Sunday, November 24, 2013

CPD Course

Assalamualaikum..

Last 12th November - 15th November aku attend kursus yang sangat panjang dalam sejarah perkhidmatan aku. 5 hari 4 malam ! Jauh ! Aku drive sendiri ! See, how survive am I. Nasib baik GPS membantu. Tapi GPS ni kadang2 menipu juga. Guna GPS handphone dan dia bagi route yang lagi jauh dari jarak sebenar.

Aku yang hanya menurut je kehendak GPS ni menonong ikut, walhal tempat aku nak pergi dekat sahaja. Fuh! Ok, ini cerita masa habis kursus dan aku nak pergi ke UTEM sekejap masa tu.

The worse things is aku kena tinggalkan anak aku yang masih susu badan dan juga stok susu yang nyawa2 ikan iaitu 5 beg sahaja. Esok kursus hari ini baru tau. Hei! Ingat aku robot ke. Ingat Melaka sekangkang kera? 250 km ye.

Tetiba ter'emo' plak. Haha. Maka, hari tu juga aku berkemas untuk berkursus esoknya. Penatnya Allah je yang tau. Bawa beg bukan main besar. Nilah begnya. Pam jangan dilupa. Benda tu paling penting. Selain tu aku bawa juga bekas gabus untuk simpanan susu masa aku balik nanti.


Maka, bermulalah perjalanan aku drive seorang diri. Seriously, aku tak pernah drive sensorang ke tempat yang jauh. Berapa kali aku berhenti sebab ngantuk. Tula, selama ni orang drive aku tidur. Sekarang rasa sendiri camne drive jauh dan sorang2 pulak tu.

Akhirnya, sampai juga tempat yang dituju. Guna GPS handphone dapat sampai dengan tepat but kalau guna GPS kereta x dapat detect tempat sebab hotel ni baru je buka.

Masuk2 je hotel terus tengok bilik and Alhamdulillah cantik dan selesa. Paling penting ada peti ais. Bilik aku duduk ni betul2 depan laut.

Permandangan dari bilik hotel. Tak nampak laut sebab banyak pokok.

Parking plak aku park dekat belakang hotel. My car 2 dari kanan.

Gambar seterusnya masa ada masa terluang dan keluar kawasan hotel untuk pertama kalinya.

Gambar Ihsan dari my friend

Feeling2 main buai








Lupa nak mention awal2, aku stay kat Pantai Puteri Hotel. Ramai yang sesat nak pergi sini sebab nama hampir sama dengan Puteri Resort kalau tak silap.


Gambar seterusnya merupakan aktiviti dalam kumpulan. Actually, kursus ni bertujuan untuk naik pangkat. Cuma nak naik pangkatnya lama lagi. Ikut pengiraan lagi 4 tahun akan naik pangkat. In Sha Allah. Doakan ye.





Bawah ni pula, every single part mesti kena ada presentation and kena hias cantik2 ikut kreativiti. Kumpulan kitorang memang tangan keras. So, memang awal2 sampai akhir memang tak cantik semua. Haha





Ha, ni gambar gwe dengan hasil lukisan yang 'tantek' itu. Kononnyaaaa...

Antara ahli kumpulan yang gigih
Selingan.. Sementara Danish di rumah dengan hal dia. Aku bekalkan baju untuk Danish pegang kalau rindu. But aku tak tahu pun dia rindu aku ke tak

Cium Mama katanya

Pegang baju yang aku tinggalkan



Huhu.. Bayangkanlah aku kena tinggalkan si Dombok ni lama macam ni. Kesian dia.

Sambung lagi gambar2 sepanjang berada di sana. Gambar ni aku dapat dari salah sorang group member.


Our group member
Bawah ni pulak galeri kitorang yang tak berapa nak up ni. Hehe. Btw, enjoy buat2 benda macam ni. Takde rasa stress pun


Kakak yang banyak membantu

Our picture
Pengalam berkursus di sini sangat berharga dan berguna untuk masa depan. In Sha Allah. Cuma sedihnya claim dapat sikit je. Tak berbaloi pergi balik 500(++)km.

Till then, tata...

No comments: