecik tapi berbaloi

Kawan aku pun tumpang peti ais ni sebab bilik dia xde peti ais. So, sama-sama membantu.

KETIGA

Pastikan ais menutupi semua EBM
Sebelum berangkat balik, pastikan ais dan garam sudah dibeli. Aku bertuah sebab pengurusan cafe tu bagi aku ais percuma. 3 bekas besar jugalah aku minta untuk penuhkan ais dalam kotak ni.

Cara untuk meletakkan EBM adalah di antara ais. Maksudnya, mula-mula letakkan ais dan pastikan tebal ais tu kemudian letakkan EBM. Kemudian, letakkan ais semula sampai tak nampak langsung bayang-bayang EBM tu. Lagi tebal ais lagi selamat.

*Tips : Semasa meletakkan ais di bahagian bawah, taburkan garam secukupnya dan kemudian letakkan EBM. Kemudian selepas ais diletakkan di bahagian atas, taburkan garam bagi dia rata. Kalau boleh habis sepeket garam pun takpe asalkan selamat.

Kesilapan aku di sini ialah aku hanya meletakkan garam bahagian atas sahaja. So, masa sampai rumah, ais bahagian bawah dah cair sikit tapi bahagian atas masih keras membeku.

Uols taukan kegunaan garam untuk terus membekukan ais. Dulu masa belajar Sains Tingkatan 2 ada buat eksperimen pasal benda ni. Ingat tak? Hehe...

KEEMPAT

Bawa kereta laju-laju untuk cepat sampai ke rumah. Haha, gurau je. Tutup dengan rapat kotak tersebut dan kalau nak selamat lekatkan dengan seletip. Janganla asik nak buka tutup buka tutup. Yakin dengan apa yang kita buat.

Ada 4 sahaja step yang dapat aku share di sini. By the way, dalam misi menyelamatkan EBM ni aku merayap dulu ke UTEM. Lepas tu drive balik singgah RnR berapa kali. Kiranya dalam 6 jam baru sampai rumah.

 

Tadaaa.. Inilah hasilnya bila dah sampai rumah. EBM dapat diselamatkan dengan jayanya. Ais di bahagian atas membeku dengan cemerlang. Cuma yang bahagian bawah cair sedikit (kesilapan sendiri) tapi EBM masih kekal beku. Susu segar yang aku tak bekukan pun jadi beku masa dikeluarkan.


Alhamdulillah, misi berjalan dengan lancar. Hasil dari 5 hari di sana (hari terakhir tak sempat pam) aku dapat kumpul 100++oz cukup untuk bekalan Danish dalam tempoh lebih kurang 10 hari.

Unfortunately, masa aku berkursus dua hari terakhir Danish terpaksa minum susu segar (susu lembu) sebab EBM dah habis. Tapi Danish tak minum sangat. Minum janji di hujung lidah lah lebih kurang. Bila aku sampai rumah, susu lembu tu aku habiskan sebab tak mahu Danish minum.

Di kala entry ini ditulis Danish ada lagi 4 bulan untuk melengkapkan penyusuan secara exclusive selama 2 tahun. Setakat ni aku berani cakap Danish minum susu ibu 99%. Lagi 1% adalah kesilapan diri aku.

Terima kasih pada blog-blog yang pernah aku baca secara senyap tentang cara-cara mereka membawa / menyelamatkan EBM ini.

Till then, tata...

2 comments:

Nurul Izayani said...

Hotel bg ais free?bagusnya. Moga murah rezeki mereka..

Lia3003 said...

Ha'ah.. memang free, banyak giler plak tu