Sunday, June 2, 2013

Persediaan untuk menyusukan anak

Assalamualaikum..

Hari ini tertarik untuk share bagaimana untuk membuat persediaan untuk menyusukan anak yang bakal lahir. Tertarik untuk berkongsi sebab selalunya anak pertama memang takde pengalaman. Even dah baca banyak mana pun pasal persediaan tapi nak praktikkan dia tu agak payah. Tapi takpe. Alah bisa, tegal biasa.

Di sini saya senaraikan bagaimana untuk membuat persediaan untuk menyusukan anak. Kalau out of topic maaf ye.

1. Persediaan Mental

Kena pasang niat awal2 untuk menyusukan anak. Share cerita dengan orang yang dah berpengalaman dan tanamkan azam yang tinggi. Tapi yang penting niat. Once kita dah niat dan berazam In Sha Allah, perjalanan kita akan dimudahkan Allah.

2. Pam

Beli awal2. Terpulang nak beli manual or elektrik. Aku pakai Avent Manual and Spectra 3. Beli pam, mahal2 x semestinya serasi dengan kita. Tak semestinya murah, tak ok. Aku beli Spectra 3 sebab terpengaruh iklan lah. Hehe. Memula pakai give up. But, bila dah tau cara semuanya mudah. Avent Manual aku pakai untuk bawa ke tempat kerja. Ringan dan mudah.

3. Breastmilk Storage Beg / Bottle

Bila dah perah susu, nak letak kat mana pulak. Masa awal2 mengepam, aku gunakan bekas dadih. Tapi makan ruang, maka aku bertukar kepada plastik aiskrim. Guna plastik aiskrim agak leceh. Masa tu tak fikir nak beli storage beg sebab mahal (giler kedekut). But, once dah pakai storage beg, memang x leceh macam plastik aiskrim. Lepas perah terus masuk dalam beg and then sampai rumah terus bekukan. Tak payah nak sukat2 bagai macam plastik aiskrim.

Untuk storage bottle plak, aku buat untuk letak susu cair for babysitter (BS). Jangan susahkan baby sitter untuk uruskan EBM. Senangkan mereka hokey



4. Warmer

Untuk warmer, terpulang nak beli atau tidak. Aku tak beli sebab takut bil letrik rumah BS naik. Alasan yang serius tak munasabah. If nak senangkan BS, belilah warmer. Ajar cara pakai and then senang dia nak manage EBM. Aku pun dalam perancangan untuk beli warmer untuk kegunaan BS. Kesian gak kat dia nak kena panaskan air, lepastu rendam susu. In Sha Allah, jika diizinkan Allah.

5. Beg untuk simpan susu/ice pack

Hm, tak tahu nama dia apa. Means kalau dah pergi kerja tak kan x mengepam. So, sediakan beg dan juga ice pack. 3 ice pack cukup untuk simpan susu selama 8jam. Maximum 3 ice pack tahan sehingga 12jam. Jika tempat kerja ada peti ais, lagi mudah. Boleh simpan sementara dalam peti sejuk sebelum bawa balik ke rumah.

6. Supplement /  milk booster

Aku tak amik supplement. I know supplement membantu. Jika nak ambil, boleh dan tak salah. Apa salahnya mencuba. Kadang2 terfikir juga nak ambil tapi tak ambil juga. Takpelah, usaha itu penting. Deman vs Suppy mesti selari. Makan jangan tinggal and makanlah apa sahaja untuk hasilkan susu yang banyak. Lain orang lain milk boosternya.

7. Deep Freezer / Chest Freezer

Orait. Ini persediaan yang terakhir sekali. Jangan beli terus sebab takut tidak bekeperluan. Setiap ibu penghasilan susu berbeza2. Peti ais rumah aku 1 pintu which is EBM tahan dua minggu sahaja. So, bila stock dah nak expired, aku hantar ke rumah ibu yang fridge dia dua pintu. Dua pintu tahan 3 bulan. Aku buat macam tu and lastly, peti ais rumah ibu aku penuh sampai tak boleh letak bahan mentah. Ada sipi2 je ruangnya. Solutionnya, baru beli freezer.

Maksudnya kat sini, kalau berkeperluan sahaja baru beli. Jangan tengok orang tu pakai deep freezer then aku pun nak pakai jugak. JANGAN hokey. Membazir amalan syaitan.

8. Lain-lain.

Lain2 contohnya baju nursing, nursing bra, nursing cover dan sebagainya. Tidak dinafikan semua ini sangat membantu kita dalam menyusukan anak. So, depends on uols if mahukannya atau tidak.

Sekiranya ada penambahan, saya akan update later. Harap2 dapat membantu mummies out there. Yang penting NIAT.

Till then, tata...

2 comments: