Monday, September 17, 2012

Perjalanan Penyusuan Danish #3 - Tawaran Susu Formula

Assalamualaikum...

Hari ni diteruskan lagi dengan perjalanan yang seterusnya. Actually nak update and nak tulis ni bercinta sebab tulis guna laptop lain, gambar dalam laptop lain tu yang susah and leceh.

By the way hari ni nak tulis sedikit mengenai my husband yang menawarkan FM pada Danish. This happened masa awal2 dalam pantang. Setiap malam Danish akan bangun untuk menyusu. Means, within 2 hours dia akan bangun dan once dia menyusu akan take time almost 1 hour. Sooo tired. Sampai aku rasa stress sangat sebab kena kerap bangun. Dulu b4 ada anak mana ada bangun kerap macam ni.

Ni bukan minum FM ye.. ni kena minum air kelapa sebab demam T___T. Sibuk nak pegang botol even x pandai pegang lagi

Bila aku stress macam ni, suami pun kesian. Then dia cakap "Nak tak kalau bagi FM, kesian tengok awak penat, bagi FM malam je. Siang DF". Aku termenung. Niat hati memang nak fully BF. Ada sedikit rasa goyah kat situ. Gegar2 jugak lah hati dengan tawaran tu. Then, aku jawab "Takpelah, x sampai hati nak bagi dia FM. Setakat ni boleh lagi". Eceh! Ini ayat cover hati yang bergoyang2 tunggu nak jatuh.

Ni masa dalam pantang.. minum susu perah dalam botol.
*abaikan gambar yang macam conteng2 sebab x tahu nak edit guna laptop lain*

Then my husband sambung lagi "Kalau rasa nak bagi FM, cakap je.. anytime saya boleh pergi beli". Ini ayat buat hati aku makin goyang. Tapi aku kuatkan semangat. Serius, walaupun hati berjoget2 masa tu tapi memang tak sampai hati tengok anak minum susu lembu. Tu yang lembu sedih je sebab orang ramai minum susu dia tapi takde sorang pun panggil dia MAK!

Then, tak lama lepas tu suami cakap lagi benda yang sama and aku kuatkan juga semangat hati. Lama2 aku dah biasa bangun malam untuk susukan Danish dan tawaran FM pun hilang macam tu sahaja. Kadang2 penat juga bangun malam ni kalau esoknya nak kerja. Selalu aku tersengguk2 susukan Danish dan kerap juga aku tertido terus. Bila tersedar tengok Danish ternganga kekenyangan. Aku tahu bahaya tapi mata berat sangat nak celik. Dah besar2kan mata pun still terlelap juga.

Aku harap perjuangan aku berjaya sampai umur Danish 2 tahun. Moga semua urusan dipermudahkan olehNya. Amin..

Till then, tata...

2 comments:

Yati Omar said...

Salam kenal,

Tahniah kerana berjaya melawah godaan FM.
Akak pun BF mom jugak mcm Lia. Anak akak ada 2. Masa yg sulong, akak gagal menyusukan. Kenapa? Sebab penat baby asik nak BF jer so bagi FM. Itulah punca kegagalan akak. Sebab bila dah start bagi FM, demand untuk susu ibu dah kurang.
Tapi untuk anak yg second ni Alhamdulillah, dah 8 bulan lebih dah dua fully BF. Akak yakin Insya-ALLAH akan berjaya susukan dia sampai 2 tahun.

Akak follow Lia yer. Jemput singgah blog akak. Baru semalam buat post tentang kisah penyusuan anak akak sempena anniversary ke 8 bulan fully BF :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

TQ

Lia3003 said...

Yati omar : tQ ye.. insyaallah, niat saya pun mcm tu.. nanti saya singgah blog akak ye