Wednesday, November 28, 2012

Danish 7 months..

Assalamualaikum..

This is back dated entry. Punyalah busy kononnya sampai x sempat nak update. Last update masa ibu pergi Mekah. Sekarang ni dah 2 minggu ibu balik. See, how busy am I? Alhamdulillah, my mom selamat balik and yang paling penting Danish kenyang dengan air zamzam.

Esok sebenarnya Danish akan masuk ke 8 bulan. Tapi entry ni untuk 7 bulan. Disebabkan benda ni dah lama, tunjuk gambar and cerita sikit2lah pasal gambar2 ni.

Atas ni Danish beberapa hari sebelum masuk 7 bulan. Belum pandai merangkak sangat. Angkat bontot pastu 2-3 langkah menyusur semula. Then dah masuk 7 bulan baru merangkak laju. Paling laju bila dia nampak Limo (kucing ibu aku). Wah, tak ingat dunia dia kejar dan Limo pun ketakutan melihat beliau lalu melarikan diri. 

Lihat gambar dari kiri ke kanan and turun ke gambar bawahnya.
  
Baiklah.. ini juga hampir2 masuk 7 bulan. Dah pandai berdiri. Pantang nampak benda yang boleh dipegang terus nak diri. Memula goyang2 jugak badan dia lama2 jadi expert. Once dah pandai diri dia nak lepas tangan pulaaaaak. Suka diri sebelah tangan and then terjerit2 kesukaan lepas tu jatuh. Aduh.. banyak kali juga jatuh dia ni tapi dia tak nangis. Nangis bagi beliau adalah bila sakit yang teramat. Anak ku memang Hero. Bukan hero namanya kalau tak jatuh. Ye tak??

Dengan Pak Uda
Selain daripada itu, kemahiran Danish adalah memanjat badan orang. Siapa2 pun dia akan panjat. Kalau panjat cengkaman tangannya mengalahkan cakaran harimau. Aummmm!! Haha.. Danish memang gagah.

Nom nom nom.. dapnyer makanan ni
Salah satu habit Danish yang sampai sekarang sukar dihalang ialah menghisap barang. Semua masuk mulut. Buatlah nak. Mama benarkan. Jangan ko telan dahlah.

Disebabkan keaktifan Danish di tahap teratas, maka Papanya telah pasang katil. Nah, kalau tak larat sangat nak jaga and asyik nak kena kutip dia je maka di dalam inilah tempat yang sesuai untuk Danish.. Bila masuk mulalah dia buat muka kesian. Goyang2 juga katil dia kerjakan. Jangan ranap sudah. Nanti adik awak tak boleh guna pulak. LOL

Tawa dalam tangisan
Rembat songkok and serban atok where at last terburai
And benda paling dia suka ialah kamera. Kamera means bergambar. Bila nampak papanya pegang kamera je terus senyum2 and kejar kamera. That's why banyak gambar dia senyum and gelak sebab excited nak kejar kamera. Suka bergambar adalah Danish. Danish adalah suka gambar. -_-

Photoshoot seketika di masjid Jerteh sebab Danish kebosanan dalam kereta.
Photoshoot at Taman Permainan Tunku Anis kooot. Lupa namanya
Sepanjang 7 bulan Danish dengan aku, so far memang dia tak banyak ragam. Ragamnya bila dia mengantuk. Mulalah merengek2 and macam biasa nak ngempeng. Selain tu takde rasanya. Cuma sejak dia pandai menangis ni, dia akan nangis semahu2nya. Dulu nak dengar dia nangis susahnya. Sampai kalau Danish menangis aku biarkan sebab nak dengar. Hikhik. Tapi sekarang jangan tunggu lagi alamatnya susahlah diri.

Dan Danish juga masih fully bf and sudah makan. Cuma, aku terpaksa juga bagi nestum sebab x sempat nak masak. And bukan kerap aku bagi nestum, seminggu 1 atau 2x je. Hm, sedih juga tapi aku redha je lah. And aku tak kan biarkan anak aku makan makanan ringan even makanan tu seperti kek Apollo. NO NO NOOOOO... Nanti dah besar sikit kat rumah MIL mesti banyak gilerrrrr cabaran aku. Hope suami membantu.

Teringat pula suami tanya masa aku minum milo.. "Danish dah boleh minum milo??".. Aku jawab tak boleh. Biar dia minum susu aku dulu and air masak. Oh, adakah anak aku masih fully bf di sini sebab minum air masak? Persoalan ni aku masih keliru lagi sampai sekarang.

Sekarang ni dah cuti sekolah maka breast pump pun bercuti. Bukan tak mau pam tapi Danish df dengan kerap sampai aku nak mengepam pun susah. Dah 3 minggu cuti ni patut dah dapat buat stock dengan banyak tapi x boleh. baru dapat 18oz dengan 5 kali pam. Sila ucap tahniah pada aku sebab berjaya juga curi masa mengepam. Heh!

Sekian.

Till then, tata...

3 comments:

Anonymous said...

Kak,mmg rmbut danish x tumbuh2 ke? atau slalu potong if nmpk da pnjg?

Anonymous said...

Eh,trlupe bgtau sape yg komen kat atas ni, kte : Hani

Lia3003 said...

Rambut danish memang halus.. masa lahir lebat sikit, pastu gugur semua, and hasilnya sekaranglah.. rambut halus2... ingat nak cukur, tp kata SIL x payahlah.. dah ok dah nampak rambut even halus. Kalau tgk dr dekat adalah tompok2 kat jambul and kat pusar.. lebat kat situ je le.. hikhik