Saturday, September 15, 2012

Perjalanan Penyusuan Danish #2

Assalamualaikum...

Nota kepala : Ini adalah sekadar perkongsian cerita dan jika rasa x sesuai, tinggalkan sahaja. Ini cerita orang perempuan. =)

Untuk kali ini aku nak share sikit tentang penyusuan Danish masa dalam pantang. Beberapa hari lepas lahirkan Danish aku dah mula menyusukan dia and susu makin banyak lepas berurut. Lambat sikit basah baju.

Cuma semasa dalam pantang itulah Cik N luka dan berdarah sebab lidah bayi yang tajam. Aku ingatkan luka2 tu aku sorang je yang alami. Rupanya setiap ibu yang melahirkan bayi akan mengalami benda yang sama tak kiralah anak pertama kedua dan seterusnya.


Bila benda ni jadi kat kat aku, rasa fobia bila anak nak menyusu. Yelah, benda dah luka and kadang2 berdarah. Bila baby start nak hisap je aku memang tahan sakit pada tahap maksimum. Pedih sangat2. Bila luka dah kering adalah kerak bekas luka tu. Bila tercabut kerak tu melekat kat mulut baby and then sakit semula. Masa tu fikir bilalah benda ni nak berakhir. Tak sanggup rasanya. Lepas mandi lagilah. Kena baju sakit. Memang kena berhati2 lah setiap masa.

Dan pada masa inilah aku rasa down untuk susukan anak. Dengan sakitnya dengan kekerapan dia menyusu lain. Fuh! Husband belikan nipple protector pun xde kesan.

Bila Danish masuk hospital masa hari yang ke-4 sakit tu berkurangan sebab dia kurang menyusu and sentiasa tidur. Budak yang kena kuning memang kurang aktif. That's what happen on my son. Bila dia dipindahkan dari HSA ke HSI aku perah susu untuk bagi Danish minum. Aku perah sebab nurse tak bagi aku pegang anak dengan kerap. Maka every 3hours aku akan bagi Danish susu and total perah masa tu dalam 40ml/each. Padahal aku boleh dapat lebih dari itu.  Aku tak terfikir nak perah banyak terus sebab nurse cakap bayi pada umur begitu hanya minum susu 40ml je. Isk, betapa lurus bendulnya aku masa tu.


Dan untuk pengetahuan semua, masa di HSI ni Danish minum susu FM atas sebab kecuaian aku. Aku terlajak tidur sebab aku tak tidur dari jam 8 pagi (untuk check kuning) kemudian kena tahan wad jam 12 tengahari sampai jam 4 pagi esoknya. Memang aku tak tidur. Bila dekat HSI, nurse suruh aku rehat dulu sebab tengok aku penat sangat. Once aku baring je aku terus tak ingat apa2. Bila sedar dah dekat kol9 pagi and tilam kat situ basah habis. Tak ingat apa terus lari tengok anak. Tengok2, dah ada muntah susu kat mulut dia. Kesian dia. Itu kali pertama and things happen for the second time atas sebab yang sama. Aku terlajak tidur. Serius, aku terlalu letih masa tu dengan badan yang lemah, penat dan belum seminggu lagi bersalin. Total FM yang Danih minum adalah 2x40ml. Hukhuk. Sorry anak Mama.


Untuk yang seterusnya aku tak kan bagi benda ni berlaku lagi, aku pesan kat ibu sebelah tempat Danish. If nurse nak bagi FM cakap jangan bagi sebab biar ibu dia yang susukan. Dan nurse tak buat lagi. Lega rasanya.

Bila Danish keluar hospital pula, aku berhadapan dengan masalah 'anak keliru puting' pula. Ini akan aku cerita at another entry *kalau berkesempatan*

Habis cerita di hospital about two days jugalah Danish refuse x nak DF. But bila dia dah nak balik DF, Cik N luka dan berdarah semula. Lama jugalah nak baik benda tu and aku tak ingat sampai bila. Yang aku tahu tetiba dah tak luka/sakit sampai sekarang. =). Pengalaman sakit sebab luka dan berdarah memang betul2 mencabar minda aku.

Masa tengah sakit Cik N ni lah aku tak perah susu and kalau perah pun guna tangan. Hasil memang banyak and this time aku tak terfikir nak perah untuk buat stok. Ini satu lagi ke'pandai'an aku masa dalam pantang. Yelah, takde orang nak guide aku untuk breast feeding ni. Semua aku buat melalui pembacaan dan ikut suka hati. T____T.

Kekenyangan lalu tidur

Kat sini aku nak cakap bila Cik N sakit, niat untuk susukan anak memang makin kurang sebab kesakitan itu. Cuma kena perlu kuat semangat. Yang buat aku boleh tahan dengan kesakitan tu adalah sebab semangat. Kalau semangat takde, ke laut jugalah aku agaknya. Aku tak sampai hati nak tengok dia minum FM sedangkan mamanya mampu sediakan yang lagi baik dari FM.

Next entry, 'my husband tawarkan FM pada anak aku'.

Till then, tata...

No comments: