Saturday, February 16, 2013

10 months old baby

Assalamualaikum...

Yeah, seperti biasa blog akan terupdate bila Danish bertukar umur. Pity u blog! Now, he turned to 10 months old and another 2 months to turn 1 year old. Cepatnya masa berlalu.

Danish pun makin besar, makin aktif, bijak, lincah and pandai dah ajak orang main. Apa yang Danish tahu sekarang ni? Here the list :

  1. Sudah pandai berjalan dan bertatih. Bila aku cakap 'taatih, taatih' sambil tepuk tangan semangat dia nak jalan tu bukan main. Cuma Danish tau nak laju je terus padahal x boleh.
  2. Bila sesiapa cakap 'hello! hello!' terus tangan dia letak kat telinga konon2 dia pegang handphone lah. If ada handphone depan dia, terus letak kat telinga sambil senyum2.
  3. Bila aku cakap 'senyum, senyum...' dia akan senyum sambil keluarkan suara 'emmmm, mmmmm'. Konon2 bila keluar suara akan buatkan bibir dia tersenyum.
  4. Dah expert sangat turun katil tanpa bantuan. He is a fast learner. Pernah satu hari aku tidur nyenyak dalam bilik, papa dia tidur kat luar. Dia boleh turun katil and then main and kacau papa dia. Masa tu jam 4 pagi! Aku tak sedar pun bila masa dia dia bangun and turun katil.
  5. Dah panjat tangga rumah nenek sampai atas. But xpandai turun. Aku saja biarkan dia nak tengok dia berani turun x. Last2 dia menangis sambil ngintai2 bawah. Maybe gayat agaknya.
  6. Boleh lambai2 dah bila nak goodbye...
  7. Suka mandi.. even guna air sejuk, bibir dah terketar2 dia still gagah mempertahankan diri dekat air tu. Kalau tak puas mandi dia jerit 'aaaaayeyeyeyeyeyeye' sambil kaki tendang2 angin. Aku tak tahu bahasa apakah itu.
  8. Bila nampak orang pakai tudung or cantik2 sibuk nak ikut. Bila dah dukung muka dia lega sangat. Nenek siap cantik2 dia pun nak ikut. Muka jangan cakap, muka mengharap sampai aku nak ambil dari nenek dia pun xboleh. Tak mahu you! Ni memang kaki jalan ni.

By the way, dia x pandai nak pronounce word like mama, papa.. Yang dia tau jerit-jerit, menangis. Kalau lambat suap makanan dia jerit-jerit. Kalau makanan tu kita nak bagi dia kemudian kita yang makan laaagi dia jerit2 sambil angkat2 tangan.

Aku tak tahu nak tulis apa lagi.. Just wanna share the picture of 10 months old baby.

Mama : Senyum..... Danish: Ermmmmm...(sambil senyum)

Sometimes he can smile like this

With his papa. Jarang aku masukkan gambar danish dengan papanya

Kalau naik kereta ni lah kerjanya lepas mama teruk kena buli

Rambut nak mula lebat. Cuma halus2 sangat

Sometimes dia lupa ada benda kat kepala dia, Kalau dia perasan memang terus cabut.

Kadang2 pergi jalan2 dia senyum macam ni and statik je mulut dia

Tidur tanpa car seat
Well, my baby D adalah easy baby. Senang jaga dia. Kalau kat rumah nak suruh tidur bukan main susah. Tapi kalau bawa jalan sekejap je tidur. Tempat panas ke sejuk ke memang dia boleh tidur. Bila bawa jalan kelakuan dia sangat berbeza dengan kat rumah. In public dia sangat pasif. Diam, diam, diam dan terus mendiam. Kat rumah jangan cakap. Mulut kaki tangan semua gerak seiring.

And Alhamdulillah, he is still fully breastfeeding. Cuma bilangan Oz susu dia minum di rumah BS x seperti sebelum dia makan iaitu 16oz-20oz sehari. Bila dah start makan dia nak minum susu sangat susah. Tak sampai 10oz pun sehari. Kadang2 kena buang juga sebab tak habis. Kata orang memang normal. Balik rumah melekatlah dia dekat aku macam dah seminggu tak jumpa.

Juga dah tumbuh gigi kapak tapi sebelah sahaja, Oh! Sangat risau hokey sebab kalau dah tumbuh sepenuhnya tak ke nampak aneh sebab gigi kapak ada sebelah and then bayangkan kalau dia ketawa. Nampak 2 batang gigi bawah and satu je gigi kapak. Teringat troll dalam cerita Merlin. Hahaha!

Sekian untuk hari ini.

Till then, tata...

4 comments:

~AmyLiana86~ said...

ololo tomeinyer angat..hehe

Lia3003 said...

maceh aunty amy

Cikgu Ayu said...

Moga membesar dengan baik wahai hero :)

Lia3003 said...

tq cikgu ayu