Friday, October 12, 2012

Selamat Pergi dan Balik

Assalamualaikum..

My mom and Atok dah selamat berada di tanah suci sekarang. Alhamdulillah, mereka sihat cuma atok sakit kaki sebab selipar dia kena curi. Jadi, balik ke tempat penginapan jalan kaki and tapak kaki dia menggelupas and keluar bonjol2 air sebab panas. Kesian atok.

Semoga Allah mudahkan perjalanan ibu and atok di sana. Dapat haji Mabrur. Amin..

Atok dan cucu serta anak2nya
Ibu bersama anak dan neneknya
Yang datang menghantar
Dah nak masuk ke balai berlepas
Tata ibu...
Semoga ibu and atok sihat supaya boleh beramal ibadat

Arwah ayah x sempat pergi haji. Dapat surat awal tahun hari tu and ayah dah tandatangan surat tu. Tapi Allah lebih sayangkan ayah. Ayah pergi tak lama lepas tu. Masih ingat lagi ayah pernah cakap dengan aku "Sempat tak ayah nak pergi haji". Asyik diulang je soalan tu and aku jawab "sempat". Hari2 aku doa supaya ayah panjang umur sebab hanya beberapa bulan je lagi untuk pergi ke sana. Tapi Allah Maha Besar kuasa Dia takde siapa boleh halang.

Bila ayah dah meninggal ibu namakan atok sebagai mahram untuk dibawa and permohonan diterima. Atok akan pergi ke Mekah untuk kali kedua menunaikan haji. Moga mudah semua urusan mereka di sana.

Till then, tata...

2 comments:

ahsfantasy24 said...

semoga dipermudahkan urusan atok dan semua jemaah di sana..

Lia3003 said...

amin...