Monday, October 21, 2013

Sesi Mengenal Haiwan #TerapiMinda

Assalamualaikum..

Untuk kali ini punya entry juga adalah berkisarkan tentang lawatan. Untuk lawatan kali ini adalah untuk baby yang baru nak up. Of course la my Baby D.. Terfikir nak ajak dia pergi Zoo sebab dekat rumah mulutnya bising bila dengar ayam berkokok. Siap bunyi2 kan lagi. Maklumlah, kat bandar ni susah sikit nak tengok ayam hidup. Selalu nampak yang dah tak bernyawa.

Pagi2 selalu bunyi ayam. Bila dengar bunyi je terus mulut dia bunyi "Ayaaa.. Ayaaa.. Ook Ok Ok!!". Lebih kurang macam tu lah. Kesiaaaan.... And baru2 ni dia baru nak belajar cakap "ayam berkokok". Dia x pandai sebut, maka jadilah bunyi "Aaaaaa kokok"... Aaaaaa tu pronounce kan macam jerit-jerit sikit. Haha.

Nampak patung cakap 'Bear', nampak burung kat atas cakap 'Bird', nampak anjing sebut 'Dag' and nampak itik pun sebut 'Duck'. Kadang2 aku pulak yang tak paham bila dia sebut anjing sebagai 'Dag'. By the way, Danish dah start kenal binatang2 cuma asik tengok kat gambar je. Kesian, hari2 belek buku tunjuk 'Cat' siap hulur2 tangan dengan bunyi sekali. Macamlah 'Cat' tu bernyawa.

So, untuk cuti kitorang yang free sehari je sebab dah banyak minggu hari Sabtu kitorang diganggu  kitorang decide bawak pergi Zoo. Pagi2 dah mandi and siap2kan makanan untuk Danish. Kitorang breakfast kat luar je. Tips : Kalau nak pergi Zoo it is better for u to go lepas matahari jatuh sebab waktu pagi sangat lah panas. Menitik-nitik peluh jantan betina kami. =)


Untuk permulaan, bergambar depan pintu masuk dulu. Danish sekarang nak bergambar susah. Perasan hensem. Bila cakap 1, 2 , 3 je terus tengok tempat lain. Konon macholah tu tengok tempat lain. Muehehe!



Mak bapaknya pun samalah x mau ketinggalan. Ohye, ini kunjungan ke3 aku sejak 27 tahun yang lalu. 1st time masa umur aku 1 tahun, 2nd time masa umur aku 10 tahun dan this is the 3rd time after 17 years old!!!! Oh, hope this is not the last. Anak2 seterusnya kena bawa pergi ye. Mesti berlaku adil.

Untuk entrance, kitorang mak bapak yang tak berapa muda ni kena bayar RM2/each. Kira berbaloi sangat and untuk bawah 2 tahun adalah Free Of Charge. Takde alasan tak nak pergi sebab bayaran mahal.

Pengembaraan bermula....


Baiklah Danish.. Ini adalah Bird....Burung! Burung Kakak Tua..


Kemudian Danish jawab : Tak nak, tak nak.. Takut!!


Ok, memang patut Danish takut sebab burung2 sepesis Kakak Tua / Muda ni besar. Aku pun terperanjat tengok. Danish sorok muka x mau tengok. Tangan kedap kat leher aku ketat2.

Nampak tak siapa yang excited?

Veeeery big kakak tua

Oleh kerana Danish cakap "takut, takut...' so cepat2 pergi. Padahal kalau kat rumah nampak je burung, mulut tu mengomel panggil2 "Bird... Bird".


Belakang tu kategori macam itik bangau lah. Aku ni pun sama buta nama binatang. Rasa macam lawatan ni sesuai jugalah untuk aku. Haha!


Bila dah jauh dari 'Bird' baru tangan tunjuk2 ke arah sana. Tapi, perjalanan harus diteruskan ya anak.


Cuci mata dulu tengok burung bangau a.k.a itik. What to say ek nama binatang ni?



Ya.. Inilah Papa Danish merangkap photographer of the day. Padahal everything memang dialah tukang ambil gambar. Menitik2 peluh dia ambil gambar and sampai satu tahap dia stop even sesi lawatan belum habis lagi. Aku nak guna camera tak reti sangat. Camera handphone bolehlah..


See, budak dah besar.. Jalan sendiri dengan gaya tersendiri. Danish ni kalau panas sikit tangan terus letak kat dahi.. Kalau hujan pula dia akan ambil tudung yang aku tengah pakai tutup kepala dia. Makin panjang akal dia.


Untunglah dia nak jalan dah sekarang. Kalau tak dulu dah bape bulan pandai jalan, bila lepaskan kat public dia x nak. Kaki lagi tinggi dari punggung. So, berdukung jelah. Letak kat stroller tak nak. Memang boleh keluar semua kolestrol dalam badan dukung dia.


Kat sini bila aku cakap "Danish, bear!" dia terus teruja. Selalu patung Pooh tu je dia panggil bear. Now dah nampak yang real memang nampak keterujaan Danish. Lagi2 bila beruang tu melekat diam kat jeriji besi tu.


Memang susah sikit nak kawal dia masa kat sini.

Bear, bear, bear mulut dia..

Dengan Papa pulak gambar dengan beruang


Yang ini pulak spesis 'Ketek'. Wong Jowo Omong Ketek. Bahasa Melayunya adalah Monyet. Hairan, bila nak ambil gambar je binatang2 ni susah nak muncul dekat depan.


Ni laluan kawasan ular. Tak berhenti tengok pun ular2 tu sebab seriau. Takut! Mata aku jeling-jeling je pandang situ. Ular sawa lah paling besar and scary sangat. Then ada ular tedung yang saaaaangat panjang. Kau bayangkan ular tedung panjang macam tu kalau jumpa kat luar. Memang x sempat lari. Huhu! Aku memang takut dengan ular.




Ni kalau x silap aku, ini anak rusa Nani.. Danish takut juga dekat binatang ni sampai dia jerit dekat sorang budak pompuan tu supaya jangan dekat. Dia cakap "Tepi! Tepi!" Haha, dia yang menggelabah tengok budak perempuan tu bagi rusa ni makan.




Yang ni pun rasanya rusa. Ya Allah.. Bila datang sini aku jadi macam hilang ingatan terhadap binatang. Tulah, lain kali bawak buku nota salin pape yang patut. =)

Danish : Mama, bird! Bird! (Sambil tangan tunjuk bird)

Bila aku dukung, tengok kaki dia.. Takut nak jejak dengan muka tak relanya..




Ini Unta ya Danish. Dekat Malaysia susah nak jumpa Unta. Nak jumpa banyak Unta kena pergi Tanah Arab. Simpan dalam ingatan, ini adalah Unta. Macam ajar budak Tadika kan?


Ini confirm aku tau nama dia. Tapir/Tenuk/Cipan. Aku simpati kat binatang ni sebab manusia suka cakap "Kau ni macam Cipan!". Ada ke samakan manusia dengan Cipan. Cipan ni bukan liar pun. Slow je dia ni. Comel and sepesis ni hampir pupus. Hope lepas ni takde lah orang guna perkataan Cipan dalam penggunaan bahasa seharian ok suamiku?

Tengok rambut Danish, dah nak tumbuh. (Eh, lari tajuk)

Tepuk tangan sambil jerit



Tapir yang dalam kolam tu, mata dia buta sebelah. Maybe masa dia duduk dekat habitat dia, manusia buat Dajal dengan dia. Kesian ok tengok binatang yang slow ni kalau kena serang dengan manusia. Tak sampai hati. Camne dia nak selamatkan diri dia semua? Dan keringnya hati manusia buat binatang macam tu.


Akhirnya, dapatlah bergambar bertiga. Percaya tak kalau aku cakap ada dua keping je gambar bertiga? Dua2 di tempat yang sama. Sila percaya..


Kat sini tempat gajah tapi gajah tiada sebab pergi training semula dekat Pahang. Gajah pun kena training tau kalau nak pandai. Uolz? Ok, takde kaitan.

Seterusnya....


Ralit tengok kuda.. x mau gerak

Ada ciri-ciri ibu mithali tak?

Mengajar anak kenal kuda

l

Kuda padi.. Masa ni memang dah panas terik. Danish dah tutup2 dahi tapi still dia tak nak tinggalkan kuda padi tu. Selalu kat rumah main kuda mainan dia, hari tu jumpa betul2. Sukalah tu. Aku nak juga suruh Danish naik kuda padi tu. Kalau nak naik kena bayar RM3. But bila aku dah setuju je tetiba Danish nangis nak turun. Takut katanya. Bila dah nangis maka x dapatlah jalan2 naik kuda.. Nak ambil gambar pun kena bayar RM2. So, tiadalah gambar Danish di atas kuda sebab dia dah start nak menangis.


Lepas dipujuk2 barulah Danish nak bergerak jalan tinggalkan kuda tersebut.

Rehat sekejap lepas lelah bawah pondok



Sesi mama pula pegang camera ambil gambar. Tangan aku ni memang tak berseni kalau ambil gambar.




Dan, ini adalah singa. Masa 1st time lalu singa ni sedang beristirehat. Bila lalu kali ke dua baru dia jalan2. Ni gambar dekat je. Singa ni asik hulu ke hilir je. Yang ni aku tengok dah besar. Rupanya ada yang laaaagi besar.

Naik tangga atas terus jumpa singa2 lain, harimau dan juga cimpanzi. Agak takut jugalah ciri-ciri keselamatan dekat sini. Nak tengok binatang2 ni kena naikkan anak. Kalau x naikkan memang x nampak. Tengok gaya Danish. Aku dah habis pegang ketat dah kaki dia. Takut terlepas..



Nilah kawan Danish.. Haha!




Rupanya kat kandang2 lain ada banyak lagi singa2 ni. Bila mengaum bergegar Zoo. Memang menakutkan. Sana mengaum yang sini menyambut. Saling melengkapi gitu... Sama-sama mengaum


Baiklah, ini Pak Belang. Pak Belang ni tidur sahaja. Tapi berdasarkan tapak kaki dia, dah tau ia sebesar muka aku. Tidurlah Pak Belang. Moga aman tidurnya..



Dan ini adalah gambar terakhir sebelum photographer menyimpan cameranya. Dalam sangkar ni x silap Seladang. See, badan Danish muat untuk masuk ke dalam tu. 

Peringatan : untuk parents yang bawa anak ke sini, jagalah keselamatan anak anda. Pegang dia kuat2 sebab sikap anak ni unpredictable. Jangan terlepas pandang di tempat2 yang bahaya macam ni.

By the way, banyak lagi binatang2 kat situ.. Buaya, Flamingo, Memerang, Kura2, Itik, Burung Enggang dan lain-lain. Sangat bagus untuk anak-anak yang baru nak mengenal dunia. Belajar macam2 bila nampak benda yang real.

Lepas ni nak pergi mana pulak ye Danish? Kita pergi tengok Dinasour lah ye. In Sha Allah.

Till then, tata...

4 comments:

~AmyLiana86~ said...

WAH BESTNYER..

DEAR, BUKAN XNAK AJAR HEADER TU..AMY PUN XPANDAI..AMY UPAH ORANG DESIGN 1 BLOG NIE...HUHU..

~AmyLiana86~ said...

lia..sy upah kakak blogger nie.. dia punya url tgk kat template sy kat bawah skali..hoyahadis.blogspot.com.. rm60.00 full template...gambar tu tukar xyah bayar pun.. =)

nurul izayani said...

Kami pun nk pergi esok.xcited! Hihi

Lia3003 said...

Wah.. selamat berjalan2