Friday, September 14, 2012

Perjalanan Penyusuan Danish #1

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk menulis serba sedikit tentang perjalan penyusuan Danish. Dah lama nak menulis tapi disebabkan kekangan masa maka benda ni ke laut. Actually, bukan aku takde masa free pun. ADA! Tapi bila free je aku buat lah benda yang lebih penting dari blogging ni. Take the opportunity bila Danish tidur. Buat kerja selaju mungkin *kalau boleh*.

Untuk permulaan ni aku just nak share permulaan macam mana aku berniat untuk susukan Danish. Di entry sebelum ni aku ada tulis it was inspired from my colleague. Ok, itu yang pertama and yang kedua adalah dari satu blog yang aku rasa kalau aku tulis kat sini confirm ramai orang kenal sebab blog tu popular. Penulis blog tu adalah seorang surirumah yang memang confirm2 lah dapat susukan anak dia and tinggal di luar negara. Kenapa aku suka baca blog tu sebab dia pernah tulis pasal penyusuan anak dia and kat situ aku realize that breast milk is the best.

Sebelum ni tau kebaikan dia cuma x pernah terfikir sejauh ini. Tengok blog dia gambar dia susukan anak kat public and so on. It's very interesting. Dari situ aku pasang niat and rasa bersemangat even masa tu belum khawin lagi.

Yakin dengan janji Allah. Kalau kita dah berniat dan berusaha Allah akan tolong kita permudahkan perjalanan yang seterusnya. Alhamdulillah. Danish lahir je air susu pun keluar beberapa jam lepas itu atas pertolongan nurse yang tolong untuk stimulate susu. Even masa tu susu yang keluar sedikit and i don't even know Danish kenyang ke tak masa susu hari pertama tu. What i know masa hari pertama perut bayi adalah sebesar buah ceri.

Dari satu sumber yang aku lupa nak amik linknya

It means that sesuai lah dengan jumlah susu yang keluar dengan besar perut bayi. Tiada istilah susu takde/kurang sebab benda ni akan meng'down'kan orang.

Yang penting adalah NIAT. Kalau kita was-was akan timbul rasa kurang yakin dalam diri. Yang kedua mestilah semangat yang ada. Tak dinafikan di awal kelahiran Danish semangat tu jatuh sikit atas sebab tertentu. Nanti aku tulis untuk entry seterusnya.

Till then, tata...

2 comments:

amirah said...

saya dah lama tak singgah blog ni sbb jarang blogging dh..masa stdy dlu kan rajin on9..haha..skrg dh hbs stdy.dlu selalu singgah blog lia3003 aka cikgu math.dulu empunya blog masih anak dara, skrg singgah dah ada anak yg kiut.tahniah cikgu :) gembira dgn perkembangan ni.haha

Lia3003 said...

amirah : tq.. saya pun mood blogging ke laut juga