Monday, January 21, 2013

9 months old baby

Assalamualaikum.

Terlupa pula yang anak teruna aku dah 9 bulan and belum update tentang itu.

Macam mana Danish sekarang? Dia dah pandai. Pandai macam2. Kalau ikut bulan (sekarang Januari) lagi dua bulan nak setahun. Tapi bila ikut tarikh lagi 3 bulan. Itulah kalau lahir akhir bulan. Nasib baik lahir lepas gaji. =)



Inilah hero saya sekarang. Encem kan? Ramai cakap anak bapak sebab cerah macam bapaknya. Haha! Tapi keluarga belah aku cakap macam aku sebab dorang kan dah pernah tengok aku dari kecik. Whatever it is, janji dia anak aku.



Danish suka pada barang. Kalau barang tu aku punya and aku yang pegang dia akan buat sesuka hati dia. Tapi kalau barang orang lain dia akan buat tak tahu walaupun main depan dia contoh laptop, handphone. Nenek punya laptop dia sentuh hujung2 je. Aku punya laptop dia hentak2 macam gaya orang menaip.


Ok, ni tebiat dia yang belum hilang. Suka hisap barang. (Ni handphone nenek, dia hisap sebab dia ambil dari aku. Jadi dia assume sebagai handphone aku). Kalau dari tangan nenek takdenya nak buat macam ni kan Danish?

Apa je mesti masuk mulut
Bunga nenek pun dia hisap
Danish, ingat comel ke wat macam tu?

Dan.. mengemas adalah hobinya sejak sekian lamanya. Memang xleh cantik bunga nenek. Habis dia gubah. Dia ada berkenan dengan bunga oren yang nenek baru beli tapi once dah nak sampai ke situ kena tarik. Dapat sentuh hujung jadilah.. Setakat ni bunga oren tersebut masih selamat.

Inilah hasil gubahan tangan dari Danish Aathif
Oh, nenek gonna pengsan tengok. Kalau kemas depan mata dia, dia pun akan 'kemas' semula. Kalau kemas jangan sampai dia nampak.


Ni gambar paling dengki. Tak tahu apa Danish dengki sangat sampai semua sekali dia cabut. Sebelum ni dia cabut hujung2 je. Takpelah. Makpak mu beli memang untuk main pun. Fuh!

Dalam kereta x reti diam. Papanya baru pegang kejap dah surrender. Mamanya jelah yang pegang sokmo. And one more thing masa awal2 start kerja dia tak mau duduk dekat car seat. Bila letak je dia punya nangis macam kena pukul. Maka, pepagi hantarlah dia ke rumah BS oleh kami berdua. Balik pun sama. Tapi sampai bila. Kena ajar gak kalau tak penat kitorang. So, aku nekad ambil dia sendiri and paksa duduk dekat car seat.

First day, ni gambar baru lepas nangis.
Second day, meronta2 nak bangun
Hari ketiga, muka pasrah.
Sebagai upah sebab duduk diam dalam kereta untuk hari2 seterusnya, aku bagi dia main stereng lepas sampai rumah. Sebenarnya dia dah start suka main stereng sejak umur 6-7 bulan lagi. Tulah, lain kali jangan ajar. Bila naik kereta tu je lah yang dia tahu. Nak nak bila papanya tengah drive sibuk dia nak ke stereng tu. Adeii. Padan muka kami.


See, once dapat stereng dia punya excited bukan main. Siap sembur air, naikkan wiper, damp kan lampu. Oh anak! Nasib baik tak pandai tekan hon lagi.


Bila dah dapat stereng dia punya jerit bukan main. Kitorang ajar bunyi 'Brroooom, brooom!!'. Tapi bunyi Danish pulak 'Aaaaaaaaaaaaaaaaaa Aaaaaaaaaaaaaa' sambil terlompat2 kat stereng.


Takpelah anak. Yang penting buah hati Mama ni penyeri rumahtangga. Gembira bila anak gembira. Moga jadi anak yang Soleh, menyenangkan ibubapanya dan anak yang lembut hatinya.

*16th Januari timbang berat cuma 8.15 kg berbanding 8.8kg(if x salah) b4 this. Sebabnya timbang di KK tu dah ditukar dari analog ke digital. Tapi memang timbang analog tu aku dah tahu tak betul. Jarum pun dah bengkok tapi masih guna lagi.

*Dah ada dua batang gigi yang otw nak tumbuh. Luckily dia x pernah buat experiment gigi dia dekat aku.

Till then, tata...

No comments: