Assalamualaikum..
Sekali imbas tajuk macam lawatan kanak-kanak je kan. Tapi memang lawatan kanak-kanak yang dah up sikit. Even rasa macam 'alah, setakat kilang beras je pon'.. tapi ko hado buat? Haha.. Kilang beras ni lah yang buat korang kenyang hari2 tau!
By the way, pergi ke kilang ni satu pengalaman baru lah. Dahlah free.. Dapat beras free plak tu. Everything dalam kilang ni semua mesin yang buat. Pekerja cuma just masukkan beras dalam vacuum je untuk proses seterusnya dan last sekali packing. Sangat mudah hokey!
 |
Ketibaan kanak-kanak baru nak up |
 |
Pintu masuk kilang YHL |
 |
Antara beras yang dihasilkan |
 |
Amik ko! Tinggi menggunung, sangat bahaya ok! |
 |
Sesi penggambaran dulu. |
 |
Majoriti adalah beras import. Yang ni belum proses lagi |
 |
Baiklah, proses bermula. |
Pekerja kat sini kena tuang beras ke dalam vacuum ni. Berat beras each adalah 1000kg. Dorang angkat pakai kren.
 |
Nice.. If terhempap ni adeii.. Couldn't help |
 |
Beras ni masuk dalam vacuum dan dibawa terus ke tempat seterusnya seperti dalam gambar di bawah |
 |
Sangat tinggi. Beras lalu sini untuk proses polishing |
Proses polishing ni biar beras nampak bersih dan putih. Ada banyak mesin kat sini. Kitorang dapat peluang pegang beras yang dah keluar tu. Panas sedikit berasnya. Selepas itu beras akan terus di bawa ke satu mesin (lupa nak amik gambar) di mana mesin tu akan asingkan beras kepada 3 bahagian ikut saiz. Selepas diasingkan ikut saiz, beras tu pergi plak ke mesin multi sorter di bawah ni.
Multi sorter ni mengasingkan beras dengan bendasing like batu, sekam padi, batang kayu and apa2 lah bedasing lagi. Yang kagumnya, macam mana dalam berjuta dia dapat asingkan semua and speed beras ni sangat laju. Bila aku tanya pada staff, jawapan beliau adalah "teknologi". Hebat teknologi sekarang ni.
Gambar atas ni adalah di dalam multi sorter. Kawan2 aku teka ini adalah mesin perangkap lalat. Apakah? Nampak tak satu garisan halus kat tengah2 tu, nampak macam benang. Actually itu adalah beras. Ini merupakan proses akhir sebelum beras selamat di packing.
 |
Ok, yang ni aku x tau apa sebab x dapat dengar masa dia beri taklimat |
 |
Mesin packaging |
 |
See, pekerja hanya ada di peringkat awal dan akhir sahaja. |
|
Beras pun selamat di packing. Begitulah ceritanya tentang beras. So uols.. Remember "Sebutir beras adalah sama dengan setitik peluh petani".. Ada kaitan x dengan manifacturing ni? Haha..
Till then, tata...
5 comments:
Elok utk pendedahan pengetahuan am pelajar kita jugak...biasa nampak padi je kat pokok tapi ada juga yg tak pernah tengok pokok padi...:)
wah hebat..
JunAina: betul tu.. at least lawatan ni lain dari yang lain
AmyLiana86 : memang hebat.. mesin tulah.. hehe
area mana ni?
Saya berpeluang melihat dari pokok padi ditanam, membesar, menguning dan di tuai. Pernah berpeluang melawat ke kilang pemprosesan padi BERNAS di Sungai Manik, dari padi diproses menjadi beras dan di bungkus dalam bungkusan besar yang beratnya 1000kg / 1 tan. Dari kilang padi, beras dihantar ke kilang peprosesan beras seperti ini. terima kasih atas info yang lengkap.
Post a Comment