Monday, September 9, 2013

Kesilapan dalam mendidik anak-anak

Assalamualaikum..


Handout mengenai kesilapan ni saya dapat masa dalam tazkirah. Bila google2, saya jumpa di satu blog ni. Maka, saya link kan detail kesilapan ni ke blog tersebut ya.

By the way, sama-samalah berusaha elakkan perkara2 tersebut dalam mendidik anak-(anak to be) ok.

Kesilapan-kesilapan itu ialah :

  1. Kurang berdoa semasa mengandung juga semasa membesarkan anak.
  2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (motivasi) seperti menakutkan anak dengan hantu, gelap dan sebagainya
  3. Tidak tegas dalam mendidik anak2, tidak menjadualkan kegiatan harian, terlalu fokus pada satu aktiviti sahaja tanpa mempedulikan perasaan anak-anak
  4. Menegur anak secara negatif seperti kata2 kesat dan maki hamun. Membandingkan anak kita dengan orang lain.
  5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda. Ramai yang mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
  6. Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
  7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibubapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menepati kehendak syarak apabila berada di rumah iaitu berpakaian selekh/seksi di hadapan anak2nya.
  8. Susunan rumah tangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas, selekeh, pengotor.
  9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah sama-sama.
  10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam islam merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
  11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
  12. Bertengkar depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
  13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita dari kalangan sesiapa sahaja.
  14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada di TV ataupun video.
  15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Ibubapa yang perlu bertanggungjawab mendidik anak-anak kerana di akhirat kita yang akan ditanya mengenai perkara tersebut.
 
Ulasan aku:

  1. Alhamdulillah. Teruskan berdoa tanpa jemu. Tak dinafikan kadang-kadang aku terskip juga. Doa untuk anak2 banyak. Yang paling simple dan mudah dihafal adalah seperti ini "Rabbi Habli Minassolihin". Ya Allah, masukkanlah anakku di kalangan orang2 yang beriman. Sekilas info : jangan lupa doa untuk ibu bapa juga sebab doa yang tiada untuk ibubapanya tidak akan sampai kepada Allah.
  2. Ini tak dinafikan, kadang2 kalau Danish susah nak tidur aku cakap "Ayooo xtahu" dengan nada cuak. Mesti dia diam meniskus and tidur. Aku tahu x baik. Akan diusahakan membuangnya. =P
  3. In Sha Allah, if Danish dah mula faham.. aku akan jadualkan aktiviti dia. Yang penting.. Maghrib tak boleh buka TV langsung.
  4.  Jangan menbandingkan dengan anak orang lain. Aku tahu, sangat stress jika kita dibanding2kan dengan orang lain. Jangan buat kat anak, emosi pasti tertanggu
  5. In sha Allah. Suami isteri kena sama-sama buat ye...
  6. Mesti!!!! Cakap word 'sayang' selalu..
  7. Alamak, kat rumah aku memang selekeh. Means pakai simple2 je. Takdelah sampai baju kotor dah pakai, lepas tu pakai balik. 
  8. Tidak kemas! Erm, kalau pakai baju yang dah pakai pastu letak longgok2, anak mesti ikut longgok2. Muehehe.. Sila2 la jadi orang yang boleh mendisiplinkan diri tu biar anak boleh contohi. Buang sampah lalu tingkap, anak pun akan buat juga. Tidak dinafikan, kadang2 aku pun x sempat nak buat itu ini. At least kita kena ada USAHA untuk ubah. Bukan kena tegur banyak kali baru nak ubah. Hmmmm..
  9. Yang ni memang aku nak sangat dalam family aku. Makan, sembahyang, semua aku nak sama2. Akan tetapi banyak tapinya. Ketua keluarga tugasnya perlu membimbing ahlinya.
  10. Masa dalam tazkirah tanya pendapat other teacher. Is it possible untuk ada rotan kat rumah? One teacher cakap kena ada sebab kalau kita marah, kita akan cari rotan. Cuba kalau takde rotan, bila marah.. kalau kayu dekat situ kayu yang kena. Kalau penyapu? Fikir2kanlah.
  11. In Sha Allah
  12. Mohon dijauhkan.
  13. In Sha Allah
  14. In Sha Allah.. 
  15. Tiada kaitan dengan keluargaku. But, bukan sahaja pembantu rumah. Tugas didik dan jaga anak bukan di bawah tanggungjawab ibubapa kita. Cukuplah mereka yang dah besarkan kita. Kalau nak minta tolong sekejap, apa salahnya.

Till then, tata...

Link 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-anak

2 comments:

~AmyLiana86~ said...

inshaa Allah..sama2lah kite didik anak kita moga jd anak yg soleh..amin... =)

Lia3003 said...

amin