Friday, May 31, 2013

14 months old baby


Assalamualaikum...

Today, baby Danish Aathif dah 1 tahun 2 bulan dan 2 hari. Semenjak angka umur baby D ni bertukar jadi tahun, aku jadi pelupa. Kalau dulu setiap bulan x kan lupa tarikh 29 haribulan setiap bulan. Huhu.. Jangan lepas ni ingat setahun sekali je sudah kan. But, lets time determine..

As the time flies.. (ceh ayat) he is growing up. Yes, memang setiap kanak2 akan growing up. And dalam subjek sains tingkatan tiga bab 5 menyatakan kanak2 pada umur ini akan growth rapidly.. Haha, tetiba masuk subjek Sains kan. Maklumlah Mama cikgu Sains.

By the way, masa aku menulis ni aku berada di Kelantan bercuti dua minggu. Cuti sekolah kena balik sini ye. Lelama sikit. di sini. On the way ke sini, masya Allah. Banyak betul cabaran aku untuk control si budak Danish ni.

Kerjanya asyik nak ke depan pegang stereng. Dah belikan stereng pun masih nak stereng ori. Pantang Papa dia turun kereta, dengan gelojohnya Danish akan ke depan. Itu kalau kereta stop. Kalau papanya driving dia pergi ke tengah2 dan berdiri sambil kacau papanya.

Sikit2 nak 'muah, muah'. Kalau dia nak muah2 tu maksudnya dia nak something lah tu. Apa lagi kalau bukan stereng. Aduhai... Tidurnya 2 jam je sepanjang perjalanan. Huhu. Ni baru sorang anak. Kalau dua, tiga.. Oh! Sila bayangkan.

And then mulut Danish ni dah pandai cakap sikit2. Pergi jalan2 kat kedai ke mana2.. Nampak bola je terus cakap 'Nak, nak...'. Nampak bola kat tempat lain 'Nak, nak..' sambil tunjuk. Nasib baik dia hanya menunjuk je bola tu. Kalau dia nak betul2 aku tak bagi takut gak dia bergolek2 atas lantai.

Lagi satu, Danish ni dah pandai jalan. Tapi bila kitorang bawa dia jalan2.. sedap je dia dalam dukungan kitorang. Naik patah pinggang. Dia memang x mahu jalan di tempat awam. Memang tak nak langsung. Baru letak, tangan dah peluk kaki kuat2 minta diangkat.

Kat Kelantan ni hari pertama je Danish turun ke tanah. And itu yang terakhir. Dia xnak jalan dekat tanah terus sebab kasut yang dia pakai tu tersepak pasir dan kenalah pada jejari runcing dia. Bila x selesa kat kaki terus x nak jalan. Bila aku letak atas tanah, kaki dia lagi tinggi dari bontot. Dapat bayangkan x? Tapi sibuk nak turun bawah. Kena dukung je lah gamaknya.

Hari pertama main di tanah dan lepas tu terus x nak
Ini letak kat tanah tapi statik je

Baru lepas jatuh, once tangan dia kena tanah nampak ke'geli'an dia. Aku ada amik video masa ni. Kesian pun ada bila tengok. Muka minta simpati.

Masih x berganjak. Kaki mengangkang je lah macam tu

Dah habis kena 'buli', baru letak atas rumah. Muka lega


Another thing, apa yang aku dapat perhati dari sikap Danish ni, dia seorang yang beware. Means, dia bukan suka main redah je. Kalau baby lain maybe nampak pintu terbuka terus keluar tanpa hiraukan tangga ke apa kan. Si Danish ni dia tahu bahaya. So, sampai pintu jelah dia diri. Kalau dia ke pintu tu aku tak risau pun sebab dia tak kan teruskan jalan sampai ke tangga. Tapi nenek dia x boleh. Risau sangat tengok Danish. Gelabah nenek dia kalau Danish jalan laju ke pintu.

Paling kelakar kalau dia 'buang angin'. Lepas buang angin je mulut dia akan cakap sambil senyum2 'heee... enttuut, entut!'. Yelah..

Another word yang dia dah boleh cakap like after df. Dia akan cakap 'dah..' kemudian dia tarik baju and say 'tutup'.. Selain tu word penuh yang dia boleh cakap ialah duduk. Ok, dah tulis kat entry lepas.

Danish ni lately aku nampak kebosanan dia. Asik nak keluar rumah je. Nampak orang main beskal dia pun nak gak. Asyik cakap ' tu.. tu..' sambil tunjuk beskal. Bagilah kereta dia bawa keluar.. Hm, dia bolayan. Masih nak beskal gak. Nah, amik beskal ni main jauh2.

Kebahagiaan terpancar di wajah.
 
Nampaknya kopak lah Papa nak kena beli beskal. Hold dulu ye..Haha! Harap balik Johor dia lupa pasal beskal.

I'm Michael Schumacher. (Eh, dia pelumba basikal ke??)

Muka ngantuk lepas puas main.
Sekian.

Till then, tata...

No comments: