Saturday, July 27, 2013

Bila Ramadhan, susu jadi kurang??

Assalamualaikum..

Harap tak lambat lagi untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tahun ini merupakan tahun kedua aku berpuasa bersama dengan anak dan tahun ke3 berpuasa dengan suami tertinta...Hek.

Mengharap agar aku dapat berpuasa penuh seperti tahun lepas. Alhamdulillah. Masa mengandung puasa x penuh sebab alahan yang teruk jugak. So, kena bayar fidyah sekali untuk anak yang dikandungkan.

Apa yang aku nak tulis di sini adalah pengalaman berpuasa dan dalam masa yang sama anak masih menyusu badan. Perjalanan bf anak aku tahun lepas serius aku lupa macam mana. Yang aku ingat production susu tak pernah kurang. Even tak makan tak minum tapi still maintain. Kata orang rezeki anak.

Tahun ini pula, benda yang sama berlaku. Aku masih mengepam dan menyimpan stok. Cuma stok yang ada tidaklah semeriah tahun lepas. Bagaimanapun, aku yakin susu aku cukup untuk Danish sebab badan kita menghasilkan susu yang cukup untuk anak. Takde istilah takde susu di bulan puasa.

Kadang2 terfikir juga 'susu keluar sikit ke banyak ek bila anak minum?'.. tapi aku ignore semua tu. Kalau anak rasa susu mak dia sikit, dia akan minta, minta, minta sampai dia kenyang and kita sebagai ibu kenalah bagi sahaja. Makin kerap kita bagi makin banyak susu yang terhasil. Tak percaya?

Kalau x percaya meh aku bagi contoh.. Makin kerap orang cukur misai makin cepat misai tumbuh kan? Haha, tetiba cakap pasal misai sebab my hubby hari2 shave misai dia and kalau dia tak shave, esoknya dah rasa misai dia tumbuh. Sangat cepat. Pendek kata, makin dirangsang makin cepat production.

Bulan puasa tahun ini, aku pam ikut dan. Kadang2 pam dapat 4oz sampai balik. Paling banyak 10-11oz sampai balik. Nampak macam sikit tapi sebenarnya cukup untuk Danish memandangkan dia minum susu 5-6oz di rumah BS. Percayalah, susu yang dihasilkan cukup untuk anak.

Sebenarnya susu tak cukup tu mind set je. Bila otak dah cakap susu kurang, kita stress. Bila stress makin dipam makin x ada. Aku juga pernah stress. Pernah sekali (bukan bulan puasa), aku stress yang amat. Hasilnya dapat 1oz je sepanjang 30 minit. Huhu, lepas tu malas dah nak fikir stress. Bila start pam je, aku akan pam dengan hati yang tenang and selesai pam even dapat 3oz(contoh) aku akan cakap 'terima kasih ya Allah untuk rezeki hari ini'.

Bersyukur dengan apa yang ada.

Dan... tidak dinafikan bila puasa badan kita jadi lembik, anak pula melekat je kan. Tenaga kita semua bagi kat dia. Itu salah satu cabaran di bulan puasa. Yang lain x ada. Bulan puasa ni, bila dah petang aku dah jadi 'lemah' sikit sebab badan makin lembik. Ku mengharap untuk jadi kurus. Bolehkah? Haha..

Till then tata..

*Macam entry syok sendiri pun ada. takde kena mengena dengan title*

No comments: