Wednesday, July 3, 2013

Melentur Buluh

Assalamualaikum...

It is about 16 months Danish lahir and banyak sangat dah si kecik tu belajar. And as I said he is a faster leaner. Everything, apa Mama n Papa dia buat dia ikut. Tengok pegang pisau untuk potong bawang dia pun nak potong bawang juga. Tengok orang gunting2, dia pun nak gunting jugak. So hard to larang dia dari main. Mulut pula asik cakap 'Nak.. Nak...'

Aku baca tafsir al-quran, mengajar anak biar bermula dari dalam buaian. So, takde istilah anak dah besar baru nak ajar itu ini. Korang pun tau kan melentur buluh biar dari rebungnya. Hati aku memang aku nak ajar anak aku macam-macam.

Banyak benda aku nak ajar tapi adalah sikit2 halangan. Aku pun bukan perfect sangat sampai nak jadikan anak perfect tapi apa salahnya kita ajarkan?

Benda pertama sekali yang aku nak Danish tahu ialah kebersihan. Aku memang obses dengan kebersihan and kerteraturan. Maybe dari kecik aku dah biasa dengan keadaan yang tersusun dan selesa and arwah ayah pula sangat tegas bab2 kebersihan ni. Dari kecik kitorang diajar untuk buat kerja rumah.

Tugas menyapu selesai
Yang aku paling ingat, arwah ayah ajar aku lipat kelambu and masa tu aku belum sekolah lagi. Kelambu tu besar katil single. Ayah ajar satu satu then aku boleh buat sendiri. Setiap kali bangun tidur, mesti katil dah siap kemas and bertanding dengan abang aku kelambu siapa paling kemas.

Sekarang ni, aku cuba nak tunjuk contoh macam tu, bangun tidur kemas tempat tidur tapi masa membataskan aku. Pagi2 bangun dah nak buat itu ini then pergi kerja. Terkejar2. Aku nekad juga one day aku akan buat juga sebab aku nak tunjuk contoh yang baik pada Danish. Allah, please ease my way.

Then, aku dah ajar Danish buang sampah dalam tong sampah, ajar simpan barang lepas gunakan (yang ni susah sikit). Bila dia dah tau benda tu kena buang means kotor. Nak keluar kena pakai kasut. Lepas makan kena letak pinggan kat sink. Danish akan bawa mangkuk makan dia ke sink bila tengok aku or papanya bawa. Part basuh pinggan ni lah lepas Danish besar sikit aku nak ajar dia basuh pinggan.

Lepas makan, basuh pinggan. Ya, tak dinafikan aku juga kadang2 lepas makan/masak akan tinggalkan. Aku tinggalkan bersebab bukan suka2 and aku akan berusaha untuk basuh even dah malam. Aku nak keadaan yang teratur and bersih. Sebab tu lah aku tersinggung bila sink dah clear tetiba ada 1 je sudu kat dalam tu. Huhu, bukan amik sejam pun basuh satu sudu. Tol tak.

Kalau buang sampah pulak, kadang2 bakul sampah ada je kat situ tapi sampah sebelah bakul. Erk! Tak susah nak masukkan sampah dalam bakul sampah. Buang sampah luar tingkap? I wont let Danish do that.

Hm, dah jadi macam luahan hati lah pula kan. Tapi tulah, pindah rumah baru nanti aku akan pastikan rumah aku dalam keadaan bersih dan teratur. Aku nak Danish tahu erti bersih. Bukan Danish je, semua orang perlu tau. Tu azam aku.

Rumah aku sekarang ni ibarat tongkang pecah. Biasalah ada anak kecik. In Sha Allah (tangan di dada) di rumah baru barang mainan Danish satu tempat je. Kadang2 aku rasa macam nak jadi suri rumah je, dapat kemas2, lipat baju dll. Tapi aku kena kerja! Barang mainan paling banyak bersepah and benda lain berterabuh or tidak berada di tempat yang sepatutnya.

Dulu masa kecik, if arwah ayah tengok barang bersepah tanpa budi bicara terus buang. Tapi kalau macam buku or barang berharga dia akan cakap "Ni kalau ayah tak tegur barang siapa, sampai KIAMAT takde orang nak angkat". Dahsyat kan nada perli ayah aku. Haha!

Paling worse adalah baju yang tak terlipat. Kadang2 sampai 3 minggu tak berlipat. Huahua. Betapa bz nya aku laki bini. Tapi bila dah lipat, kitorang sama2 lipat but kena buat masa Danish tidur. Kalau dia sedar maksudnya dia akan lipat sama. (T____T). Dan aku akan tersinggung bila benda yang dah dilipat masuk dalam almari then bersepah/terabuh bagai lepas tu. ("-,-). Makan / minum x basuh pun I x berkenan OK. Entahla.. Nobody's perfect but at least try to be perfect is better rather than nothing.

And aku bersyukur dapat suami yang pandai masak and kalau masak ambil masa yang pendek tak macam aku yang terkial2 di dapur memakan masa di situ.

Another thing akan ditulis nanti lah kalau sempat. Cuma, people.. islam itu bersih/indah. Pahamlah dalam2 maksudnya. If my parents can educate me, so do I..

Till then, tata..

No comments: