Thursday, September 20, 2012

Keburukan air kosong pada bayi

Assalamualaikum..

Sebelum tu, my baby pun pernah minum air masak juga and then that time aku tak tahu pun keburukan dia. Yang aku tahu baby kenyang. Benda ni jadi masa dalam pantang. Biasalah.. dalam pantang banyak sangat cabarannya. Baby asik nangis and susah nak tidur. Bila bagi air masak baru tidur. Maybe kebetulan je masa tu minum terus tidur. Does not mean dia kenyang.

Based on apa yang aku baca dalam Pa&Ma baru aku tahu keburukan dia. If aku tahu dari awal, confirm la aku tak benarkan walau setitik air kosong masuk dalam badan dia. Hik hik. Tapi siyes la.. Kesian baby.

These are some of the disadvantages of the 'air kosong':
  1. Sistem pencernaan bayi masih belum matang
  2. Boleh mendedahkan bayi kepada risiko termasuk tumbesaran akal, mengancam nyawa dan boleh mengakibatkan sawan tarik
  3. Air kosong tiada zat menyebabkan bayi kurang nutrien
  4. Menyebabkan hakisan salutan pelindung penyakit yang dihasilkan susu ibu dan mendedahkan bayi kepada penyakit.
  5. Bayi yang kena jaundis, air yang banyak merencatkan akal
  6. Air kosong boleh mencairkan garam dalam darah menyebabkan suhu badan rendah dan kembung perut bagi bayi bawah 5 minggu
Sumber dari Pa&Ma Edisi Ogos 2012


Nak cerita sikit pengalaman jumpa seorang doktor masa Danish demam and umur dia hampir 3 bulan. That time aku belum naik kerja lagi, so dia memang dengan aku 24jam/7hari. As I know, doctor should know what the best for baby. And mesti tahu kebaikan SI. But, this doctor lain pula. Maybe dia lelaki and tak tahu pasal SI.

Doktor : baby minum susu apa?
Aku : Susu badan
Doktor : Selain tu ada tak?
Aku : Takde..
Doktor : Awak ada bagi dia minum air masak tak?
Aku : Tak. Dah lama tak bagi.
Doktor : Bila last bagi?
Aku : Entahlah.. sebulan lepas kot lama sangat dah. Tak ingat.
Doktor : Kenapa awak tak bagi minum.
Aku : Saya tak bagi minum sebab susu ibu kan dah banyak dengan air. Hampir 90% air dalam susu badan (masa ni aku siap cakap percentage lagi, aku terangkan apa yang aku tahu)
Doktor : Mana awak tahu?
Aku : Saya bacalah and dapat info dari banyak sumber.
Doktor : Sebenarnya tak boleh. Susu badan tu makanan dia. Benda tu tak cukup untuk badan dia. Sebab tu lah dia demam sebab kurang air. 
Aku : Tapi doktor, saya rasa susu badan dah cukup (bla.. bla.. bla... aku cuba melawan doktor tu tapi suara slow lah.. laki aku pun sama gak)
Doktor : Tak cukup, balik nanti awak bagi dia air kosong.
Aku : *Diam......

Walau hati memberontak apa yang doktor cakap, aku bagi juga air suam kosong bila balik rumah. Ikut nasihat doktor. Apalah doktor ni!

Tak lama lepas sampai rumah husband dapat mesej berbunyi lebih kurang macam ni :

Assalamualaikum. Berkenaan dengan air kosong tadi. Memang betul susu ibu mengandungi hampir 90% air tetapi bayi perlu diberikan air kosong atas beberapa faktor. Salah satu adalah faktor cuaca. Cuaca yang panas menyebabkan badan bayi kurang air. Jadi, sekiranya faktor ini berlaku perlu beri bayi air kosong sebagai tambahan. Dari doktor Klinik H****H

Hm, bila aku baca mesej tu aku cakap dengan husband baru tahu kita ni sapa. Agaknya sebab doktor tu tengok aku cuba balas balik apa yang dia cakap and beritahu apa yang kitorang tahu buat doktor tu terfikir lalu menghantar SMS tersebut.

Kesimpulannya, aku bagi Danish minum air masak masa tu je. Sekali and then lepas tu dah takde. Derhaka arahan doktor. Hehe.


Kalau pergi klinik / hospital banyak poster perjuangkan susu ibu. "Susukanlah bayi anda dengan hanya susu ibu sahaja sehingga 6 bulan dan teruskan sehingga umur 2 tahun"

Even my Danish ni bukan exclusive BF seperti yang aku tulis di sini, aku juga buat benda yang sama. Ok hubby, jangan bagi Danish hisap biskut tiger lagi sebab biskut tu banyak gula and Danish belum 6 bulan lagi. Tunggu... Beberapa hari je lagi dia nak masuk 6 bulan T____T.
Till then, tata...

10 comments:

::PoRcUpiNe:: said...

Baru tau yg baby xelok minum air ksong..

Lia3003 said...

Porcupine : samalah I...

june mohd said...

ha'ah..baby memang x elok minum air 0..tp orang tua suka jer soh kita bagi bby minum air masak...haiyaaa..sabor jelah

Lia3003 said...

Ha'ah..taw xpe. Nak terangkan apa y kita tau pun susah kan?

Nur Syahirah said...

tu la...skung baby baru sebulan 2minggu,org tue dah membebel suoh bgi air suam..yg kite ni nk ckp xnk bgi tkt derhaka..angguk jer la..tpi mmg x bgi pon..hihihi

Lia3003 said...

Jangan layan asakan orang suruh bagi air suam.. hehe

Anonymous said...

Ye betul..org tua asik suruh minum je..tmbah2 pule baby asik keluarkn lidah je, sedangkn baru lpas menyusu..huhu

bengkungmoden said...

salam perkenalan...thanks utk perkongsian tips yg bermanfaat kpd pembaca

Fazielah Fazrol said...

Assalamualaikum .. saya ada masalah yang perlu dapat pendapat u0lss .. baby saya baru 4 bulan .. sejak dia lahir saya memang bagi dia menyusu badan sebab susu ibu kan baik untuk kesihatan baby tapi sejak susu saya kering saya bg dia susu formula jernama dutch baby .. baru2 nie baby saya demam dan saya bawak pergi klinik swasta sebab hari ahad kan klinik kerajaan tutup .. masa jumpa d0kt0r , d0kt0r cakap suhu panas baby saya tinggi sampai 39 dan d0kt0r menyuruh saya bagi baby saya minum air k0s0ng sebab d0kt0r tu cakap sekarang cuaca panas dan air k0s0ng el0k untuk baby dan lepas balik pd klinik saya pun bagi sikit demi sikit air suam utk baby saya .. lepas baby saya sihat demam dia tiba2 taknak minum susu .. dah bermacam2 susu saya beli untuk nak bg dia sesuai tapi dia taknak jugak .. dia cuma nak air masak sahaja .. saya dah taktau nak buat macam mana lg sekarang nie ..

Fazielah Fazrol said...

Assalamualaikum