Wednesday, September 18, 2013

My Brother's Wedding (Part 1)

Assalamualaikum...

On 30th August hari tu my brother selamat bernikah dengan kakak ipar aku. Yelah kakak ipar aku, tak kan orang lain. Ini merupakan abang pertama dan terakhir aku. By the way, tahniah untuk wedding ni.


Nampak real x bunga kat atas ni. Actually semua artificial. Kat bandar ni mana nak cari sirih ori, so beli and sangat mahal hokey sirih palsu ni. Ni laki aku yang design, bila dah siap dia suruh ubah mana yang patut. Bila aku dah ubah, mata dia pulak nampak x ok dan aku kena bebel panjang. Lepas ni minta maaf lah kalau nak suruh aku tolong buat sirih junjung or design pape. Tangan aku ni mana ada seni-seni.

On that day, aku rush pergi ke tempat majlis. Dengan paginya aku pergi mesyuarat and rush balik rumah and siap2. 30 minit je aku siap2 and then tunggu laki aku balik sembahyang Jumaat. Danish pulak aku dah suruh Kak Normah siap2kan dia and aku tinggal ambil sahaja.


Baiklah, ini bakal pengantinnya a.k.a abang aku. Di awal2 senyum lah. Sekali dah baca taklik (if x salah) menangis. Hikhik..


Oleh kerana ni majlis nikah sahaja, maka sedara terdekat sahaja yang hadir. Majlis diadakan di masjid.

Dari kiri : Ein, Aku & Danish, Shahirah, Mak Lang, Buyut, Ibu

Ini sebahagian dari keluarga aku. Actually, sedara mara aku ramai. Pergi kawasan mana je kat Johor ni memang ada. Kalaulah aku kaya, boleh aku jalan2 rumah sedara2 aku yang jauh2 tu. =(


Tema aku pada hari tu adalah oren. Sama dengan Didi. Yang tudung hijau tu adik perempuan aku yang bongsu dan dijangka khawin laaaaama lagi sebab dia baru masuk U. Haha..


Ketibaan pengantin perempuan. Ececeh... By the way Kak Lin a.k.a Kakak Ipar ku.. You banyak x senyum lah masa ni. But never mind, tau nervous. =)


Sebelum majlis akad kena tandatangan borang2 dulu. Kat Johor ni prosedur nak nikah sangat banyak and take time juga lah. Taaapi, mas khawin sangat murah iaitu RM22.50. Siapa nak khawin dengan orang Johor silakan.


Orait, ini merupakan anak terunaku yang merupakan orang kedua terbusy dalam majlis ni. Nampak Ibu aku tengah mententeramkan dia. MashaAllah. Sangat lasak weii.


Ini merupakan barang hantaran pihak lelaki. Sebelum majlis akad berlangsung lagi, orang kedua busy ni telah membuat onar. Dengan selamba dia berjalan laju kemudian terlanggar hantaran. Paling worse adalah 'kereta' tempat letak gelang hantaran tercabut and tenggelam.

Apalagi, abang aku dah jeling2 tengok. Yelah, belum sempat serah dah rosak. Anak2..


Tengok aku zoom in sikit. Tayar kereta tenggelam dalam gabus tu and koyak. Nasib baik kazen aku kreatif. Dia cilok jarum dari tudung adik aku and tampal2. Nasib baik lekat. Fuh! Aku is berdebar beb. Takut hancur.


Baik, back to the story.. this is before akad.


Nervous lah tewwww...



Tunggu masa je ni nak akad


Akad nikah bermula.


 Alhamdulillah, lepas semua


Selesai then sujud syukur.


Baca-baca perjanjian.


Angkat sumpah


Batal air sembahyang

 

Dapat gelang tu

Yang tepi kiri sekali tu is my buyut. Masa ni dia menangis. Bila tanya2 rupanya dia cakap dia nampak Arwah Nenek aku (anak dia) tengah duduk dekat dengan dia perhati majlis. Tu yang dia nangis. Maybe, masa tengah ambil gambar ni dia nampak kot sebab mata dia ke arah 'itu' sahaja.


Antara yang hadir. Kiri sekali : Nenek Sedara, Mak Uda, Mira (sepupu baru)

 

Selepas majlis tamat, gambar sekejap dengan Buyut.

Till then, tata...

3 comments:

Puan Ida said...

salam perkenalan ye
jemput follow saya ye
umielman.blogspot.com
cute ar hantaran tu

~AmyLiana86~ said...

wah dah besar anak lia..hehe

Lia3003 said...

Puan Ida : hantaran tu kakak pengantin pompuan yang buat... sirih junjung je suami buat

Amy : a'ah, dah besar anak.. hehe