Wednesday, September 12, 2012

Almost 6 months

Assalamualaikum...

It's almost six month i become a mama to a little son dan aku rasa gembira dengan kehidupan sekarang. Balik kerja ambil dia dari BS and even penat aku tetap layan dia sampai dia tidur.

Beloved Danish Aathif
Dan hampir 6 bulan ni lah alhamdulillah aku dapat susukan dia dengan susu badan. Nak cakap exclusive xde lah exclusive sangat sebab dia dah minum macam2. Masa kena kuning dulu minum air susu kambing pure, minum air jus perahan anggur hitam/hijau and masa demam minum air kelapa. Kadang2 minum air zamzam and air masak. Bila fikir balik, kesiannya Danish kena minum macam2 lagi2 susu kambing tu. Papanya minum pun nak muntah apatah lagi dia yang tak tahu apa2 and terima je apa yang masuk dalam mulut dia. Kesian. Kalau exclusive breastfeeding mesti 100% susu ibu betul tak?

By the way, dah hampir 6 bulan ni aku dah mula fikir dia patut makan apa. Suami aku suruh bagi nestum but aku cakap aku nak buat sendiri makanan untuk dia, makanan dari air tangan aku. But just wait and see je lah. Untuk anak aku nak yang terbaik. Bukan ke air tangan ibu tu bagus. =). Terfikir gak nak bagi nestum.. but nak bagi nestum pun kena letak susu kan. Isk, dalam dilema betul. Ada je nestum yang boleh campur air masak/suam cuma aku macam x berani je.

Bila dah nak masuk 6 bulan ni, pergi mana2 orang tanya "dah makan belum?". Aku akan jawab belum and jawapan mereka kebanyakan akan cakap
- akak anak 4 bulan dah bagi nestum sikit2
- ha, umur macam ni dah boleh ajar makan sikit2.

Please, aku paling seriau kalau orang cakap macam ayat di atas. Aku berhak tentukan anak aku nak makan bila. Anak orang is anak orang. Itu hak mak ayah mereka.

And, aku harap sangat sokongan dari suami aku mengenai makanan anak aku nanti. Aku taknak dia makan benda2 yang aku tak ingin bagi like jajan or makanan ringan yang lain. Tak rela you! Cukup tengok anak orang yang aku tengok addict dengan jajan ni. Masa kecik2 dulu, makanan kami adik beradik ni dikawal juga. Dapat makanan ringan sesekali. Ya! Diulangi.. SESEKALI bukan setiap kali.

And suami aku pun benarkan aku yang kawal makanan yang akan dimakan oleh Danish nanti. Harap berjaya. Umur sekarang ni biar dia makan benda2 berkhasiat. No sugar, so salt, no berminyak2 and so on.

Hope people around me respect my decision and support me. I want the best for my beloved Muhammad Danish Aathif. Nak bagi Danish makan boleh but bagi yang baik untuk dia yang sesuai dengan umurnya. Amin.

2 comments:

kak wan comel said...

kan...akak pon bg alya makan after 6 months..ada gak kawan yang bagi nestum masa dah 4 bulan..lcakap baby lapar..tapi perut baby kan lembut lagi...kesian la....

Lia3003 said...

tau x pe kak wan, kadang2 orang x paham kita nak the best untuk anak kan.. anak orang lain la cara dorang, xkan nak ikut plak kan.