Sunday, May 19, 2013

A year ago..

Assalamualaikum..

Terasa sangat rindu untuk blogging. Ye, rindu sangat. Hari ini umur blog Lia3003 adalah 4 tahun 1 hari. How time flies.. Dulu masa zaman gila blogging, every an hour mesti tangan gatal nak type entry. Sometimes my entry can be 2 / 3 a day. Crazy kan.

Lama2 bila dah mula kerja, makin kurang nak menulis. Kalau dulu hits a day beratus. La ni nak reach 100 pun payah. Dulu boleh dapat duit banyak. Sekarang nak dapat duit lamaaaaaa baru boleh cash out. Haha, takpelah. Sekarang ni dah kerja tetap. Blogging ni part time je. Alangkah indahnya kan kalau dengan blogging boleh dapat duit banyak. Blogger otai memang boleh dapat. I ni picisan je.

Oklah, back to the point. Macam biasa nak tulis pasal anak. Semestinyalah anak kan. Tak kan nak cerita sal laki aku plak kan. Takde maknanya. By the way, this entry hanyalah untuk imbasan. Seriously, bila aku susun balik gambar2 Danish ni rasa rindu zaman tu membelenggu diri. Ewah ayat.

Dari dia terbaring x tau apa2, harapkan bantuan orang nak angkat sampai lah sekarang ni di mana kalau nak pakai baju sangat susah. Pakai baju kena kejar sana sini. Kadang2 nak pakai pampers pun kena cepat2 takut dia 'membuang'. Amat scary hokey bila berlari2 tanpa baju. =)

Dimulakan dengan gambar beberapa jam selepas dilahirkan. Kalau nak baca pengalaman bersalin aku, sila baca. Harap anda tidak trauma membacanya.

Inilah Baby D yang aku maksudkan semasa mengandung dulu.
Dalam hari until one month old

2 months old
Actually, masa Danish kena jaundice, jaundice nya sangat tinggi sampai kena pasang 3 lampu. So, keluar hospital memang nampak kulitnya terbakar. Siapa2 yang lawat aku and baby masa tu memang nampak 'kehitaman' kulit Danish. Kalau cuaca panas sampai berminyak2 muka dia. Kesian sangat. And kulit dia nak balik pada asal take time jugalah. Umur dalam 3 bulan baru ok sikit. Ini entry masa umur 2 bulan.

3 bulan
Umur 3 bulan aku dah start kerja. Bermula episod tinggal dengan pengasuh.

Hari Raya pertama Danish.

5 bulan... Aksi gaya superman, minta di dukung

6 bulan. Start introduce food kat dia

7 bulan....

8 bulan. Makin lasak

9 bulan, dah boleh berdiri di atas kaki sendiri

10 bulan, dah start berjalan

11 bulan, dah berjalan dengan laju.
 Entry 11 bulan 'ke laut'. Haha

Happy one year old

Alhamdulillah. Danish membesar seperti kanak2 lain. Terima kasih Allah kerana memberi kami cahaya mata yang sangat menyenangkan dan mengisi waktu kami. Walaupun penat, kami gembira dengan kehadiran dia.

Banyak impian dan harapan aku untuk Danish ni. Here the list. (wah, sangat berpandangan ke hadapan)

Impian & harapan :
  • Menjadi anak yang soleh, cergas dan cerdas mindanya.
  • Boleh membaca seawal usia 3 tahun macam mamanya
  • Boleh membaca al-quran seawal usia 6 tahun macam mamanya. Haha, asyik mamanya je. Ini harapan aku hokey! Sila support.
  • Menjadi seorang yang pembersih, kemas *read as MENGEMAS DENGAN SEMPURNA dan rajin membantu. Sekarang dah pandai 'menyapu' hope akan datang rajin menyapu yang real punya. Tak mahu kotor2 sebab aku pening pada kekotoran dan ketidak kemasan. (Kadang2 kalau tak sempat kemas memang macam tongkang kena hurricane la rumah)
  • Anak yang berbudi bahasa, sopan santun, hormat orang tua. (this one kena ajar awal2)
  • Pandai masak, melukis, kreative macam papanya.
Sekian untuk impian dan harapan Mamanya. Aku kalau boleh nak Danish membesar macam cara aku membesar. Berdisiplin. Terima kasih kepada arwah ayah dan ibu sebab membesarkan Akak dengan cara yang betul dan teratur.

Tetiba rindu kat arwah ayah. Ayah, cucu ayah dah setahun. Even tak dapat jumpa di dunia, harap dapat jumpa di sana nanti.

Al-Fatihah untuk arwah ayah.

Sekian, till then tata...

No comments: