Sunday, January 20, 2013

Cak Ba!!

Assalamualaikum...

Salah satu banyak tebiat anak bujang aku bila nak tidur ialah panjat2, tonggeng2, garu2 mata, jalan sana jalan sini. Macam2 lah. If kat Kota kitorang tidur bawah. So, aku lepaskan dia bebas kalau dah ada tanda2 nak tidur. Aku pulak baring je and kalau dia dah ngantuk pandailah dia cari aku nak tidur.

Kalau kat umah Tiram tidur atas katil. Kerja dia nak turun katil je and bila pintu terbuka sikit dia merengek nak turun nak keluar. Alahai, penat layan kerenah si bujang ni sebab bila atas katil kena always alert. Danish ni pun dah pandai turun katil Ajar sekali dua je lepas tu terus pandai. Mula2 hulur punggung dulu ke tepi katil, lepas tu turunkan kaki sebelah then sebelah lagi. Selalu bila nak turun katil aku kena pegang tangan dia sebab kaki dia x sampai lagi. Bila dedua kaki dah turun baru aku lepaskan and tergantunglah dia dengan kaki tak sampai tu. Pandailah dia nak teruskan macam mana.

Gambar bawah ni pun tanda2 dia nak tidur. Layankan jelah.

Mama, lets play Cak Ba, Cak Ba..
Cak!!!
Baaaaa!!!!
Cakkk!!
"Eh, mana ni tak ba ba??"kata Mama
Baaaaa!!!!
Dah, jom tidur. Kalau main sampai esok pagi tak habis..

Till then, tata...

No comments: