Saturday, November 30, 2013

Holiday Kuching, Sarawak #Part1

Assalamualaikum...

22 November - 25 November hari tu my family pergi short holiday di Sarawak. Merancang nak pergi memang ada tapi nak laksanakan tu punyalah susah. Asik cakap nak pergi tapi action takde. So, aku ambil la action dulu dan nampak la macam aku beriya nak pergi Sarawak sangat. This is the first time pergi jenjalan and agaknya yang terakhir kot.

Kitorang ambil flight malam disebabkan murah sikit dari siang dan juga sebab memang time Danish tidur masa tu. Sebenarnya untuk mudahkan aku jugak since Danish first time naik flight untuk tahun ni. Danish ni penakut sikit so better dia tidur dari dia ketakutan.


Sebelum ni dia selalu nampak kapal terbang dekat atas je tapi masa tu dia nampak yang real dan besar. So, dia teruja sangat and asik cakap kapal terbang je. Melekat kat dinding tu sampai aku nak ajak gerak pun dia tak nak.


 

Bila dah dalam kapal terbang, Danish masih teruja tapi takut sikit sebab bunyi enjin kuat. Suruh duduk pun tak nak. Aku ambil sit dekat sayap so tak nampak sangat view dari atas.

Gambar dua beranak
Once bila kapal terbang dah bergerak Danish punya kuat peluk aku Allah je yang tahu. Nasib baik dia tak menangis melalak bagai. Lepastu agaknya rasa dengan aku tak selamat, dia pergi pula dengan papa dia. Bila dah dekat atas, dia diam and lama-lama tertidur. Cuma masa nak mendarat tu telinga Danish xselesa. Asik pegang2 telinga je. Nasib baik dia tak bangun.


Dah sampai Sarawak. See, Danish tidur dengan nyenyaknya. Aku dukung dia punyalah berat. MasyaAllah. Memang lenguh pinggang tangan kaki semua. Pemandu pelancong kitorang adalah abang aku yang kerja kat Sarawak. Sampai dah malam so terus tidur untuk simpan tenaga untuk esok.

24 November 2013

Rancang nak pergi masuk ke dalam Kampung Budaya Sarawak (KBS) tapi disebabkan masalah teknikal terpaksa pergi hari lain. KBS tu buka pukul 9.00 dan kitorang sampai betu2 pukul 9.00. So, disebabkan masalah teknikal, kitorang jalan2 dulu ambil gambar depan KBS. Depan KBS betul2 laut dan nama tempat ini adalah Damai Central.



Macam biasa, timing Danish tidur tak lari sangat. Memang time dia tidur. Kena dukung lagi. Aduhai.. Beratnya. Sampai terlentok2 kepala pun masih tak sedar.


View kat sini cantik sangat. Belakang tu replika burung enggang yang menghadap ke laut.


Gambar dekat sikit. See Danish dah lentok habis. Kejut2 suruh bangun dia bolayan je.

Lastly dia pun bangun. Muka blur-blur je. Ni baru nak panaskan enjin.

Ni enjin baru suam-suam lagi.

Danish ni kalau suruh bergambar once kita cakap senyum terus dia pandang tempat lain. Bila gambar dah diambil sibuk datang nak tengok gambar dia. Alahai.. Perasan hensem ke nak oiii..

Enjin dah start panas

Tengok, my son dah hilang.. Dah merayap2 dah dia tu.


Time ni baru lepas hujan, so cuaca pun x berapa panas sangat. Permandangan kat sini memang cantik dan kalau buat photoshoot memang lawa.




Belakang tu adalah Gunung Santubong. Nampak macam kat oversea plak kan. Haha, berangan je lebih.

 


Meronta2 budak dombok tu tak nak ambil gambar. Haish... takde gambar yang nampak dia tengok camera betu2.


Masih di tempat yang sama. Actually, banyak sudut2 yang cantik. That's why kalau boleh every single corner nak ambil gambar. Hehe. Maklumlah photographer ada dua. Tugas aku pegang anak. So, berbaloi lah gambar aku banyak.

Photographer of a day
Kampung Budaya Sarawak
Depan pintu masuk
 
Arah jalan

Sebelum beredar ambil gambar dulu. Akan pergi pada hari terakhir nanti
Tugu Kucing / Replika Kucing

Tak tahulah apa nama sebenar dia kan. Kata orang bukan pergi Kuching, Sarawak namanya kalau tak ambil gambar kat sini. Abang aku cakap, yang selalu ambil gambar kat sini orang semenanjung. So, kalau jenjalan tetiba nampak ada orang gambar kat sini maknanya orang semenanjung la tu.


Akulah tu salah sorang orang semenanjung

 

By the way, kawasan untuk bergambar ni luaslah jugak. Takdelah malu sangat nak gambar kat sini sebab ramai je orang yang mahu ambil gambar. Nilah bukti yang kita pernah sampai Sarawak ye Danish. Leh tunjuk kat adik2 nanti. Huehue...


Kemudian jalan kaki pergi ke Kuching Waterfront. Punyalah jauh dengan Danish yang tak reti diam. Alahai...


Actually, kawasan ni laluan jalan kaki di mana depannya adalah sungai. Masa ni memang dah rasa penat dah.

Sampai mereka terduduk kepenatan.

Pameran Dinasour

Sebenarnya kalau kat Semenanjung ada je pameran dinasour ni tapi kalau nak pergi memang tak lah kan. So, dah alang2 dorang wat pameran kat sini masuk terus. RM10/person/entrance. Mahal tapi berbaloi. Macam biasa Danish ketakutan.

Yelah, tengok binatang besar lepastu gerak2 dengan taring yang panjang.

Dinasour tu cakap "Selamat Datang". Ok, aku tipu.



Danish yang ketakutan


Takut tapi teruja





Ni macam platypus pun ada gayanya

Game uji minda. Danish belasah je main


Siap ada anak-anak lagi






Actually semua binatang2 ni bergerak and mengeluarkan bunyi. Gerakan dia tak kaku pun, jadi macam real. Bila dinasour tu nganga mulut Danish terus nyorokkan muka.


Game ni aku dapat jawab semua betul. Kehebatan yang tidak disengajakan

Dia pun nak main jugaaaak



Lepas keluar dari tempat pameran dinasour tu, kitorang singgah2 muzium yang ada kat situ. Semua free tapi tidak dibenarkan mengambil gambar. Dekat sini ada beberapa buah muzium antaranya Muzium Sarawak, Muzium Alam Semulajadi dan lain-lain.

Tak sah kalau tak cakap pasal makanan kan. So, kalau datang Sarawak ni pastikan pilih menu yang tidak terdapat di semenanjung contohnya Laksa Sarawak,  Mi Kolok. Yang penting cari yang halal. Air pula yang sempat aku minum adalah air Wheat Grass (warna hijau) dan juga White Lady.

White Lady
Hanya sempat ambil gambar air ni sahaja yang lain tak sempat sebab kelaparan mengatasi segalanya. Hehe.

Tips untuk yang ada anak kecil : Bawa stroller kecil, pampers, baju, seluar, tuala, air masak sebab benda tu sangat berguna. Dalam kes kitorang, kitorang tak bawa stroller. Lagipun Danish tak mau duduk dalam tu. Sangat jeles hokey tengok anak orang duduk dalam stroller dengan gaya ala big bos. T___T

No comments: