Thursday, July 11, 2013

15 months old baby...

Boleh ke panggil baby lagi? Takpelah, dia tetap baby di hati mama.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah .. Hari ni hari kedua di bulan Ramadhan dan hari ke-2 aku berpuasa. Aku yakin dapat puasa penuh macam tahun lepas. By the way, ini merupakan tahun ke-2 juga saya berpuasa dengan anak menyusu badan sepenuhnya. Nak kata lembik, xdelah sangat. Penat jelah sebab kurang air. Production tahun lepas maintain, tahun ni belum nampak lagi macam mana.

It's been 12 days Danish turned 15 months old. He is become clever day by day. Aku suka progress budak ni.

Dah pandai meniru gaya / ajuk percakapan. Paling dia suka bila aku cakap "Jatuh".. Dia pun ikut. Makin panjang "Jaaaaaatuh" makin panjang juga dia sebut word tu.

Ni tengok orang pam bola, dia pun nak pam jugak
Kalau balik sekolah and kitorang x simpan kasut dalam rak kasut memang dia pakai bersungguh2. Siap berjalan dengan kasut besar. Lepas tu pandai plak simpan balik. Bila nak simpan, dia akan cakap word "Letak"...

Bila time nak sembahyang, aku akan sediakan sejadah kecil kat sebelah. Nanti dia tonggeng2, sujud kononnya lepas tu bangun pergi cakap "Nak, nak" sambil tunjuk telekung. Haha, dia nak telekung sebab tengok aku pakai telekung.

Yang paling mengharukan, Danish cepat berfikir. Semalam dia pecahkan Jus Mak Usu dia kat dapur. Habis lantai penuh jus. Dia tengok, tengok, tengok and tetiba dia lari. Papa dia terus cakap "Ha, lari lah tu". Aku biarkan je. Kemudian dengar dia jerit2 bahagian tengah, Aku ingatkan dia menjerit sebab rasa serba salah tumpahkan jus, rupanya dia bawa tuala nak lap. Bersungguh muka dia bawa tuala nak lap jus tu. Kesian pun ada sebab aku saja cakap "Ayoooo, tak tau" banyak kali. Bila aku cakap xpayah lap, dia masih nak mengelap lagi. Kalau kain buruk dah lama aku bagi lap, ni kain tuala. By the way, dia tahu.. benda tumpah kena lap dengan kain / tisu.

Ni bukan sekali dia buat, banyak kali. Paling obvious masa dia keluarkan oat and sepahkan atas lantai. Aku sergah dia terus dia cari kain nak lap. Kesian tapi aku bangga dengan dia. Sayang Danish ketat2.

Masa mengelap oat.

Masih cuba membersihkan
Usaha sedaya upaya

Sepatutnya guna penyapu, tapi maybe mind set dia benda macam tu kena lap. Oh ye, minat menyapu dia memang tak hilang lagi and harap tidak hilang. Sekarang skill menyapu dia sangat hebat. Nak cerita pun x pandai. Sambil menyapu cakap "kotor".. kadang2 dengar macam "toto!". Anak2. He is really ease me lorrr..

Makan angin di padang sekolah Mama
And now, Danish dah 4 hari botak. Before this bukan x ada rambut cuma halus2 and tak hitam. See picture kat bawah tu. So, setelah beberapa kali rancang nak botakkan, then tak jadi, rancang lagi pastu x jadi, kali ni nekad nak botakkan.

Before dibotakkan (bahagian atas)

Bahagian belakang

Semasa dibotakkan, 5 minit je diam lepas tu tak keruan

After, ada tokak2 sebab xhabis cukur. Then dia tengah main2 sambil cukur kepala dia
For Danish, ni rambut raya tau. Hehe.. Harap lepas ni tumbuh hitam dan tebal sikit ya. Bila dah botak ni mula terfikir " napelah tak botak masa dia 6-7 bulan dulu". Pergi rumah pengasuh kena gelakkan pastu dia pun gelak sama. Padahal orang gelakkan dia.

Anyway, apa yang aku boleh cakap  he is a faster learner. Pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya". Lepas ni bila dah pandai sikit, aku nak ajar basuh pinggan / cawan. Biarlah orang cakap awal sangat ke apa kan. Anak aku. My cousin umur 5 tahun sekarang ni, hari tu Danish tumpahkan air manis, pandai budak tu lap sendiri, basuh lap, then lap lagi sampai xde rasa lekit. Mak dia buat kerja lain. See how her mother asuh her. Itu yang aku nak. Papanya, sila jangan pening perancangan mamanya.

Sekian.

Till then, tata...

No comments: