Monday, October 21, 2013

Lawatan Ke Kilang Beras

Assalamualaikum..

Sekali imbas tajuk macam lawatan kanak-kanak je kan. Tapi memang lawatan kanak-kanak yang dah up sikit. Even rasa macam 'alah, setakat kilang beras je pon'.. tapi ko hado buat? Haha.. Kilang beras ni lah yang buat korang kenyang hari2 tau!

By the way, pergi ke kilang ni satu pengalaman baru lah. Dahlah free.. Dapat beras free plak tu. Everything dalam kilang ni semua mesin yang buat. Pekerja cuma just masukkan beras dalam vacuum je untuk proses seterusnya dan last sekali packing. Sangat mudah hokey!

Ketibaan kanak-kanak baru nak up

Pintu masuk kilang YHL

Antara beras yang dihasilkan

Amik ko! Tinggi menggunung, sangat bahaya ok!

Sesi penggambaran dulu.

Majoriti adalah beras import. Yang ni belum proses lagi

Baiklah, proses bermula.

Pekerja kat sini kena tuang beras ke dalam vacuum ni. Berat beras each adalah 1000kg. Dorang angkat pakai kren.

Nice.. If terhempap ni adeii.. Couldn't help

Beras ni masuk dalam vacuum dan dibawa terus ke tempat seterusnya seperti dalam gambar di bawah
Sangat tinggi. Beras lalu sini untuk proses polishing


Proses polishing ni biar beras nampak bersih dan putih. Ada banyak mesin kat sini. Kitorang dapat peluang pegang beras yang dah keluar tu. Panas sedikit berasnya. Selepas itu beras akan terus di bawa ke satu mesin (lupa nak amik gambar) di mana mesin tu akan asingkan beras kepada 3 bahagian ikut saiz. Selepas diasingkan ikut saiz, beras tu pergi plak ke mesin multi sorter di bawah ni.



Multi sorter ni mengasingkan beras dengan bendasing like batu, sekam padi, batang kayu and apa2 lah bedasing lagi. Yang kagumnya, macam mana dalam berjuta dia dapat asingkan semua and speed beras ni sangat laju. Bila aku tanya pada staff, jawapan beliau adalah "teknologi". Hebat teknologi sekarang ni.


Gambar atas ni adalah di dalam multi sorter. Kawan2 aku teka ini adalah mesin perangkap lalat. Apakah? Nampak tak satu garisan halus kat tengah2 tu, nampak macam benang. Actually itu adalah beras. Ini merupakan proses akhir sebelum beras selamat di packing.

Ok, yang ni aku x tau apa sebab x dapat dengar masa dia beri taklimat

Mesin packaging

See, pekerja hanya ada di peringkat awal dan akhir sahaja.

Beras pun selamat di packing. Begitulah ceritanya tentang beras. So uols.. Remember "Sebutir beras adalah sama dengan setitik peluh petani".. Ada kaitan x dengan manifacturing ni? Haha..

Till then, tata...

3 comments:

JunAina said...

Elok utk pendedahan pengetahuan am pelajar kita jugak...biasa nampak padi je kat pokok tapi ada juga yg tak pernah tengok pokok padi...:)

~AmyLiana86~ said...

wah hebat..

Lia3003 said...

JunAina: betul tu.. at least lawatan ni lain dari yang lain

AmyLiana86 : memang hebat.. mesin tulah.. hehe