Thursday, May 2, 2013

1 year and 1 month old baby

Assalamualaikum...

2 hari lepas Danish berumur 13 bulan. Sangat cepat masa berlalu. Dulu x sabar nak tunggu Danish setahun and bila dah sampai setahun, aku jadi rindu pula zaman masa dia kecik2 dulu. From zero now he becomes a hero.. yes, so hero sekarang.

Persediaan sebelum buat persembahan

Tadaaa.. ini lah hero saya. Suka memanjat dan buat 'show'.. konon2 sedang menari, hentak2 kaki atas meja / kerusi...

Dah 3 bulan pandai jalan and pergerakan dia sangat lah laju. Penat sangat kalau kutip dia. Suka sangat ke dapur main lesung, sepahkan bawang2 and main pinggan mangkuk. Paling scary bila rak pinggan tu dia gegar2kan. Kelentang kelentung pinggan mangkuk kat situ.

Kalau dia main macam tu, cara mudah untuk dia berganjak dari situ dengan buka Lagu Shae.. "sayang apa khabar dengan mu, bla, blaa.. blaa..". Kalau buka lagu tu je, kelam kabut keluar dari dapur cari lagu tu..

Orang cakap, kalau kaki cepat mulut lambat. Aku x percaya sangat dengan cakap orang. Danish ni dah pandai cakap sikit2. Contoh kalau makan, dia akan cakap "Nak, nak, nak..."

Pandai cakap "tutup, jatuh, duduk, mama, papa, patah".. kadang2 penuh perkataan dia sebut. Aku memang x cakap hujung2 dengan dia. Cakap penuh. One thing, dia faham maksud Hot. Dulu aku iron baju sibuk nak tolong gosokkan gak. Bila aku cakap hot, aku tarik tangan dia letak atas baju yang panas tu. Bila dia dah rasa hot je, next2 aku buat benda yang sama dia terus keraskan tangan dia. Ok, kalau x mau dia campak barang kena cakap hot. Sometime jalan sometimes bolayan.

Benda pelik yang melanda danish sekarang adalah time nak mandi. Baru dirikan kat sinki dia dah start nangis jerit2 minta simpati sampai mengalir air mata.. Aku pelik kenapa jadi macam tu. Curious juga nape kan. Maybe ada something happen to him masa mandi kot tu yang dia rasa macam fobia nak mandi. Tapi apa dia????

By the way, he is a good baby... Raaaaaaajin tolong aku kemas. Oh!

Sedang tolong menyapu. His current hobby. Pantang nampak penyapu. once dah pegang penyapu nak ambil semula memang susah.
Fast learner, cepat belajar. Ni konon2 nak teropong tapi kat dahi. Bukan dekat mata.
Boleh adapt denggan ramai orang. Cepat mesra
Anak papa, sama x muka?

Lagi satu hobi dia adalah selongkar almari kasut, keluarkan kasut dan pakai. Paling minat dengan kasut papa dia.

Sekian.

Till then, tata.

2 comments:

Anonymous said...

Bijak la danish ni... :-)


-hanihalim-ummi haziq-

Lia3003 said...

tq hani