Thursday, October 11, 2012

Perjalanan Penyusuan Danish #5 -Sikit-sikit lama-lama Jadi Bukit

Assalamualaikum...

Sebagai muqadimah aku nak tulis, dulu aku ingat nak perah susu sekali perah dapat berbakul2. Tidak, tidak. Aku silap.

This happened masa aku dalam pantang. Bila aku perah susu dapat sikit around 60ml. Masa tu ingat dah banyak sangatlah and yang paling tak boleh tahan ingatkan 1 hari sekali je perah. Kemudian, bila baca blog, join group KIM dan baca banyak2 info pasal penyusuan rupanya apa yang aku buat tu salah. Yang paling malu adalah bila ada orang sekali perah dapat 10oz yang sama dengan lebih kurang 300ml. Aku??? 60ml = 2oz je yang. Oh! Rupanya orang perah guna oz bukan guna ml. Start dari tu aku stress sendiri.

Hari2 dok belek gambar susu orang yang melimpah ruah dalam peti ais, dalam freezer dan sebagainya sampai ada yang x cukup ruang nak letak susu. Bila tengok susu orang banyak mula dapat semangat nak dapat banyak macam tu.

Tapi, lumrah manusia. Syaitan mesti ada untuk menghasut "Eh, kau jangan perah.. naik kerjakan lama lagi, dah nak kerja baru kau perah". Ni ibaratnyalah setan berkata-kata. Selain itu, aku juga mengalami sakit M menyebabkan aku MALAS nak perah susu.

Kemudian, bila semangat dah datang dan juga penyakit M sudah sembuh aku buat stok sikit2. Aku buat tu pun secara x sengaja. Kiranya terbuat stoklah. Masa tu aku kat Kelantan and aku tak tahu kenapa susu aku sentiasa banyak and kadangkala 'bocor'. Pelik! Bila dah jadi macam tu aku pun mula marmet sebab aku tak bawa pam. Bayangkan kemalasan aku sampai tak bawa pam walaupun bercuti di Kelantan 2 minggu (bila fikir balik alangkah stupidnya aku pada zaman itu).

Masa tu sekali perah terus masukkan dalam plastik and terus bekukan. Even dapat sikit (1oz) aku tetap masukkan dalam plastik and terus bekukan. Rupanya cara aku salah. Sepatutnya kena step by step. Lepas perah sejukkan di chiller kemudian baru masukkan dalam tempat beku.

By the way, bila aku start kerja baru aku tahu susu ni lepas perah boleh campurkan antara satu sama lain dalam tempoh 24jam. Itu pun aku tau lepas aku perah dapat bawa balik dalam 15oz.

Balik pada cerita asal.. Nak dijadikan cerita lagi 2 minggu nak naik kerja aku dah mula menggelabah. Aku x tahu nak mula dari mana. Terfikir juga kalau aku perah awal2, peti ais rumah ni satu pintu je di mana boleh tahan 2 minggu sahaja. Sangat rugi kalau expired.

So, nak tak nak aku perah juga. Mula2 memang dapat sikit. Aku buat tandem nursing. Tandem nursing ni cara dia ialah baby hisap susu sebelah dan sebelah lagi kita perah guna pam. Serius, it works! So, bila baby nak susu je aku siapkan pam dulu dan buat sepanjang baby nursing. Sehari tu memang banyak kali aku buat tandem dan alhamdulillah dari hari ke hari susu makin banyak. Tapi aku tahu belum mampu untuk simpan banyak2 untuk stok

Masa jumpa babysitter for the first time dia tanya "Baby minum susu apa?" Aku jawab dengan kurang yakin "Susu badan kak". "Banyak ke susu badan?" kakak tu tanya. "Ada kak, saya akan cuba banyakkan". Akan? Means masa tu memang x banyak stok. Jawab hati memang tak yakin tapi aku nekad untuk cuba banyakkan susu untuk Danish.

And dari situ everytime bila free je memang mengepam pam pam pam pam. Ya, pam kerap sekerap2nya. Malam pun siap set jam untuk mengepam. Akhirnya sampai satu tahap sekali perah dapat sebotol sebotol. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Aku naik kerja 27 Jun 2012 dan stok boleh la.. walaupun x banyak.

Ini stok aku pada 26 Jun 2012.. Ok, husband cakap banyak tapi aku rasa tak banyak lagi. Stok ni pun aku rasa within 3-4 days memang akan habis.

26 Jun 2012
Ini pula hasil perahan sebelum mula kerja. Bila dapat perah dalam kuantiti yang banyak of course lah ambil gambar sebab benda ni luar biasa. Bukan nak menunjuk tapi untuk motivasi.

16 Jun 2012
21 Jun 2012
26 Jun 2012 di mana esoknya aku akan mula kerja
Kebanyakan gambar2 kat atas ni aku ambil masa waktu malam. Bila Danish tidur aku gigih mengepam. Ini aku ambil masa dalam sejam untuk dapatkan banyak ni. Pengorbanan ibu. Hope Danish will appreciate apa yang aku buat ni one day.

Bawah ni pula masa hari pertama kerja and sebelah sahaja dapat banyak ni. Luar jangkaan. Masa awal2 kerja tu balik mesti dengan 2 botol susu sekali perah. But now aku kena perah 2x sebab demand Danish makin tinggi.

27 Jun 2012, first day work
And seterusnya.... Sekarang dah tak ambil gambar dah sebab handphone hilang T____T.

Hasil tuaian

Stok 4 Julai 2012

Hasil perahan di tempat kerja

Kemaskini stok setiap hujung minggu and terdapat juga yang dah expired and kena buang

1 session dapat banyak ni. Alhamdulillah

Macammana aku boleh dapat kumpul stok dalam masa 2 minggu? Sebabnya ialah Danish minum susu kat rumah BS 4x3oz sehari. And sehari aku dapat bawa balik dalam 18-20oz susu. So.. 20oz tolak 12oz dapat 8oz. 8oz tu lah baki yang boleh di bawa ke depan. 8oz kali dengan sebulan dapat 240oz. Ini just random calculation sebab a day kadang2 aku dapat lebih or kurang.

Ini pula stok sebelum akhir bulan 9. Bila orang tengok macam banyak tapi sebenarnya aku rasa masih kurang. Bulan 9 aku dapat perah susu 395.3oz. But demand Danish sekarang saaaangat tinggi. Tak tentu dah hantar BS susu bape oz sehari. Yang penting if bagi 20oz habis siap yang bekukan tu pun boleh habis. So, nak tak nak aku kena usaha pam banyak kali untuk supply lebih banyak susu. Aku perlu dapat lebih 20oz sehari. Itu pun cukup2 makan. Tak lama lagi cuti sekolah yang amat panjang. Hope aku dapat kumpul lagi banyak stok.

Kena asingkan ikut minggu, kalau tak susah nak cari
Niat aku nak susukan Danish sampai 2 tahun. Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Danish dengan lancar. Saya juga doakan mummies out there dapat juga menyusukan anak2 dengan jayanya walaupun kita bekerja. Amin...

Baki susu, ingat nak campurkan dalam puri tapi lastly habis juga Danish minum
Pesan aku, if nak buat stok EBM mula katika masih dalam pantang. InsyaAllah my second baby (lama lagi) aku akan buat awal2. Pengalaman mengajar aku untuk lebih berfikir.

Till then, tata..

*entry ini bukan untuk menunjuk cuma untuk share pengalaman as a mummy yang berusaha untuk membuat yang terbaik untuk anak dia... Daaa

15 comments:

Riana said...

sangat suka tgok susu2 tu..xsabar nak pump susu =)

Lia3003 said...

Semoga berjaya Riana

Sofia Karim said...

Waaaahh.... gigihnya kak lia........ mmg pengorbanan yg sangat2 mulia.... cmna la akak manage time ye...gn kerja lg.. saya mmg salute gn akak...

Lia3003 said...

Sofia: untuk anak sume boleh.. harap dipermudahkan Allah..tQ

ilia said...

terjumpa entry nih masa dok google pasal susu merundum...syok baca siap opismate tgur nama gelak sorg2..hihi..will keep pumping walau production kurg skrg.

Anonymous said...

Sama la cm saya awal2 pam sket je..tp bila dh.msuk kije baru boleh buat stok bnyk..

Lia3003 said...

Ilia & anynomous : teruskan usaha

junaidah said...

suka tengok stock ebm banyak..
tak sabar rasanya nak kumpul stock ebm ni lagi.. mudah2 ada rezeki lagi lps ni...

Anonymous said...

Salam kak,

Bleh tak kongsi, skali pam brape minit akak pam? pam apa akak pakai?
brape kali pam kt tmpt keje sehari?

pls help.

TQ!

- worried mom baru start keje

Aju Mohit said...

sukanya baca, walaupun buat sikit2 tp alhamdulillah berjaya ya, semangat untuk saya

sayacomey said...

seronok baca pengalaman dan semangat awak..ya memang betul kena pam sedari pantang.

paan.wahid said...

Assalam nak tny, satu sesi pam tu brapa lama ye?

Lia3003 said...

@paan.wahid : ikut keadaan. kadang2 saya dapat dalam 10oz, kadang2 dapat 4oz.. ikut masa lah. kalau lama, lagi banyak...

Affan Uzair Ariq Rifqi said...

sya baru msuk mnggu k2 buat stok..skali pump dptlh 1oz..pling byk 2oz..msa pump xkonsisten..

Lia3003 said...

@Affan Uzair : xpe.. sedikit2 lama2 jadi bukit. yang penting usaha k