Friday, August 31, 2012

Turned to 5 months old

Assalamualaikum...

Once a month la nampaknya blog ni akan berupdate and akan update bila tiba 29 haribulan. By the way, kalau ada masa aku update or letak gambar raya even hari ni raya dah masuk hari yang 13.

Sebelum tu, Selamat Hari Kebangsaan yang ke-55 and the best thing is today is cuti. Cuti is holiday. Dapat rest lebih2 sikit. And today also Baby D turned to 5 months and 2 days. Hihihi...

This picture taken on 1st Syawal before turned to  months old
 How was Danish right now? He is doing Ok. Makin sihat, makin kuat main, dah mula pandai menangis. Sebelum ni nak dengar dia nangis agak susah sebab dia lebih suka merengek. Berat dia pula naik 300g je dari 6.45kg to 6.8kg. Oh anak! Aku assume dia dah 7kg, rupanya belum. And I noticed that baby at this age berat akan naik slow sebab dia dah start aktif.

Ya! Danish makin aktif and boleh cakap juga dia ligat. Tangan dia ligat sangat capai barang. Sekarang ni dah pandai sembur2 air liur. Aduh, makin kritikal lah masalah rambut gugur aku ni. Kalau menyembur sampai muncung2 mulut dan dengan muka penuh semangat sampai berkerut2 dahi.

Dia ni dah x nak tidur dalam buai. Kalau paksa masuk memang buai tu melentik2 bentuknya. Scary gak tengok melentik2 takut tetiba dia terkeluar. Tengok badan pun macam dah panjang. Dia akan diam dalam buai bila dah kena dodoi sampai tidur and then baru boleh letak. Kalau letak dalam keadaan sedar xde maknanya dia nak tidur.

Yang bagus sangat Danish ni kalau jalan2 kat shopping complex dia akan diam je. Letak dalam stroller terkebil2 tengok orang. Bila dukung pun dia diam. Dokong sampai tidur pun boleh. Seingat aku sekali je dia menangis nak susu masa shopping sebab masa dia baru bangun tidur aku wat dono je tak bagi susu. Lama gak aku biarkan and sampai satu tahap dia tiba2 menangis jerit2. Aku dalam kedai terus keluar susukan dia. HoHo. 1st time susukan kat public masa tu.

Ni masa lawat Fara and Baby. Muka nakal lepas buat baby menangis


Lain2 about Danish:
  • Ikut mood dia, kalau dia nak dukung memang nak dukung je. Duduk kejap dia merengek. Kadang2 serba salah pula kat pengasuh sebab sebelum ni Danish behave.
  • Dah boleh tidur dalam car seat dan dah boleh menangis terus malam2 kalau nak susu.
  • Tak takut langsung dengan orang. Pernah sekali masa makan kat kedai, pelayan hulur tangan kat dia terus dia kelam kabut nak ikut. Apalagi, pelayan tu dukung lah dia. Muka Danish jangan cakap, muka bahagia kena dukung. Dah orang tu dukung dia ke sana sini. Masuk dalam kereta aku cakap " Danish, lepas ni jangan ikut orang sembarangan, bahaya..". Dia diam je entah faham entah tidak apa yang aku cakap.
Till then, tata...

No comments: