Sunday, December 16, 2012

8 months old baby

Assalamualaikum....

Apa khabar silent reader? Hewhew... Perasan je kan aku ni. Sekarang ni cuti sekolah makanya aku pun bercuti. Sebenarnya bukan bercuti tapi bermalas-malasan. Kerja banyak tapi tertangguh. Minggu depan dah naik kerja.

Risau dah nak naik kerja. Bukan risau pasal kerja tapi risau pasal anak. Almost 1 month aku x bagi Danish minum botol. Hari tu cuti seminggu pun dah melalak2 kat rumah BS bila disuakan botol apatah lagi yang dah nak sebulan ni. Bukan x mahu ajar tapi aku di kampung di Kelate sana. Aku xleh nak buat stok even susu banyak sebab peti ais 1 pintu and penuh. So, mana nak letak EBM. Hampir 3 minggu kat sana sekali je aku perah sebab x tahan bengkak. Then bagi Danish minum, dia minum main2. Aduhai anak... Kalau begini risaulah mama..

Now Danish dah 8 bulan 17 hari and 8.2kg.. Macam2 progress dia dah boleh buat. For me, dia sangatlah kuat dan gagah sebab kalau jatuh and terhantuk tak menangis langsung sebab bagi dia adalah like 'ala.. sakit sikit, apa class nangis...'. Gitu kot?

But bila benda tu sakit betul, makanya dia akan nangis bersungguh-sungguh untuk beberapa ketika kemudian sambung main balik. Apakah? And last 2 days adalah hantukan kepala dia yang paling kuat dekat lantai dan dia menangis secara loudspeaker. Kemudian stop dan tersedu-sedu tahan nangis. Kesian anak Mama.

By the way, he is an easy baby. Sangat senang jaga dia. Tak banyak kerenah. Kerenah dia adalah bila mengantuk and bila x cukup tidur. Yang lain alhamdulillah, normal. He is also my superpump and also seorang nenenator (ambil gelaran dari group KIM).Hehe..

Sekarang dah pandai jerit2.. main sorang2 pun jerit2. Kadang2 kesian tengok dia. Yelah, cucu pertama and anak sedara pertama. Jadi dia xde kawan nak main. Masa kat Kelantan memang sakan dia main. Merangkak sana, merangkak sini.. Tapi nak wat camne. Mama belum sedia untuk bagi adik lagi.

Other than that, Danish seorang yang mudah senyum dan yang penting bukan ikut aku. Ikut papanya agaknya. Dia start pandai senyum masa nak masuk umur 2 bulan and kerap senyum sampai sekarang. La ni yang pelik sikit dia dah pandai malu2 pulaaaak. Bila orang agah2, terus peluk mamanya and sorok2 muka malu. Kalau pemalu ni ikut aku. Tak tipu!! Haha..

OK. Malas nak tulis panjang2 progress Danish so aku buat list jelah..

  1. Suka kejar Limo (seekor kucing) dan telah kena cakar sebab Limo garang. Sebab suka kejar kucing, kitorang belikan anak kucing robot yang boleh jalan tu. Tapi dia geli and kucing tu yang kejar dia.
  2. Dah start diri sendiri tanpa pegang apa2. Lama kalau dia berdiri sebab khayal.
  3. Can crawling faster.... 
  4. Suka sebut Ho! Ho! Ho!.. and kalau ngantuk akan keluar bunyi like Awawawawaaaa, awawawaawa..gitu kot.
  5. Rambut belum lebat. Ohye, Danish bukan botak cuma rambutnya halussss sangat. Yang lebat dekat jambul and pusar. Lebat dia x lah lebat sangat, just nampaklah hitamnya....
  6. Suka berkawan dengan orang lain terutama kanak2...
  7. Peramah, suka gelak, suka ketawa
  8. Kalau nak tidur kena suasana romantik.. Tutup pintu, lampu malap, sunyi sepi kecuali bunyi kipas/jam. Suka tonggeng2 dulu kalau nak tidur, pusing2 satu katil, panjat katil untuk dapatkan mood tidur. Oh! Ini sangat penat sebab mamanya akan mengantuk sama.
  9. Tabiat suka gigit barang sukar dilupuskan. Tapi bila bagi makanan x nak pulak masuk mulut.
  10. Suka pada air masak. Bila nampak aku minum air masak, secara tiba2 dia akan lesing cawan tu. Kadang2 aku minum dalam botol 1.5L pun dia nak jugaaak. Maka, aku hulurkan jelah air tu. Suka minum dalam cawan juga.
Dan macam biasa adalah sedikit gambar untuk tatapan....

Danish & Mama at Aunty Sha's Wedding
@Kelantan, playing around
With Amsyar which is 5 months older than Danish but different year of born
Aksi bila nampak camera.. jerit sesungguhnya untuk ambil
Cawan adalah kegemarannya..
Main Cak Ba dengan nenek (malu-malu)
Having a good time, nenek massage kaki Danish. Diam je masa ni
 Doa aku untuk Danish...
  • Jadilah anak yang lembut hatinya, tidak mudah marah, tidak mudah melenting bila ditegur, mudah terima pendapat orang lain. Orang x suka sikap yang tak baik tu.
  • Jadilah anak yang menyenangkan ibu dan bapanya.
  • Jadi anak yang cantik peribadinya dan taat kepada perintah Allah. Peliharalah akhlak anakku Ya Allah.
As a Mama, aku sangat risau dengan segala benda yang jadi di sekeliling dia. Even he is still a baby but he observes everything that happened aroung him. So, peliharalah percakapan, kelakuan, sikap kita depan anak sebab anak akan ikut apa yang kita cakapkan, akan buat apa yang kita lakukan dan akan cuba benda yang baru. Kalau kita buang sampah rata2 mesti anak ikut juga kan sebab contoh depan mata.

Sometimes, bila aku tengok anak orang yang aku tak berkenan caranya cepat2 aku berdoa supaya Danish tak macam tu. Bukan kita nak kondem anak orang tu tapi kita nak yang terbaik untuk anak. Kalau aku tulis benda ni, memang banyak sebab benda ni lahir dari hati.

Better next entry kalau sempat and free. By the way aku nak akhlak, sikap Danish sebaik dan seindah namanya. Ya, aku sangat risau dengan keadaan sekeliling dia. Sangat risau! Ya Allah, peliharalah akhlak Muhammad Danish Aathif. Amin...

Till then, tata...

No comments: