Wednesday, September 11, 2013

Our 2013 Raya's Update

Assalamualaikum. Hari ini 6 Syaaban aku akan akan update mengenai Raya Story untuk yang pertama dan yang terakhirnya. Bapak Lama nak update. Tahun ni aku raya di Kelate, tahun ke-dua bagi aku dan pertama bagi danish serta berpuluh bagi suami.

FYI, raya tahun ni agak kurang menggembirakan juga sebab Danish tiba-tiba demam petang sebelum raya. Maka, sangat sedih bagi kami sebab x boleh nak jalan2. Danish pun demam xpernah merengek2 sebelum ni tapi kali ni dia punya merengek lain dari yang lain.


So, tiada ke'happy'an di sini. Baju raya pakai masa pagi and masa ambil gambar sahaja. Kemudian salin terus baju biasa. Nasib baik aku buka baju raya awal, sebab x lama lepas tu Danish muntah2. Sepanjang demam ni dia asyik muntah2 sahaja. Tak nak makan. Bila Danish x nak makan x boleh nak paksa. Aku tau Danish x kan makan punya kalau aku hulur.


Gambar raya pun ambil laju2 sebab Danish sangat lemah masa tu. Tengoklah, kebanyakan gambar dia x senyum Badan lembik sangat. Kesian anak Mama..


Gambar kat atas ni, sampai hati kepala aku hilang separuh. Kata suami aku, dia x perasan kepala aku tinggal separuh. Sangat tragis and nampak pelik. Xpelah, pasrah. Perasan gambarnya macam ni pun masa dah transfer masuk komputer. Xpe.. Ada lori ada bas, ada hari boleh balas. Haha


Kemudian gambar kami bertiga. Hanya 3 gambar yang dapat ambil dan inilah yang terbaeeeek. Danish masih sama. Tak mahu senyum. Takpe Nak. Mama faham.


Tengoklah Danish. Tak bermaya. Suhu dia memang sangat panas. Sentiasa kena cek suhu takut meningkat. Menggigil2 dia tahan sejuk walhal panas badannya mencapai 39'C.


Kemudian gambar dalam hutan pula. Belakang tu kakak ipar aku. Depan plak anak sedara suami aku.


Gambar beramai2 plak. Maka, berakhirlah sesi penggambaran raya pertama. Tamat!!

Kemudian, bila demam Danish dah baik, dia kena cerry berry pula. Dari raya kedua sampai raya ke4 dia masih kena cerry berry and nak jalan memang x boleh sebab terlalu kerap salinkan pampers. Sampai satu tahap ada lendir2 darah dekat najis dia. Raya ke-5 dah balik Johor. But masa tu cirit birit danish masih ada. Benda ni berlarutan sampai raya ke 7-8 kalau x silap. Memang lama sampai aku risau, Nasib baik xde pape.

Oh.. Lupa pula. Masa raya ke-4 my schoolmate datang raya di rumah mertua ku di Kelate. Kesian beliau tak dapat balik raya sebab suaminya on call. Dekat nak 3-4 tahun juga tak jumpa. Dia kawin dengan orang kelantan so bertemunya pun di kelantan.

Habis mengenai raya di Kelantan.

Kemudian balik Johor, aku cuma sempat beraya a.k.a berjalan di Tenggaroh sahaja. Nak balik Kluang x sempat. Entah bila la kan nak dapat balik Kluang??? ('-')


Ni kawan aku dari form 1. Kawan gaduh masa sekolah. Haha, betul x Fara. Masing2 dah ada anak. Masing2 sama naik.



Kemudian,  sebelum start kerja kitorang pergi beraya ke rumah pengasuh Danish. Taada.. Inilah pengasuh Danish. Aku bersyukur dapat pengasuh sebaik dia. Moga allah lindungi dia dan keluarga. Namanya Kak Normah. Danish pun senang dengan mereka. Nampak dia gembira di rumah Kak Normah.

Ok, for another information.. Raya tahun ni aku pergi 1 je open house itupun pada 30 Syawal. Sekian.

Till then, tata...

No comments: