Wednesday, September 19, 2012

Perjalan Penyusuan Danish #4 - How I manage EBM

Assalamualaikum...

Nampaknya target 1 Hari 1 Entry tak tercapai. Sekian terima kasih.

Baiklah, nak share sikit macam mana saya manage EBM untuk BS semasa saya kerja. It's start dari waktu malam. Haruslah malam sebab kalau pagi susah. Mana nak keluarkan susu, nak cairkan susu dengan anaknya yang bangun awal pagi.

First, keluarkan susu mengikut tarikh yang dilabel. Guna konsep FIFO. First In First Out. Means, kalau ada susu bulan 8 dan 9 ambillah susu yang bulan 8 punya.


Second, cairkan susu dengan menggunakan air paip. Jangan keluarkan susu tu dari storage and then letak air paip. Itu sengal namanya. Dalam masa 15 minit susu akan cair (sepenuhnya/tidak). Tapi bila dia dah cair senang sikit nak masukkan dalam botol.

Susu yang telah dilabel. Takde tarikh sebab tarikh yang sama
Third, masukkan susu yang dah cair ke dalam botol dan label botol ikut tarikh susu. Ini penting untuk pastikan supaya BS tak mencampurkan susu yang berlainan tarikh.

Yang telah cair atau belum cair sepenuhnya untuk kegunaan esok
Fourth, simpan botol dalam peti ais bahagian bawah. Dan pada pagi esoknya bawalah ke rumah BS.

Ini cara yang paling senang nak follow. Saya ambil dari Group KIM di FB
Peringatan:
  1. Susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  2. Susu yang telah cair sepenuhnya tahan 24jam
  3. Susu yang telah dipanaskan dan belum diminum bayi tahan 4 jam
  4. Susu yang telah dipanaskan dan telah diminum bayi tahan 2 jam
Betulkan jika ada yang salah. Aku tulis berdasarkan pembacaan, pertanyaan dari yang pakar.

Tips: Jika bayi anda hanya minum 4 botol di rumah BS, sediakan 4 botol cair dan bagilah BS susu yang beku sebagai back up.

Dulu aku tak tahu macam mana nak buat anak cukup susu. Aku cairkan 6 botol and bila ambil dia cuma minum 4 botol sahaja. Kalau kat rumah memang confirm DF and susu tu memang tak kan tersentuh. Kesimpulannya, 2 botol susu akan dibuang. Jadi cara yang terbaik adalah seperti di atas dan juga dapat mengelakkan pembaziran.

Till then, tata...

6 comments:

faizah---sweetcake johor said...

terbaik. pasni page ni la utk akak ref kalau nk tmbah :D

Lia3003 said...

Kak Faizah: just share ilmu kak.. kita buat benda ni pun pandai sendiri.. masa tu orang keliling xde pun yang bf anak .. huhu

SYANI said...

Bagusnya info ni.. Berazam nak eksklusif BF untuk next baby ni..

Lia3003 said...

Syani: teruskan niat awak ye, semoga berjaya. saya ni baru permulaan, tak tahu masa akan datang

Cerita Citra AwLiYa said...

Tq sis..terjwb persoaln d minda..i penin pikir sbb yg frozen tu smpai 15 jam dlm chiler tp masih x cair sepenuhnya..tq lot

Lia3003 said...

Awliys...selagi diam belum cair sepenuhnya..jgn kita masa lagi.but if dh cair sepenuhnya baru kira dari masa tu sampai 24jam